GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, August 01, 2017

Asri jawab Harussani, petik hujah Imam Hanifah bela anak luar nikah


PETALING JAYA: Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata perbezaan pendapat imam dalam tafsiran menyentuh soal agama perlu diterima selagi ia berdasarkan hujah, dan ini termasuk soal status anak luar nikah yang menjadi perdebatan hangat sejak penghakiman Mahkamah Rayuan minggu lalu.

Asri berkata demikian dipercayai sebagai respon terhadap Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang membidasnya kerana menyokong keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak luar nikah dibinkan dengan nama bapa kandungnya, berbeza daripada amalan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membinkan anak sedemikian dengan nama “Abdullah”.

Harussani yang mempersoalkan keputusan itu berkata pendirian Asri itu seperti 
“menghalalkan zina”.

“Benda yang diputuskan sejak berzaman tidak boleh ubah, sebab ia berasaskan Al-Quran, hadis, ijma (persetujuan) ulama. Kenapa kita nak melawan hadis? Saya harap ulama ini harus berhati-hati, kita pakailah ijma yang telah dibuat berkurun lamanya,” katanya.

Bagaimanapun, Asri dalam catatan Facebook hari ini memetik pandangan beberapa ulama silam termasuk Imam Abu Hanifah yang menjadi rujukan mazhab Hanafi, mazhab dengan pengikut paling ramai di dunia Islam.

“Jika seseorang lelaki berzina dengan seorang perempuan lalu mengandung disebabkan perzinaan itu, aku berpendapat TIDAK SALAH untuk dia berkahwin dengannya dan menutupinya (aib) dan anak itu dikira anaknya,” Asri memetik kitab karangan Imam Ibn Qudamah, Al-Mughni yang memetik kata-kata Abu Hanifah.

Asri berkata pandangan sama Abu Hanifah turut dikongsi beberapa tokoh Islam seperti Ibn Taimiyyah dan Rashid Rida, termasuk ulama yang menjadi rujukan semasa seperti Dr Yusuf al-Qaradawi

“Kesemua mereka merupakan ilmuwan terbilang. Mereka imam mujtahid. Bahkan terkenal dengan kewarakan dan kegemilangan ilmu seperti Al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Ruhuyah dan Sulaim bin Yasar.

“Apakah kita ingin menuduh mereka menghalalkan zina? Ataupun kita dangkal dalam membaca hujah dan alasan pihak yang lain?!” soal Asri.

Mahkamah Rayuan minggu lalu menegur JPN kerana bertindak di luar kuasa apabila meletakkan “bin Abdullah” untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak yang diberikan taraf luar nikah ketika kelahirannya.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dalam penghakimannnya berkata Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak membezakan antara kanak-kanak Islam dan bukan Islam, dan sebarang fatwa tidak boleh dijadikan rujukan dalam hal sivil.

Ia mengundang kritikan beberapa pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menyeru umat Islam bersatu di belakang pihak berkuasa agama bagi merayu keputusan mahkamah itu. ~ sumber
Comments
8 Comments

8 comments :

capriokerr said...

pelik punya orang,
mereka tolak semua imam mazhab tapi
utk kepentingan diri mereka guna fatwa mazhab.

cukupla nak putar belit

Anonymous said...

agak ganjil dan janggal nk megupas issue anak anak Zina sebab ianya melibatkan maruah anak itu dan masadepanya tangapan masyarakat agak jahiliah.Pabila dibin atau bintikan abdulah masyarakat akan tercari cari sebab dan penyebab dan anak itu bisa tersisih.. dan nama Abdullah bisa menhukum ibu bapa disebabkan Zina lampaunya bisa berlaku pergolakan rum ah tanga.keselesaan anak itu bisa terjejas kesejahteraanya bisa tergangu menhadapi masa mendatang akan berlaku kemurungan di sekolah dan masyarakat sekeliling.. bila issue ini diwacanakan atau di politicskan akan merasa keaiban anak anak ini...tapi issue ini tidak repot dan jangan repot.. anak anak zina yang tidak tahu ibu bapanya adalah wajar dan harus di bin dan bintikan abdulah tidak mengira warna kulitnya keturunannya keadaan fizikalnya usulnya diragui Maka abdullah sebaik ganti bapanya aminah sebagai ganti ibunya... faham tidak!!!!!! jangan main buat andaian dan kupasan ulama terdahulu karna ulama terdahulu dan kupasan meliputi waktu itu bersempendapat dan mencari kebaikan umat.Pada ibu dan bakal bapa yang telah ketertetelanjuran sebelah bernikah dangan penuh keinsafan ambil tangung jawab bin atau binti pada nama bapanya.. tangung aib itu . anak itu tidak harus tersisih...dan jika bapa engan bertangung jawab atas alasan dan curiga agak wajar dibin atau binti abdullah.. mengerti kalian tapi seafdalnya ambillah tangung jawab itu..putihkan anak itu.. dan sekarang bisa nampaktak perbedaan?? dan Para ibu bapa yang telah mengakui keterlanjuran Dan telah menginsafi kesalahan itu ambil pula tangung jawab pongong Anda perlu disebat!!!! tu pun klau anda bersedia layer dan rela diperlakukan Allah maha tahu sifatnya lurus murka pada yang melampaui batas tetapi penyayang.wabillahitaufikwalhidayah asalammualaikum

Anonymous said...

Hamba cuma ingin tahu...adakah anak yang lahir oleh perbuatan rogol dan perogol berjaya ditangkap. Adakah bayi itu di BIN kan atas nama perogol atau ABDULLAH? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Nobody said...

Apa maksud kau ni? Kau ni betul ke tak betul?

Anonymous said...

Ini anak hasil dari perbuatan zina.

Rogol mangsa tidak mengenali si pelaku.

Nama yang di bin atau dibunyikan ialah perbuatan zina, boleh ke tak boleh?

Wallahualam

Anonymous said...

Alasan untuk menjaga keturunan dan tahu asal usul seseorang untuk melahirkan umat yang baik, tidak boleh pakai.

Kerana umat Islam sekarang majoriti tidak menunjukkan akhlak yang baik dan sering berkelahi antara satu puak dengan puak yang lain.

Dan seterusnya ..

Anonymous said...

Kesian pada anak tu.Anak tu xsalah apapun kenapa sampai kena tanggung malu ber bin Abdullah..cth lah kalai kita menerima nasib spt anak tu,mcmne perasan kita?cth jika Harussani anak luar nikah,apa pula pendapat beliau ber bin kan Abdullah??

Anonymous said...

Harussani dah baca semua kitab ulamak muktabar? Bab ni dia suka gaduh. Tunjuk alim ker? Cuba ulas sikit pasal gst n 1mdb. Rasa boleh terlekat bijik nangka. Kahkahkah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...