Saturday, July 08, 2017

Pendekatan Ketua Polis Negara Bodoh Dan Tidak Profesional, kata Sarawak Report


 PETALING JAYA: Ketua polis negara sepatutnya menyiasat dakwaan Sarawak Report (SR) terlebih dahulu sebelum menepisnya dengan menyifatkan ia sebagai laporan “merepek”, kata editor laman itu.

 Clare Rewcastle-Brown terkejut dengan tindakan Tan Sri Khalid Abu Bakar memandang ringan perkara serius itu.

 “Saya sudah menyatakan Gopi berhubung dengan ramai pegawai kanan, termasuk beliau sendiri (Khalid), sebelum penahanannya (Gopi) – selain beberapa pegawai Melaka yang ditahan bersamanya,” katanya menerusi e-mel kepada FMT.

 Rewcastle-Brown mengulas kenyataan Khalid semalam yang menolak kebimbangan wanita itu terhadap seorang suspek disyaki orang tengah dalam sindiket antara polis dan aktiviti perniagaan haram di Melaka, menghubungi ramai pegawai kanan.

 Ia didedahkan dalam laporan SR disiarkan awal minggu ini.

SR mendakwa ketua baharu Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman, DCP Saiful Azly Kamaruddin, menerima “tidak kurang 36 panggilan” daripada Gopinathan Krishnan yang lebih dikenali sebagai Gopi.

 Gopi ialah salah seorang suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mei lalu.

 Dia disyaki menjadi “orang tengah” utama antara polis dan kegiatan judi dan rumah urut haram di Melaka.

 Semalam, Khalid mempersoalkan apa salahnya Saiful menerima panggilan daripada Gopi dengan berkata beliau menerima “ratusan panggilan” setiap pagi daripada mereka yang ingin mengucapkan selamat pagi kepadanya.

 “IGP (ketua polis negara) jelas tidak cuba menafikan atau menjelaskannya dengan cara signifikan,” kata Rewcastle-Brown.

 “Saya terkejut beliau cuba memandang ringan perkara yang nampaknya sangat serius dengan cara seperti itu dan mendakwa beliau menerima ‘ratusan panggilan’ daripada bermacam-macam orang setiap pagi yang tiada sebarang makna.

 “Beliau nampaknya membuang masa sangat berharga buat dirinya dalam proses itu.”

 Rewcastle-Brown berkata, respons Khalid menunjukkan “pendekatan bodoh dan tidak profesional yang membimbangkan” terhadap tugasnya.

 “(Ini) berdasarkan banyak ulasan sub-standard beliau buat kepada media dalam hal ini.”

 Beliau berkata, SR hanya mengemukakan fakta, dalam konteks siasatan terhadap kes rasuah polis di Melaka, yang menimbulkan isu sangat serius dan memerlukan siasatan menyeluruh serta penjelasan sewajarnya.

 “Jawapan spontan seperti ini tidak memuaskan,” katanya.

 Rewcastle-Brown bagaimanapun yakin jika atau ketika Khalid dan pegawainya disoal secara rasmi hubungan mereka dengan Gopi, beliau akan memberi “respons serius dan berdasarkan fakta” kepada orang ramai dan pihak berkuasa.

 “(Gopi) tidak mempunyai alasan rasmi atau profesional untuk menghubungi mereka semua melalui telefon bimbit rasmi mereka pada hari bekerja mereka.”

 Mengenai dakwaan Khalid yang laporan SR “merepek”, Rewcastle-Brown berkata, beliau perlu melihat fakta yang diberikan dan apa yang berada di sebaliknya.

 “(Beliau tidak sepatutnya) membuat lawak acuh tak acuh mengenai panggilan sangat serius.” Pada 14 Jun lalu, Khalid mengakui beliau dan keluarganya mengenali Gopi, tetapi ia tidak bermakna dia akan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya terlibat jenayah.

 “Gopi, jika dia melakukan apa-apa di luar undang-undang, saya akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya.

SR mendakwa mempunyai dokumen membuktikan lelaki berusia 32 tahun itu berhubung dengannya melalui telefon dan menuduh Gopi pernah menghubungi ipar Khalid, Mohd Isa Hussin yang menjalankan perniagaan senjata api di bawah syarikat Nilai Arms.
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

KPN tak mampu berdepan dgn SR. Dia tak cukup IQ. SR guna fakta dgn bukti yg cukup. Dia tak cakap karut mcm lebai cap ayam. Tgk najib dan peguam handal tersohor pun tak mampu jawab tuduhan SR yg cukup bukti dan fakta. Dont pray pray with SR wahai ktn

Anonymous said...

Saya berpendapat, pemberi maklumat kepada SR mempunyai banyak lagi fakta fakta yang tidak diketengahkan. SR hanya mengeluarkan fakta fakta yang perlu setelah penelitian yang terperinci. Begitu juga berkenaan kes kes lain yang diberikan kepada SR. Pemberi maklumat mungkin ada dalam kerajaan, dalam parti, dalam agensi yang terlibat, dari mereka yang kecewa, dendam dan tidak puas hati.
SR mula wujud dan membina integtriti serta kepercayaan awam sejak laporan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud satu ketika dulu. SR mula membongkar keterlibatan tauke tauke balak, taikun taikun tanah ladang dan ahli politik Sarawak yg hingga kini masih belum selesai.
Dari itu SR mula disogokkan dengan maklumat kes kes sensasi dan salah laku kelas tertinggi di Malaysia seperti pembelian kapal selam, 1Mdb, pembunuhan, politik dan rasuah, wang haram serta perkara yang melibatkan penyalahgunaan kuasa.
Fakta fakta di SR susah untuk dinafikan dan di sangkal. Fakta fakta raw yang diperolehi diperinci dan disemak dari pelbagai sudut sebelum disiar.
Ini menyebakan SR susah untuk dicabar dimahkamah dan ianya melibatkan banyak pihak dan membongkar rahsia yang selama ini tidak diketahui dan disangka sangka siapa dalangnya.. TQ, Ancient Mariner

Anonymous said...

Bagi ahli-ahli parti cap bulan, kenyataan dikeluarkan oleh mr presideng lebih hebat lagi drp kenyataan SR.
Maklum la, mr presideng lebai mungkin disucikan oleh walaun-walaun iq tertinggi bangsa Melayu!!
Hahahaha... maaf terkeluar topik sikit!!!

Anonymous said...

SR dalam satu siaran dah kantoikan Najib upah pihak asing untuk menyamar jadi pelabur di Malaysia. Pelabur yang menyamar ini konon minta maklumat rasuah yang belum disiarkan berkenaan Malaysia terutamanya 1MDB. Malangnya, SR lebih dahulu dapat mengesan campurtangan Najib. Sebab itu, Najib dan rakan-rakan penerima rasuah termasuk Pas belum ada yang betul-betul berani ambil tindakan. Mereka sendiri tak tahu maklumat apa yang bocor kepada SR.

Tahniah pembocor maklumat penyelewengan. Siapa pun anda, hero tak bernama bagi Malaysia!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...