JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, July 26, 2017

Pas adalah 'Musang berbulu ayam' - Mudah dikenali!

Ahmad Yakob

 Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob berkata,"Kita tak lawan pembangkang tapi kita ada dasar sendiri. Kita meletakkan calon mengikut keputusan parti dan keputusan itu bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan mana-mana pihak."

 Cukup-cukuplah memperbodohkan diri sendiri wahai Mat Yakob! Jangan pula mahu memperbodohkan orang lain.

 Kenyataan angkuh Mohd Amar bahawa Pas bukan sahaja akan bertanding di Permatang Pauh malah akan meletakkan calonnya di semua kerusi PKR adalah jelas bertujuan untuk melawan pakatan pembangkang.  
“Kita lawan, lawan tetap lawan, memang kalah nombor dua. Kalau lawan satu sama satu Alhamdulillah. Kalau tiga penjuru pun kita lawan juga.
“Setakat ini memang dah (kita lawan) sebab kita tidak ada hubungan dengan PKR, jadi mana-mana kerusi PKR kita akan bertandinglah...itu terserah kepada kita,”  demikian kenyataan bongkak Mohd Amar.
  Adalah lebih bijak kalau Mat Yaakub mengakui dakwaan Tony Pua bahawa hasrat Pas untuk meletakkan calon di kubu kuat pembangkang termasuk di kerusi DAP adalah jelas mahu menewaskan pakatan pembangkang pada PRU14 supaya Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak terus kekal menjadi perdana menteri.
 
Tak lawan PH, tapi suruh pilih Umno!
Pas tidak perlu menafikan penyertaan Pas dalam PRU14 kali ini bertujuan mewujudkan pertandingan tiga penjuru untuk memecahkan undi pembangkang. Sebab itulah Pas meletakan calonnya dikerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan.


 Kalau benar tujuan Pas mahu menumbangkan Umno BN, sudah tentulah Pas akan menumpukan di semua kerusi yang dimenangi oleh Umno BN bukan di kerusi PKR dan DAP!

  Pakatan Harapan telah banyak kali menjemput Pas supaya bermuafakat bekerjasama untuk lawan Umno BN. Tidak menyertai dalam gabungan Pakatan Harapan pun tidak mengapalah - ajak berbincang untuk mengelakan terjadinya pertandingan tiga penjuru, namun itu pun Pas tolak mentah-mentah!

Tiada kerajaan boleh terbentuk tanpa Pas?
   Malah Pas berasa lebih megah dan lebih angkuh kononnya semua parti politik perlu sokongan darinya. 

 Pas menjual cerita kepada para penyokongnya : lihatlah, Pakatan Harapan mahukan kita... Umno pun mahukan kita hinggakan pemimpin Pas masing-masing jadi 'Besar Kepala' lalu menganggap Pas sebagai 'King Maker' dengan anggapan kononnya tiada kerajaan boleh terbentuk tanpa Pas!

 Dan anihnya, para pengikut Pas yang taksub percaya dengan cerita katun dari pemimpin mereka.

  Woi, tolonglah sedar diri, Pakatan Harapan ajak Pas berunding bersama supaya masing-masing akan lebih selesa dapat bertanding satu lawan satu dengan Umno BN. 

  Pakatan Harapan mahu mencari jalan supaya dapat mewujudkan win-win situation kata omputehnya - Pas untung, Pakatan Harapan pun boleh untung. Tapi Pas mengambil keputusan yang sebaliknya iaitu win-win situation dengan Umno BN! 


 Itu sebabnya yang mendorong Pas mahu bertanding banyak kerusi hingga 140 kerusi, tapi mahu menang hanya 20 kerusi sahaja! Kerana tugas utama Pas ialah pecahkan undi pembangkang. Jadi yang baki 120 kerusi tu bolehlah dapat kepada Umno BN!

  Perangai Pas amat tepat sekali dengan perumpamaan Melayu - 'Musang berbulu ayam' tetapi ianya mudah dikenali sebab ayam hanya ada dua kaki!

 Walaupun Pas kata tak lawan pembangkang dan ngaku kononnya tetap mahu lawan Umno BN dan cuba menonjolkan dirinya  sebagai sebuah parti pembangkang bertujuan mahu mengelirukan rakyat supaya undi pembangkang berpecah.

  Bukti-bukti yang nyata dan jelas dapat kita lihat seperti perbezaan 'kaki' yang saya sebut tadi ialah Pas terus menyerang Pakatan Harapan. Dimomok-momokan bahawa DAP anti Melayu, anti Islam! PKR dan AMANAH pula dituduh Islam Liberal dan Sekular! Malah AMANAH difitnah sebagai khadam kepada DAP!

   Dahlah kutuk dan hina parti lain, tanpa berapa malu, dia angkat dirinya pula sebagai pejuang Islam! 

 Apakah Islam di Kelantan benar- benar sudah terbela dan Pas benar-benar mentadbir Kelantan dengan adil dan saksama sebagaimana tuntutan Islam? Banyak boleh diperkatakan dan dibincangkan mengenainya - masalah dengan orang asal Kelantan, masalah pembalakan, masalah mangsa banjir yang masih tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya....berderet kalau nak disenaraikan!
  
 Dan yang paling menampakan kebodohannya, bila Mat Yakob dalam kenyataannya mencadangkan DAP letak semua calon mereka di Kelantan ... Alahai Mat Yakob, DAP bukan nak lawan Pas. Lawan DAP ialah MCA dan Gerakan. Takkanlah seorang MB besar begitu cetek pemikirannya??

  Dan apa kata, kalau DAP saran balas ajak Pas bertanding di semua kerusi DAP di Pulau Pinang? Kata nak sangat lawan DAP kan? Kan? Kan?
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Otak lebai-lebai cap bulan dah tak berfungsi krn terlalu lama bertapa dalam perigi buta.

Anonymous said...

PAS sekarang dibarisi oleh pemimpin yang angkuh dan sombong persis sifat yang ada pada iblis dan syaitan yang dilaknati Allah. Sudahlah begitu, bodoh pula! Hanya walaunta-walaunta yang bingai kelas pertama saja masih mahu berpihak kepada PAS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...