Monday, July 03, 2017

Pas dikuasai UG akibat tidak setuju Muktamar Agung Khas cadangan Almarhum TGNA


 Akibat menolak cadangan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM), akhirnya kumpulan UG yang pro Umno berjaya menguasai Pas dan menyingkirkan kalangan yang pro Pakatan Rakyat.

  Di sekitar hujung Oktober 2009 dulu, Almarhum Tuan Guru yang sangat kuat menyokong Pakatan Rakyat  pernah mencadangkan supaya Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) dan mencadangkan tiga pemimpin yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

 Almarhum Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau sudah cukup arif untuk membuat pertimbangan sendiri dan yakin cadangan itu jika diterima tidak akan memecah-belahkan Pas. 

''Saya dah tua, tak payah orang lain jadi dalang. Saya nak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila-bila," katanya ketika diminta mengulas desas-desus ekoran kenyataannya itu. 

Beliau menegaskan tiada sebab baginya untuk menarik balik kenyataan yang mengejutkan itu kerana menganggap ia suatu yang benar.

 'Jika ramai yang tak setuju Muktamar Agung Khas (EGM) tak apa... saya keluarkan fikiran saya, kalau setuju, Alhamdulillah," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Masjid Noor Aini (Cahaya Mataku), Pasir Hor. ~ sumber

 Cadangan Amarhum untuk mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) itu tidak kesampaian kerana ramai kalangan pemimpin Pas ketika itu masih mahu ‘bermain safe’ dan mahu mengelakan perpecahan di kalangan Pas.

 Walaupun dua antara tiga nama tersebut telah tersingkir dari Pas, namun pengaruh mereka (pengaruh UG) tetap kuat di dalam Pas kerana adanya Bapa UG dalam parti itu iaitu Hj Hadi, presiden Pas! 

 Akhirnya sebagaimana kita semua sudah nampak, Pas telah berpecah juga akibat kerja-kerja khianat kelompok UG ini. 

 Akibat krisis dalaman ini, satu kelompok telah menubuhkan satu badan NGO bernama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia - PASMA yang dipelopori oleh YB Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi.

 Kumpulan yang kedua pula keluar setelah tersingkir dalam pemilihan muktamar ke-61 secara ‘chai’ dan kemudiannya menubuhkan Parti Amanah Negara dengan Hj Mohd Sabu sebagai presidennya.

 Kelompok UG yang menguasai Pas akhirnya berjaya membawa parti itu keluar dari Pakatan Rakyat dan kini semakin lebih mesra Umno.

 Namun begitu, masih ada didalam Pas yang tetap mahu ‘bermain safe’. Saya akan dedahkan di lain masa siapa antara mereka ini yang saya kenali…
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Yg paling menyedihkan anak arwah tgna sendiri, nik bduh, yg lantang sokong geng ug ni

capriokerr said...

dedak dgn tarikan yg memukau dan menambat hati

antiug said...

Iman xdpt dwarisi....

Anonymous said...

Setuju..iman tak dapat diwarisi!! Menentang anak2 TGNA yg mesra UMNO bukan bermaksud kita menentang allahyarham TGNA. Yg salah tetap salah walaupun bapa mereka ikon pejuang Islam Malaysia.

Anonymous said...

Nik bedoh amat bodoh. Mcm budak tk lepas spm. Tk ikut cara bapanya. Tapi tumpang nama nik aziz. Hari tu kata nk saman Amanah krn anjur seminar pemikiran tg nik aziz. Now senyap lebai pas. Pi parlimen jd pasu bunga. Ayuh kita hilangkan pas drp parlimen. Kiki

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...