PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Monday, July 10, 2017

Sebab Najib lanjutkan tempoh Raus jadi Ketua Hakim Negara


 Mengulas perlantikan Md Raus oleh Pejabat Perdana Menteri semalam, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Gopal Sri Ram pernah mengingatkan bahawa dua perkara yang mungkin berlaku jika Ketua Hakim Negara itu diberikan lanjutan dua tahun.

"Pertama, ini akan mengugatkan badan kehakiman.

“Kedua dan yang lebih penting, lanjutan itu boleh dicabar, dan ini mungkin memalukan penyandangnya (Hakim Raus). Ini mesti dielakkan pada sebarang kos," katanya di sini

Raus kini memasuki bulan ketiga daripada tempoh lanjutan perkhidmatan enam bulan selepas mencapai umur 66 pada bulan Februari lalu.

"Di bawah Perlembagaan Persekutuan, tempoh maksimum seseorang ketua hakim atau mana-mana hakim lain mahkamah persekutuan boleh berkhidmat adalah hanya sehingga 66 tahun, ditambah dengan lanjutan enam bulan. “Sebenarnya, peruntukan itu merangkumi semua hakim," katanya.

Ia termaktub dalam Perkara 125 (1) Perlembagaan Persekutuan.

 Telahan Gopal Sri Ram terbukti kebenarannya apabila Badan Peguam Malaysia menganggap pelantikan dua jawatan tertinggi kehakiman tersebut "terang-terangan menyalahi perlembagaan" akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membincangkannya.

 "Badan Peguam Malaysia berpandangan pelantikan Md Raus dan Zulkefli masing-masing sebagai hakim tambahan dan terus memegang jawatan ketua hakim negara serta presiden mahkamah rayuan sebagai (langkah) melanggar perlembagaan secara terang-terangan.

  Sementalahan itu pula, dua pesara hakim - Seorang enggan dedahkan namanya dan seorang lagi ialah bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad - berpendapat tindakan itu menyalahi perlembagaan.

 Parti AMANAH Negara (AMANAH) akan memfailkan semakan kehakiman berhubung lanjutan tempoh khidmat Tan Sri Md Raus Sharif sebagai ketua hakim negara.

 Tindakan ini selepas Badan Peguam Malaysia, bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamed dan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menegaskan pelantikan itu bertentangan dengan perlembagaan.

 Sebaliknya peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula mempertahankan pelantikan itu dalam kenyataannya.

 Seperti biasa, Pas yang gemar berlagak sebagai pembela regim kleptokrasi Najib pun berkata, PAS percaya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja telah mendapat nasihat perundangan sebelum berkenan dengan perlantikan tersebut.

PAS percaya Agong dapat nasihat
 Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, PAS percaya nasihat pelantikan itu diberikan berdasarkan tafsiran Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan berhubung keanggotaan Mahkamah Persekutuan.

 Memang patut disekeh kepala Taki ni! Dia hanya tahu menyampuk dan menyokong apa saja hal untuk memihak kepada Najib tanpa menghuraikan tafsiran Fasal (1A) Perkara 122 tersebut.

 Walhal, bantahan tiga pesara hakim dan Badan Peguam Malaysia itu pun berdasarkan tafsiran Fasal (1A) Perkara 122 juga dengan mengemukakan pandangan mereka mengenainya.

Mereka berpendapat, pelantikan hakim tambahan itu hanya untuk hakim biasa mahkamah persekutuan dan tidak boleh digunakan sebagai 'jalan belakang' untuk menyambung tempoh perkhidmatan seorang ketua hakim negara, atau jawatan penting lain.

Menurut Najib, pelantikan Md Raus dan Zulkefli berdasarkan kepada saranan ketua hakim sebelum ini, Tun Arifin Zakaria yang bersara pada 31 Mac lalu.


 Perlu diambil perhatian bahawa Tun Arifin Zakaria adalah ketuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim lalu.

 Sementara Md Raus adalah antara lima hakim tersebut, dan Shafee Abdullah merupakan peguam pendakwa.

  Shafee Abdullah pernah dituduh menerima RM9.5 juta dari Najib. Begitu juga dengan Pas telah dituduh menerima RM90 juta dari Najib.

  Sehingga kini masing-masing tidak berani nak saman orang yang menuduh. Shafie senyap tak kata apa-apa pun, sementara Pas masih dengan berbagai berdalih dan kini katanya masih mengutip dana kerana tidak cukup nak bayar kos guaman!

 Memandangkan faktor-faktor diatas, cadangan Tun Arifin dan sokongan Shafee Abdullah dan Takiyuddin Hassan itu hanyalah agenda untuk membalas budi dedak yang diberi Najib dan mempertahankan regim kleptokrasi Najib.

 Bila Shafee dan Pas sokong tidakkah kita patut rasa curiga dan merasakan adanya muslihat yang tersembunyi disebaliknya?

 Sepatutnya Taki tidak perlu ngada-ngada nak menyibuk dalam hal ini. Uruskan dulu isu skandal carbon creadit, perjanjian yang melibatkan 1 juta ekar tanah hutan simpan kekal di Kelantan dan segera lakukan saman terhadap dakwaan Husam dan SR tentang RM90 juta yang dibayar olih Najib kepada Pas.
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Kot depa tu ada bahagian (Hun) dari shafiee Dollah kot sebab tu lah Najib sayang kat depa dan yang PAS kata YDPA dapat nasrehat tu memanglah betui yang bagi nasehat tu sapa dia kalau bukan Najib YDPA tak boleh disalahkan sebab protokol termaktub macam tu semau nasehat mesti datang dari memanda mentari Najib habislah undamg-u

Anonymous said...

Politik matang Pas ialah tunduk kepada MCA dan MIC - Khadam Umno dulu...

Jadi Pas dah jadi khadam kepada Khadam Umno...

MCA dan MIC naik pangkat jadi Chief Khadam...

Pasu bunga mana boleh bantah Chief Khadam...

Anonymous said...

Para hakim berhati2. Sebelah kaki kamu dah masuk neraka.

Anonymous said...

Lebai-lebai cap bulan ni, mana la tau s hal-hal perlembagaan ni.
Bagi kat mereka persoalan haidh dan nifas, sampai ke subuh pun mereka dapat ulas satu persatu!!! Kih kih kih!!

Anonymous said...

Dah tak ada modal, lebai gunakan institusi raja. Dah serupa dengan umgok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...