GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, July 24, 2017

PENTAS INVOKE SEBAGAI SAKSI MATINYA SEORANG PEJUANG YANG MELAWAN KEZALIMAN


Oleh : Wfauzdin 

 Aku tak dapat nak bayangkan apa perasaan yang bermain2 di dalam fikiran YB Rafizi Ramli disaat beliau menatap kali terakhir jasad Almarhum Cikgu Razali, pimpinan PPBM Johor yg juga mantan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kluang, Johor.

 Sejarah hitam tapi penuh bermakna buat INVOKE. Pentas INVOKE melakar sejarah yang menyaksikan seorang pejuang rakyat yang rebah di pentas ini sewaktu menentang kezaliman rejim. Kata2 akhir Arwah sebelum tersungkur ke bumi, 

 " Jika saya bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Kluang, boleh tinggalkan Umno, kenapa tidak ahli Umno yang lain?".

 Bertuah buat mereka yang rebah disaat menentang kezaliman dan amat malang buat sesiapa yang rebah ketika bersujud di kaki pemerintah yang zalim. 

Arwah bukan sahaja telah meninggalkan Umno, bahkan telah meninggalkan bumi yang di atasnya terpacak seorang Penguasa Kleptokrasi.

Buat Sdr Rafizi, jangan merasa sedih dan lemah semangat. Jadikan pemergian Almarhum di atas pentas INVOKE itu sebagai penyuntik semangat kelian dan tunaikan hajat Almarhum iaitu rejim Umno/Bn itu wajib ditumbangkan.

 Aku mencadangkan agar potret Almarhum diletakkan di belakang pentas (Backdrop) INVOKE sebagai kenangan yang tidak akan dapat kita lupakan.

 Moga Allahyarham Cikgu Zali ditempatkan bersama orang orang yang Beriman. ALFATIHAH.
Comments
2 Comments

2 comments :

UP the Moderates said...

Semoga Roh Allahyarham Cikgu Zali dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Aamiin Ya Robbal' Aalamiin.

Kepada YB Rafizi Ramli dan Krew INVOKE. Sudah ramai rakyat..menyokong anda! Teruskanlah..Membina Semula Negara!

Saya bersama dengan Anda semua!

Saadun Sulaiman said...

Semoga ALLAH merahmati roh arwah Cik Gu yang guigur tertekala melawan pemerintah yang zalim. Ternyata beliau telah terkeluar dari teguran ALLAH melalui ayat 113, surah Hud. Sifat beliau yang menentang pemerintah yang zalim harus di jadi kan iktibar buat mereka yang setia menyanjung pemerintah yang sedemikian walau pun ia nya seorang Pak Lebai dan dari parti yang konon nya berlandas kan Al-Qur'an.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...