GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, July 11, 2017

SURAT TERBUKA PELAJAR TAHFIZ SELEPAS AWIE BALIK

Anak Exco dan adik Exco Dato' Nassuruddin Daud begitu gembira
  Saya merupakan pelajar tahfiz di Melor. Tujuan saya menulis surat terbuka ini adalah untuk memberitahu kepada para Ustaz dan pimpinan Pas bahawa kami pelajar tahfiz tidak bersetuju membawa Awie ke sekolah tahfiz atau pondok kami.

 Saya dididik oleh keluarga supaya mengurangkan aktiviti hiburan dan menumpu perhatian sepenuhnya menghafal al-quran dan membaca kitab. Dari kecil ayah dan ustaz mendidik bahawa maksiat boleh menjadi penyebab kami mudah lupa apa yang kami hafal dan belajar.

 Mungkin maksiat kepada anda tidak sama dengan kami. Bagi kami, ketawa atau membuat sesuatu yang tidak berfaedah itu maksiat. 

 Dihati kami sentiasa membaca dan mengingat apa yang kami telah hafal. Saya pernah terlupa sural Ar Rahman ketika menjadi imam terawih pada ramadhan 2 tahun lepas hanya kerana saya sibuk lepak makan colek dan berborak-borak dengan kawan-kawan selepas berterawih.

 Selepas peristiwa itu saya sentiasa menghindarkan diri dari segala majlis atau program yang melalaikan atau ada unsur-unsur maksiat.

Budak-budak tahfiz beratur dan berpanas di luar sekolah
semata-mata untuk menyambut Awie & the gang
 Saya terkejut apabila adik saya di Sekolah Tahfiz Daril Ulum menceritakan pengalamannya menyambut kedatangan Awie ke sana. 

 Mereka terpaksa beratur dan berpanas di luar sekolah semata-mata untuk menyambut rombongan motosikal berkuasa besar yang diketuai Awie.

 Adik saya sebelum ini langsung tidak mengenal siapa itu Awie. Beliau menyangka Awie seorang Tok Guru atau seorang Hafiz melihat kepada persediaan menyambut kumpulan tersebut.

 AJK MTD, Pemuda dan Muslimat Pas memenuhi sekolah mereka. Seolah-olah pimpinan besar akan turun. Namun hanya dia terkejut apabila hanya sekumpulan motosikal berkuasa besar sahaja yang datang. Mereka menyangkakan kumpulan motosikal itu pengiring, namun adik saya terkejut apabila seorang berambut panjang dan berseluar jeans ketat itulah yang mereka perlu sambut.

 Anak Exco dan adik Exco Dato' Nassuruddin Daud begitu gembira. Adik saya dan kawan-kawanya tidak faham kenapa Dato' Nassuruddin begitu gembira menyambut kedatangan Awie. Dan saya dimaklumkan hanya sekolah tahfiz tersebut yang dilawati Awie. Adakah hanya kerana sekolah itu ada kaitan kekeluargaan dengan Exco untuk tujuan promosi dan minta derma atau bertujuan politik saya tidak berani untuk membuat andaian.

 Namun, sehingga kini saya sendiri tidak faham tujuan Awie itu diangkat sedemikian rupa. Saya tidak mahu membuka aib beliau namun saya tidak nampak kedatangan Awie ke sekolah tahfiz itu mampu mengangkat atau memperkasakan pendidikan tahfiz atau pun hal-hal dakwah.

Pakaian sunnah dijadikan satu bahan jenaka?
Lebih-lebih lagi apabila mereka memakaikan serban kepada kumpulan Awie sambil ketawa dan berseronok. Seolah-olah pakaian yang kami anggap pakaian sunnah itu satu bahan jenaka. Untuk makluman, sehingga kini saya tetap berserban ketika naik motosikal kerana kami begitu hormat pakaian sunnah ini. Namun perbuatan mereka betul-betul menyebabkan kami begitu bersedih. 

 Mereka memperbodohkan diri semata-mata kerana seorang artis rock. Sedangkan sebelum ini kami diajar untuk lari dari dunia ini. Tiba-tiba kini mereka pula yang membawa artis berambut panjang ini untuk dijadikan ikon. Ini satu penghinaan kepada kami pelajar tahfiz.

 Kami juga bersedih apabila Kerajaan Kelantan terus "memuja" Awie dan menyediakan Stadium Negeri dan membenarkan menyanyi dalam keadaan lelaki dan wanita bercampur tanpa kawalan.

