GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, July 20, 2017

PAS TUDUH "PAN" MURTAD? LAPORAN KEPADA PENGUATKUASA AGAMA, JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM KELANTAN


Parti Amanah Negara Negeri Kelantan pada hari ini, 20/7/2017 telah membuat laporan kepada Penguatkuasa Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan di Balai Islam Lundang berkaitan tuduhan murtad dalam satu ceramah politik yang telah disampaikan oleh Haji Mohd Najmi Zakaria, Ketua Penerangan Pas Kawasan Tanah Merah di perkarangan Madrasah Pak Man Serbuk, Pondok Lama, Tanah Merah pada kira kira jam 9.40 malam, 14/7/2017.

 Antara lain ceramah itu menyebut;

 PAN ni hok paling sedih sekalinya, PAN ni ibarat kalu kita dalam Islam gat, dalam agama kita, maaf la kasar bunyi, ia sebagaimana orang ingkar perintah Allah, kalu bunyi kok agama gat, ore murtad.

 Orang murtad nak oyat bui, Tuhan suruh bunuh, (sebab) menghancurkan Islam, suruh taubat tok sir taubat, mmasuk dalam gok (penjara ) dulu, tok sir taubat juga, akhirnya bunuh".

 Kata kata ini jelas ditujukan kepada ahli ahli parti Amanah sebab perkataan " PAN" bagi maksud penceramah Pas tersebut adalah merujuk kepada parti Amanah.

 Pihak kami memohon supaya ucapan ini disiasat secara serius kerana ianya bukan sahaja melibatkan tuduhan kafir sesama Islam, tetapi boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu ketenteraman awam. Ucapan ucapan seperti ini, jika tidak diambil tindakan sewajarnya, boleh menimbulkan kegelisahan masyarakat dan mencetuskan huruhara dalam masyarakat.

 Ucapan ini jelas mengandungi unsur unsur takfir sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 24, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Tahun 1985.

Pihak kami juga merancang untuk membuat repot polis di semua Ibu Pejabat Polis Daerah, Negeri Kelantan.

CHE IBRAHIM MOHAMED.
Naib Pengerusi, Parti Amanah Negara, 
Negeri Kelantan.
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya, “Hai orang kafir,” maka kata itu akan menimpa salah satu dari keduanya. Jika benar apa yang diucapkan; jika tidak, maka tuduhan itu akan menimpa orang yang menuduh.” (HR. Muslim)

Aku tak nampaklah pula org Amanah dah jd kafir.

tanya sama itu hud hud said...

Kena ajar golongan yg kurang ajar..

Anonymous said...

PAS ni dah goyang dengan keujudan Amanah.Jadi untuk pastikan ahli akar umbi beralih arah..maka dibagi candu 'agama'dan burukkan Amanah dengan dalil yang mengarut kerana PAS tahu walaun ni taklid membabi buta!

Saadun Sulaiman said...

Dulu puak lahabau PAS ni mengkafir kan UMNO. Akhir puak yang di tuduh kafir di dakap dengan mesra. Nampak sangat puak PAS ini jenis munafik. Kini para ahli Parti Amanah Negara pula yang mereka tuduh kafir. Bukan kah molek si ostaz bahlul ini siasat dahulu mengapa Parti Amanah Negara di tubuh kan. Bukan kah kerana tindakan "CHAI" yang di "PERSEMBAHKAN" oleh Mokhtar a/l Sneak yang tak bermoral tu. Selain dari apa pula gelaran yang patut di berikan kepada pemerintah kini yang di gelar "MEMBALAK" bersama ulamak dan akan masuk "NERAKA" sesiapa yang mempertikan longgolan sampah di Kota Baru. Cermin lah muka tu dahulu sebelum menudih orang lain "KAFIR".

air gunung said...

Korang tak ada no kad keahlian dok diam2.jgn memekak.tiada jaminan msok syurga tau.kat kubur n akhirat no keahlian Amanah DAP bley blah.ingt!!no keahlian adalah lesen halal mencarut,maki hamun,takfir.

antiug said...

Ingatkan amno tenggelam, rupanya pas tenggelam dulu....takdirrr...

lelaki dicermin said...

Aku ingat mangkok ustaz ni tak baca blog2.. minda kekampungan.. ucapan mirip begini pernah di ucapkan salah seorg penceramah pas... agaknya rumah takde line internet.. jadi dia tak tahu.. kesihan ustaz mangkok ni.. last2 kafir dan dibunuh jatuh kat diri sendiri...

Anonymous said...

bagi aku bwk je kes ni ke mahkamah... saman ... kena ajar depa ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...