Friday, July 07, 2017

Pembahagian kerusi Pas – PKR di Selangor nodai perjuangan PH?

Puak Kartel Azmin
 Kenyataan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin bahawa parti itu lebih menumpukan strategi satu lawan satu antara BN dan pembangkang di Selangor menggugat Pakatan Harapan (PH).
Sebelum ini, dipersetujui akan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 antara Pas, BN dan PH. Strategi terbaharu ini mengelirukan pengundi di Selangor. Strategi itu juga belum pernah diumumkan akan dilaksanakan di mana-mana negeri.
Puak kartel
Bagaimanapun sumber dalaman PKR mendakwa strategi berkenaan sedang giat dibincangkan dalam kalangan team Azmin Ali atau dirujuk sebagai ‘puak kartel’.
Ia lanjutan daripada perasaan tidak puas hati kartel apabila Pas digantikan dengan Amanah ketika penubuhkan Pakatan Harapan (PH). Kartel yang mempertahankan Azmin sebagai MB Selangor yakin DAP dan Amanah tidak senang dengan Timbalan Presiden PKR itu dan tidak mungkin menyokong beliau mengekalkan jawatan MB sekali lagi selepas PRU 14.
Sekiranya bersandarkan kepada sejarah, DAP dan puak profesional Pas pada 2014 menyokong pencalonan presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail sebagai MB Selangor. Nama Azmin hanya diangkat oleh Presiden Pas Hj Hadi Awang dalam mesyuarat Dewan Harian kali kedua parti itu berhubung isu MB Selangor.
Oleh itu, kartel berpendapat dengan menyingkirkan Pas di Selangor akan melenyapkan peluang Azmin untuk menjadi MB bagi penggal kedua.
Gagal pecat Exco
Hal itu menjelaskan tindakan Azmin tidak menasihatkan exco Pas meletak jawatan ketika parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP. Pendapat Sultan Selangor agar kerajaan ditadbir oleh majoriti Melayu dijadikan alasan.
Apabila Pas secara rasmi memutuskan hubungan dengan PKR pada 2017, Azmin juga tidak memecat exco Pas. Sebaliknya, Azmin menggunakan alasan Pas bahawa pengekalan exco itu adalah berdasarkan mandat rakyat pada PRU 13.
Alasan itu janggal dalam politik. Apabila parti memutuskan hubungan di peringkat pusat, hubungan di peringkat negeri atau wilayah perlu melalui perjanjian berasingan yang dipersetujui kedua-dua belah pihak sebelum hubungan boleh dilaksanakan.
Lebih janggal lagi apabila kartel terus berurusan dengan Pas sehingga ke tahap mahu membahagi-bahagikan kerusi antara PH dan Pas di Selangor menjelang PRU 14. Menurut sumber dalaman PKR, strategi tersebut tidak pernah diusulkan dalam mesyuarat rasmi PKR mahu pun kepada presiden Dr Wan Azizah.
Dalam kata lain, Azmin mempunyai kuasa penuh menentukan strategi di Selangor. Praktik politik yang dilakukan Azmin ini pelik. Tidak wajar sesebuah negeri atau wilayah melaksanakan strategi tersendiri tanpa persetujuan parti pada peringkat pusat. Atau dalam konteks PKR, tanpa keputusan rasmi daripada Biro Politik yang memberi mandat untuk melakukan hal sedemikian.
Sabotaj PH
Namun itulah yang terjadi. Kartel merasakan mereka lebih kuat daripada presiden. Apatah lagi selepas pemimpin pro Anwar seperti Tian Chua, Kamaruddin Jaafar, Mohd Nor Manuty dan banyak lagi telah menyeberang ke kem Azmin.
Bagaimanapun, tanpa disedari strategi tersebut telah mensabotaj PH. Misalnya, sekretariat PH di peringkat negeri yang telah dipersetujui oleh DAP, Amanah dan Bersatu sengaja dilambat-lambatkan penubuhannya di Selangor dengan alasan sekretariat di peringkat pusat masih belum mempunyai pengerusi.
Alasan itu didakwa diberikan kerana tidak mahu Pas menarik diri daripada kerjasama di Selangor menjelang PRU 14. Alasan yang lebih kuat lagi tentulah Pas mempunyai banyak penyokong dan jentera. PKR Selangor akan kalah jika tidak menumpang populariti dan jentera Pas.
Dalih itu ditentang oleh pemimpin yang telah meninggalkan Pas mahu pun penganalisis politik. Malah pemimpin Pas juga mengakui sejak 2015 parti itu telah terpecah tiga. 1/3 ahli yang setia, 1/3 harum manis yang akan mengudi PH manakala 1/3 lagi menyertai Amanah secara rasmi.
Adakah kartel mahu bergantung kepada 1/3 ahli yang masih setia kepada ustaz Pas untuk menjamin kemenangan PRU 14? Lebih teruk lagi, dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengenai sejumlah dana daripada PM Najib yang diterima oleh bekas Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa. Rafizi mempersoalkan adakah pemimpin Pas menerima dana itu. Nasharuddin mengancam untuk menyaman Rafizi namun sepelas 3 bulan, Nasharuddin sendiri tidak menghantar apa-apa notis tuntutan kepada Rafizi.
