GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, July 31, 2017

PERANAN DEDAK DALAM MEMUSNAHKAN INSTITUSI POLITIK


 Pengaruh dedak amat besar dalam politik. Dedak boleh membina kekuatan politik dan dedaklah juga yang akan menghancurkan institusi politik. Bila dedak menjadi fokus, maka siapa yang berjaya memberi dedak yang banyak akan menjadi tempat berkerumun dan bila dedak berkurangan, mereka mula mengais-ngais mencari sisanya walaupun terpaksa berak dan kencing di sekelilingnya.

Parti politik, pemimpinnya dan juga penyokongnya, semuanya boleh dibentuk dan dijuruskan mengikut acuan pendedak. Ada parti usang sudah berkali kali runtuh dan berterabur kerana berebut dedak dan kini sedang menuju garis penamatnya gara gara gejala dedak, dan kini sebahagian mereka turut memerangi budaya dedak ini.

Wabak dedak ini sekarang dilihat sedang merebak ke dalam parti suci sehingga sebahagian besar pemimpin utamanya berjaya disingkir dan ramai pengikutnya terpaksa menyingkirkan diri. Kini peluru peluru telah disasarkan ke belakang sebagai benteng menghalang kemaraan mereka agar tidak boleh menggugat pemberi dedak dengan harapan guni dedak akan datang mencurah curah.
Dedak telah mengubah segala galanya, rakan yang dulunya tempat saling bermanja menjadi musuh. Musuh yang dulunya menjadi sasaran mulut celuparnya, kini menjadi tempat bergantung harap dan rakan yang perlu dilindungi.

Strateji mereka hanya satu, hanya mereka parti yang suci, menentang mereka bererti menentang Islam, menolak kehendak mereka adalah menolak Islam. Siapa saja yang cuba mengkritik atau menegur kerja buat mereka adalah khadam harbi yang layak diperangi dengan peluru peluru fitnah dan tuduhan jahat, selain akan dilabel dan dan dihukum dengan berbagai istilah ciptaan mereka.

Hanya mereka golongan suci, siapa saja yang tidak bersama mereka samada yang keluar atau dikeluarkan adalah golongan pengkhianat dan penentang agama (sebenarnya penentang mereka).

Mereka pergunakan Islam untuk pertahankan masa depan dan dedak mereka, bukan lagi Islam yang mengawal mereka, tetapi mereka yang mengawal Islam mengikut kehendak mereka, tingkah laku dan tutur kata mereka semakin jauh dengan Islam.

Jika kamu menemui golongan ini, lawanlah mereka sebagaimana kamu melawan pendedak mereka. Insya Allah, Allah dan masyarakat ramai bersama kamu menentang mereka.

Itulah PAKATAN HARAPAN kita untuk selamatkan negara tercinta.
~ Che Ibrahim Mohamed
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...