JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, August 04, 2017

Bukti Rakyat Malaysia sokong Rafizi lawan Rasuah dan penyelewengan


 Hanya dalam tempoh 10 hari, seramai 7,435 rakyat Malaysia menjawab rayuan Rafizi Ramli dan secara bersama menyumbang sejumlah RM1,585,014.49. Jumlah ini adalah 5 kali jumlah yang diperlukan untuk membayar NFC.
Menurut Rafizi, mereka yang menyumbang datangnya dari pelbagai latar belakang. 

Dari 5,135 penyumbang yang maklumat mereka diketahui, seramai 1,575 orang adalah Melayu, 2,903 adalah Cina, 348 adalah India, 40 Bumiputra Sabah dan 91 Bumiputra Sarawak. Baki 2,300 orang lagi menyumbang melalui mesin deposit tunai yang tidak memberi maklumat mereka.

84% dari keseluruhan sumbangan adalah dalam bentuk sumbangan kecil, paling sedikit RM10 dan paling tinggi pun RM200 setiap sumbangan.

Rafizi berkata terdapat juga anggota parlimen PAS yang menyampaikan sumbangan secara terbuka di khalayak ahli parlimen yang lain ketika di Dewan Rakyat walaupun hubungan kebelakangan ini tidak lagi seperti sebelum ini.

 Menurutnya, beliau benar-benar tersentuh hati mengenangkan keikhlasan mereka yang menyumbang mengikut cara dan kemampuan masing-masing dalam usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Rakyat Malaysia yang berlainan kaum, agama, harta kekayaan dan darjat dunia boleh bersatu untuk satu matlamat yang sama: bahawa mereka akan menyokong sesiapa yang berusaha melawan rasuah dan penyelewengan.

 Beliau berterima kasih sebanyak-banyaknya kepada setiap insan yang telah membantu dan menghantar komen, doa, nasihat dan kata-kata semangat di media sosial. 

 Rafizi turut memaklumkan sejumlah RM300,000 dari keseluruhan sumbangan akan diserahkan kepada peguam-peguam saya untuk menguruskan tuntutan NFC.

Bakinya akan digunakan untuk membiaya operasi INVOKE yang mengendalikan kempen di 50 kerusi parlimen marginal di seluruh negara, yang menelan belanja purata RM300,000 sebulan.~ sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Rakyat memberi tapi najib dan rosmah mencuri!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...