 Walau kami tidak ke sana, namun kami takut sekiranya perkara itu boleh menyebabkan Allah swt datangkan bala kepada kita semua. Kami berharap Kerajaan Kelantan dan penganjur bertaubat atas dosa-dosa yang telah mereka lakukan.

 Selepas kepulangan Awie, negeri yang kami cinta ini terus bergolak. Parti-parti politik terus bertelagah hanya kerana Awie. Bahkan pelajar tahfiz dari luar negeri Kelantan juga hubungi saya menyatakan ketidaksenangan dengan apa yang telah berlaku ini. 

Rockers berambut panjang untuk dijadikan ikon  
kepada pelajar tahfiz?
Saya masih ingat pesanan seorang Ustaz, diantara tanda-tanda seorang tetamu itu baik apabila dia meninggalkan satu kawasan, maka kawasan itu akan tenang dan senang. Dan begitu juga jika tetamu itu tidak baik apabila dia meninggalkan kawasan yang dilawatinya maka kawasan itu dalam akan tidak tenteram dan terus berpecah. Di negeri kami hari ini, perbalahan antara ahli politik seperti tidak berkesudahan. Sejak Dato' Husam Musa yang disayangi pelajar pondok itu dibuang dan sejak pemergian Almarhum Tok Guru negeri ini seolah-olah dilanda tsunami.

 Puak-puak politik terus berbalah dan saling bercakaran sehinggakan Ketua Pemuda Amanah berani membuat laporan polis terhadap Menteri Besar yang kita sayangi. Saya tidak faham kes yang mereka bawa namun saya yakin sekiranya Ketua Pemuda Amanah Kelantan membuat laporan polis sudah pasti kes itu sangat serius. Saya menunggu ceramah penerangan dari PAS tentang isu Skim Cepat Kaya yang dikaitkan dengan MB namun sehingga kini saya tidak nampak poster atau Tok Penghulu datang untuk menjemput kami bagi memenuhi tempat ceramah.

Imam Besar Rock selepas ditarbiah oleh Sudin Copong?
Selepas kepulangan Awie, Pas Kelantan mula mempromosi Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia. Mungkin ingin memujuk kami. Saya tidak tahu sama ada penganjurnya Ijtima' itu dari parti atau kerajaan Kelantan. 

 Namun saya ingin tegaskan, bahawa kami pelajar tahfiz dan pondok sama sekali tidak bersetuju apabila program itu akan dihadiri tokoh wahabi Dr Zakir Naik.

 Saya bukanlah seorang anti wahabi, namun saya perpandangan, ini bukanlah waktu yang tepat. Seperti mana yang kita tahu, konflik di Sekolah Pondok Moden sehingga kini tidak ada jalan penyelesaian. Kedatangan tokoh wahabi itu jelas seperti ingin mencabar para Guru pondok. Dimana sebelum ini Kerajaan Kelantan telah berkerjasama dengan Kerajaan Madinah yang melahirkan ulamak wahabi yang menimbulkan kemarahan para Tok Guru pondok.

 Kami tidak mahu aliran wahabi bertapak di Kelantan. Sekiranya kerajaan atau Pas ingin teruskan dengan program ini, saya tidak teragak-agak untuk menyokong Amanah atau Umno.

 Saya berharap surat terbuka ini dapat membuka minda pimpinan kerajaan Kelantan. Kami masih sayangkan Pas, namun sekiranya Pas terus merosakkan negeri ini, kami juga akan bersama parti lain untuk membaiki kerosakan ini. 

Amirul Habibullah 
Pelajar Tahfiz STAM ~ Grp WhatsApp Bekas Tentera (PV-PNM) Negeri Perak
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Nak buat camana..kita mmg hidup di bumi taghut..Sejak kejatuhan khilafah Othmaniah pd tahun 1924..Bumi umat Islam dijajah dan dihinjak barat/yahudi atas nama demokrasi.Sedar kah kita? Politik negara ini mengamalkan sistem sekular totok yahudi Lord Reid..Yang mana sistem berbagai parti yg bertanding ini tidak boleh menegakkan syariat Allah sampai bila2 pun..Sistem khilafah Daulah Islamiyyah ala minhajin Nubuwah hanya blh ditegakkan dgn tauhid dan jihad shj.Yg mana sistem ini akan diperangi oleh kuffar, murtadin,atheist dll..Wallahuaklam.

Anonymous said...

PELAJAR TAHFIZ YG TULIS????? HAHAHAHAHA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...