GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, July 29, 2017

Scandal Carbon Credit Kelantan - Climate Protectors Sdn Bhd Buntu..?

Majlis menandatangani MoU antara Menteri Besar
dengan pihak syarikat terbabit awal tahun ini.
Khabarnya salah seorang CEO dalam Syarikat Climate Protectors Sdn Bhd iaitu Ts Tang telah diminta menarik diri dari Syarikat tersebut susulan beberapa pendedahan dibuat pelbagai pihak terhadap aktiviti Jenayah Kolar Putih melibatkan Ts Tang di Asia terutamanya di Indonesia.

Kami juga mendapat maklum bahawa pihak Climate Protectors Sdn Bhd juga kini berada dalam dilema dan kebuntuan bagaimana mahu meneruskan Projek berkenaan memandangkan mereka tidak ada kepakaran dan pengalaman didalam Projek REDD atau REDD+ yang diperkenalkan oleh UNFCCC dan selama ini mereka hanya bergantung dan percaya kepada Ts Tang sahaja didalam Projek ini.

Hampir jelas sekarang, Ts Tang telah menggunakan Projek Carbon Credit Trading untuk mempengaruhi Climate Protectors Sdn Bhd seterusnya memperdaya Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dengan menggunakan Climate Protectors Sdn Bhd dan Proposal Projek Carbon Credit Trading sebagai laluan mudah beliau bagi membuat Dagangan BitCoin Carbon melalui Syarikat beliau EcoBit.

Apa yang jelas sekarang ialah semua pendedahan dan teguran dilakukan pelbagai pihak terhadap Kerajaan Negeri Kelantan adalah cukup-cukup berasas dan bukan sekadar tuduhan semata-mata.

Kesemua kepincangn ini tidak akan berlaku sekiranya Pimpinan Kerajaan Negeri menjalankan siasatan terperinci dan maklumat tepat sebelum menerima apa-apa proposal dan bukannya terus bersetuju dan menerima sesuatu proposal HANYA KERANA DIJANJIKAN WANG BERJUTA (KUNUNNYA).

Dato' Anuar Tan, Dato' Menteri Besar Negeri Kelantan dan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Kelantan perlu bertanggungjawab dan memberi penjelasan kepasa Rakyat Negeri Kelantan dengan kadar segera.

Benar Kerajaan "tidak rugi apa-apa SETAKAT HARI INI" tetapi Kreadibiliti dan Kewibawaan Kerajaan Negeri Kelantan terjejas dengan begitu teruk sekali kerana kelalaian dan kelemahan dalam mentadbir urus khazanah Negeri Kelantan.

Dato' Anuar Tan terutamanya perlu menjelaskan kepada Rakyat Negeri Kelantan bagaimanakah pelaksanaan Projek Carbon Credit Trading mengikut kaedah Kyoto Protokol, bagaimana kaedah Private Inisiatif dan bagaimanakah Dagangan dalam Voluntery Market dilakukan..?

Paling penting, Dato' Anuar Tan perlu menjelaskan kepada umum sebenarnya Dato' Anuar Tan sendiri FAHAM ATAU TIDAK FAHAM bagaimana perjalanan dan kaedah pelaksanaan Dagangan Carbon TANPA MELIBATKAN UNFCCC atau Dato' Anuar Tan hanya memanjangkan "kisah dongeng" yang dijaja Ts Tang tanpa mengetahui bahawa Kerajaan Negeri telah "menjadi mangsa tipu daya" Ts Tang..?

Saya akan mendedahkan dengan lebih terperinci dalam tulisan seterusnya tetapi sebelum itu saya ingin mengajukan satu soalan mudah buat Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.

DIMANAKAH TERLETAKNYA PEJABAT OPERASI CLIMATE PROTECTORS SDN BHD..?

Mohd Fauzi Mohd Azmi
Impian Kelantan
DAP Suara Muda
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Kikiki pak lebai ni dgn cina DAP habis dicaci hamun tapi buat bisnis dgn cina habis digadai hutan. Allah suruh baca quran dan belajar hadis utk amalkan dlm urusan harian tapi lebai PAS rujuk quran utk bela Najib.

benjamin liang said...

Pejabat operasi tu terletak diantara dua belah paha Atuk Tan tu naik atas sikit....

UP the Moderates said...

DIMANAKAH TERLETAKNYA PEJABAT OPERASI CLIMATE PROTECTORS SDN BHD..?

Saya tolong jawabkan..

Terletak di dalam serban, jubah tok2 lebai Pas hehehe...jgn marah arr..

Pejabat operasi pun..tok2 lebai tak menyiasat..macamlah boleh sign MoU?
Hhmmm....betul lah! Kerajaan negeri Kelantan perlu di tukar ganti!

Anonymous said...


Di negeri Angin Berdengung daaa..

Mata di tutup dengan simbol RM. RM. RM.

Penglihatan hanya nampak juta, juta, juta..

Kalau Ts Tang dengan mudah tipu kerajaan PAS Kelantan.. lagi mudah lah di tipu UMNO.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...