GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, July 25, 2017

Otai Reformis : Dulu penyokong tetapi sekarang jadi penentang Reformasi Anwar!


   Walaupun Tun Mahathir sendiri telah membuat kenyataan yang dia sedia didakwa atas segala tuduhan ke atasnya dan akan beri kerjasama, namun  Otai Reformis Pusat tetap bertegas menentang kepimpinan Dr Mahathir  untuk bersama Pakatan Harapan demi untuk bersama 'menyelamatkan Malaysia.

DSAI dan keluarganya telah memaafkan Dr Mahathir secara peribadi. Kalau Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah boleh terima Dr Mahathir, apasal Otai Reformis bertindak lebih sudu dari kuah?

 Seorang sahabat memberikan reaksinya secara sinis menulis :
 "Otai Pusat tak lupa kena cotar dan air asid fru masa zaman Mahathir dulu tu... Tapi Anwar yang kene bogel dan kene tumbuk rilek je."
Otai Reformis nampaknya sudah mengambil pendirian  yang berbeza dalam perjuangan mereka yang selama ini menyokong reformasi laungan Anwar Ibrahim.

 Pendirian dan sikap baru Otai Reformis telah menyebabkan dua tonggak utama kepimpinannya telah meletakan jawatan dalam NGO tesebut.

 Hanya kerana mempunyai jawatan dalam parti Amanah Negara, YB Saari Sungib terpaksa meletakan jawatannya sebagai pengerusi dalam NGO Otai Reformasi.

 Keputusan Otai Reforamasi supaya mana-mana ahlinya yang mempunyai jawatan dalam mana-mana parti melepaskan jawatan yang disandang itu adalah tindakan yang tidak matang.

 Keadaan ini saling tak tumpah mahu mengikut perangai buruk parti lama Saari Sungib yang marahkan ahlinya menyertai NGO PASMA suatu ketika dulu.

 Hingga  ada yang mahu sertai PSM nak lawan Pakatan! Ini adalah tindakan yg melampau. Daripada menyokong tetapi sekarang sudah bertukar jadi penentang! - sanggup bakar kelambu sbb marahkan nyamuk!

 Tindakan yg terbaik baginya sepatutnya adalah tawaquf dengan tidak menyertai mana-mana parti politik dan jadi pemerhati politik sahaja.

  Otai Pusat dah jadi tali hayat Umno sebagaimana parti suci Lebai. Walau bagaimana pun, saya dimaklumkan Otai Reformis Perak tidak bersama dengan keputusan Otai Pusat.

 Otai Perak tetap bersama perjuangan menentang regim Najib Kleptokrat. Otai Perak akan bermesyuarat hari ini dan akan menyatakan sikap mereka dalam isu tersebut. 
Comments
5 Comments

5 comments :

UP the Moderates said...

Otai Reformasi!

Ingatlah...perkataan 'Otai' itu sendiri...membawa maksud...org lama, yang byk pegalaman dan sudah tentu..profesional dan bersikap tenang dan terbuka, berlapang dada.


Ngo...Otai Reformasi dan SAMM lebih kurang sama shj. Ke...kalian sudah termkn dedak juga?

Anonymous said...

Persoalan: kenapa bila dah ada bunga2 jalan kemenangan kpd rakyat, tiba2 ada yg beralih arah? dapat dedak jenis apa?

Anonymous said...

Pelik..mula2 sokong dan tolong orang (Anwar & Saari Sungip). Kemudian bila dah lama berjuang...nak org ikut cakap mereka plak. Kalu tak ikut anggap tak berjuang. Ni dah kira terkena virus PAS ni.

antiug said...

Luka lama msh berdarah, nanti dah sejuk ok latu.....

SAM72 said...

Pelikkan. Kalau Otai Reformis keluar daei Pakatan dan sertai PSM, boleh pulak kata itu tindakan yang melampau.

Tapi kalau Tun keluar UMNO dan tubuh PPBM tidak pula dikatakan sebagai tindakan yang melampau pulak.

Dan apabila Tun seru ahli UMNO masuk pada PPBM tidak pula dikatakan sebagai tindakan yang TIDAK MATANG.

Pelik sungguh cerita ni. Ni sama seperti cakap tak serupa bikin namanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...