Adakah parti yang didakwa menerima sumbangan dari pemimpin Umno ini akan lurus dan telus bekerjasama dengan PKR di Selangor?
Amanah jangan bertanding
Pas tidak mahu memberikan satu kerusi pun kepada Amanah. Hal itu yang menghalang penyertaan mereka ke dalam PH. Namun dengan pembahagian kerusi di Selangor, adakah Pas akan bersetuju Amanah bertanding di mana-mana kerusi Pas, misalnya Khalid Samad mempertahankan parlimen Shah Alam atau Dr Maria Mahmud mempertahankan parlimen Kota Raja?
Janganlah untuk memastikan Azmin kekal MB, real politik Selangor dikesampingkan. Dalam pilihan raya kecil Sungai Besar pada 2016 lalu telah ditemui bukti bahawa pengundi Cina dan India menolak mengundi Pas menyebabkan parti itu merosot ke kedudukan ketiga selepas BN dan Amanah.
Apabila Pas terus-menerus menghina DAP dan sombong dalam isu RUU 355 adakah Cina dan India akan memberi undi kepada parti itu sekiranya Azmin mengisytiharkan Pas adalah sekutu rasmi PH di Selangor?
Jangan memperbodohkan rakyat. Azmin boleh memujuk pemimpin PKR pro Anwar masuk ke kemnya dan menjiwai ideologi kartel. Namun rakyat bukanlah bodoh dan dicucuk hidung sehingga mudah menerima Pas sebaik sahaja Azmin menguar-uarkan parti itu akan bekerjasama di Selangor.
Tindakan membawa Pas untuk strategi satu lawan satu di Selangor pasti akan menyebabkan penyokong PH terutamanya kaum Cina dan India memboikot untuk keluar mengundi. Keputusannya PH akan kalah. Malah DUN Bukit Antarabansa yang diwakili Azmin juga diramal akan jatuh ke tangan BN jika strategi melibatkan Pas dilaksanakan.
Boleh dijamin penyokong kuat Azmin sendiri seperti Zuraida, Amiruddin Shaari, Dr Xavier dan lain-lain akan bungkus jika 30 % pengundi Cina dan India memboikot untuk keluar mengundi.
Tumpu Melayu
Politik kartel didakwa menumpukan kepada kaum Melayu. Begitu juga presiden Bersatu Muhyiddin Yassin. Azmin sangat sesuai dengan Muhyiddin dan strategi masa depan sekiranya PH menang di Putrajaya, Muhyiddin akan dilantik sebagai PM makanakala Azmin TPM.
Namun adakah strategi mengutamakan Melayu ini sesuai diamalkan dalam politik majmuk negara? Politik jenis ini hanya akan membiakkan kronisme dan sistem kouta kaum yang tidak jauh berbeza dengan Umno BN.
Sekiranya kedua-dua tokoh ini menerajui kerajaan PH maka tidak syak lagi rakyat hanya akan memberi tempoh sepenggal sahaja untuk PH memerintah kerana kecewa tiadanya perubahan sistem.
Oleh itu, politik baharu haruslah menjauhi idea yang mementingkan kaum atau individu tertentu sebagai pemimpin, MB atau PM. Tokoh besar PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menunjukkan contoh terbaik dengan menarik diri daripada perebutan jawatan PM. Maka puak kartel juga wajar menerima hal yang sama. Tidak perlu terus bersekutu dengan Pas untuk menjamin jawatan Azmin kekal sebagai MB Selangor.
Politik PH adalah mendahulukan rakyat bukannya individu. Tiada tempat dalam PH pemimpin yang mengamalkan sepak terajang Umno.
Dalam konteks Selangor, saranan Amanah agar ditubuhkan sekretariat PH negeri adalah yang terbaik.
Campak ke laut
Pendapat kartel Amanah tidak memberi impak dalam politik harus dicampak ke Laut China Selatan. Bagi kartel Amanah tidak perlu wujud dan pemimpinnya wajar menyertai PKR. Namun adakah mereka mampu memberi jaminan jika Khalid Samad bertanding di Shah Alam atas logo PKR, Pas tidak akan meletakkan calon?
Ketika hubungan sangat baik pada PRU 13 pun Pas meletakkan calon di 6 kerusi DUN yang mana dipersetujui PKR bertanding. Maka amatlah tidak masuk akal parti munafik itu tidak akan meletak calon di kerusi yang mana bekas pemimpin mereka bertanding!
Jika pemimpin Amanah masuk PKR maka mereka tidak akan dibenar bertanding di Kelantan, Selangor, Terengganu, Kedah, Perak, Perlis atau Negeri Sembilan yang mana Pas mempunyai kekuatan. Akhirnya mereka hanya boleh bertanding di kubu kuat Umno di Johor, Melaka atau Pahang sahaja.
Adakah ini politik yang mahu dibawa oleh puak kartel? Politik tidak matang ini wujud dalam PKR. Amatlah malang PKR sebagai parti reformasi menjadi penghalang bersatunya PH dan mengembalikan politik era Umno yang mahu ditinggalkan. ~ sumber
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Aku dah lama pesan nak eratkan PH kena TENDANG Azmin a/l Ali dan Kartel dia.satu jer Presiden PKR blh buat.PECAT AZMIN A/L ALI DAN KARTEL NYE BILA KERAJAAN DAH DIBUBARKAN .

