GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, July 27, 2017

Mengapa Dap menjadi sasaran Pas?.


  Semalam dalam Dailog Politik di Pasir Mas ada orang Pas tanya ambo mengapa Amanah dok berbaik dengan Dap yang menolak hudud????.....ambo jawab:

 1. DAP tu (maksud ambo ahlinya yang bukan Islam) bukan setakat tolak hudud, Islam pun dia tolak, Allah pun dia tak percaya, Nabi Muhammad dia tak mengaku, sembahyang puasa pun dia benci.  

   Mengapa Pas hanya sensitif bila Dap tolak hudud, tetapi tidak sensitif bila Dap tolak puasa, solat dll?.....sebab hanya hudud yang boleh dijadikan modal politik Pas, selain daripada hudud, apa saja yang Pas bawa tak laku.

 2. Semua parti lain termasuk UMNO, PKR, PBPM menolak cadangan pelaksanaan hukum hudud oleh Pas kerana masalah teknikal dan undang undang serta keutamaan semasa, bukan kerana tolak hudud sebagai hukum Allah, bahkan MCA dan Gerakan sampai tahap saman Kerajaan Kelantan kerana laksanakan hudud.

 Mengapa Dap sahaja yang menjadi sasaran Pas?....sebab hanya Dap yang boleh mengalahkan MCA,MIC, Gerakan dll parti bukan melayu yang menjadi tongkat UMNO, lalu Pas cuba mengambil hati UMNO dengan membantu UMNO serang Dap. PAS dan UMNO sendiri tidak pernah bertanding menentang Dap.   

3. Semua rakyat Malaysia masih berhubung baik antara penyokong Dap, Pas sendiri di Kelantan mempunyai hubungan yang rapat dengan Dap dalam bab lombong, balak dan tanah, bahkan di Selangor Pas masih bersama Dap memerintah Selangor.

 Mengapa Pas hanya memutus hubungan dengan Dap di segi politik sahaja, tetapi tidak dalam bab lain?.....sebab Dap berupaya membantu parti parti lain mengalahkan BN selain BN sendiri tidak mampu mengalahkan Dap di kawasan bukan melayu, Pas tidak mahu BN kalah.

 Kalau lah berkawan dengan Dap tu menjadi satu kesalahan di segi Islam, sudah tentu Pas tidak akan bersama Dap di Selangor dan di dalam PR, tetapi Pas hanya dilihat menentang Dap mulai tahun 2015 sahaja, sebelum ini Pas amat akrab dengan Dap. ~ fesbuk Che Ibrahim Mohamed
Comments
1 Comments

1 comment :

Racun Bisa said...

Pas xsedar diri. Kejayaan yg sedikit dia rasai hr ni adalah dr sokongan parti lain. Jgn angkoh, jgn takbor...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...