Anonymous said...

Azmin dan kartelnya dh terdesak tu. Dia ingat rakyat bodoh. Azmin kena keluar PKR dan tubuh parti baru, tengoklah setakat mana dia dpt sokongan dr rakyat.

mahligai seni said...

Jika hal ini tidak ditangani dengan baik, PH berdepan "satu" masalah pada PRU 14. Memang inilah lumrah perjuangan, duri sentiasa ada dalam daging dan akan ada musang memakai busana ayam.

Anonymous said...

Sekiranya benar semua onar antara PAS dan PKR sehingga PH di Selangor kurang dapat berfungsi berpunca dari Azmin, rakyat pasti akan menolak Azmin dan kumpulannya bersama PAS. Awas Azmin, rakyat memerhati.....

Anonymous said...

Senang je nak ajar pas dan azmin ni.
Di mana pas bertanding, di situ PH wajib bertanding. Di mana azmin bertanding, di situ amanah wajib bertanding. Biar azmin tertonggeng

muhammad nasoha said...

Asalnya berjuang utk rakyat.. bila dh senang.. berjuang utk perut masing2.. suda la azmin..

Anonymous said...

Bila Azmin sebut tak yakin PH boleh menang maksudnya dia sendiri lah tu. Dia yakin dia tak blh menang. Dia tahu takde org dlm Amanah, DAP dan Bersatu yg akan pilih dia utk jd Menteri Besar. Hanya PAS yg sokong, itu pun pauk2 walaun Selangor shj.

Jd AMANAH dan DAP berhentilah mempertahankan puak kartel, teruskan perjuangan PH. Jangan pedulikan kartel2 Azmin. Biarkan mereka dgn Azmin. Penyokong lebih bijak menilai dari pemimpin politik kartel.

InsyaAllah, kemenangan PH bukan utk pemimpin PH, ia utk rakyat. Jika PH buat hal kelak, jatuhkan PH pulak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...