GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, August 05, 2017

Hj Hadi hanya pandai cakap saja...

 
Mangsa banjir besar 2014 masih belum mendapat pembelaan 

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kata Negara Kebajikan yang diperkenalkan sejak zaman British tidak menepati konsep 'Negara Berkebajikan' dalam Islam yang lebih luas dan menyeluruh. Baca selanjutnya di sini

 Hj Hadi ni hanya bijak bercakap dari buat kerja. Kenapa Hj Hadi tidak memperkenalkan 'Negara Berkebajikan' ketika Pas memerintah Terengganu selama satu penggal, bermula dari tahun 1999 hingga 2004? 

 Sewaktu jadi MB Trengganu dulu yang dia perhambat keluar kanak-kanak tadika Kemas mengangkat kerusi keluar dewan....adakah itu menepati ciri 'Negara Berkebajikan' dalam Islam?

 Semasa Hj Hadi jadi MB, anak syarikat Kerajaan Negeri, EPIC telah kerugian sejumlah RM37.5 juta dalam satu pelaburan sesat ~ sumber

  Tidak ada apa yang nak dibanggakan tentang pentadbiran Hj Hadi yang lalu. Kalau Hj Hadi memperkenalkan konsep 'Negara Berkebajikan' yang kononnya 'Roh Islam' sewaktu memerintah Terengganu dulu, sudah tentu rakyat Trengganu akan kekalkan pemerintahan Pas di situ hingga ke hari ini! 

  Dan mungkin pada hari ini, rakyat telah mengangkat Hj Hadi jadi Perdana Menteri Malaysia!! Hoi tolong jangan nak perasanlah! Hj Hadi hanya diberi peluang sepenggal sahaja jadi MB Terengganu sebab dia hanya pandai cakap tak pandai buat!

 Itu cerita di Trengganu.Bagaimana pula dengan di Kelantan? Membangun dengan Islam, membalak dengan Ulamak?

  Hj Hadi adalah Presiden parti yang memerintah di Kelantan. Apa peranan Hj Hadi? Tak ada masa sebab sibuk jadi penasihat kerajaan Kleptokrat Najib?

 Mana buktinya 'Negara Berkebajikan' seperti yang Hj Hadi katakan itu? Masalah mangsa banjir Kelantan masih lagi terbiar tanpa pembelaan yang sewajarnya.

  Menurut Naib presiden AMANAH Datuk Husam Musa pelbagai tindakan yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan sekarang sudah cukup untuk ditolak rakyat dalam pilihan raya akan datang :
Di Lembah Sireh perjanjian untuk kemudahan rakyat dilupuskan begitu saja.
Di Kampung Laut, rakyat tidak dirundingi dahulu sebelum tanah mereka diambil.
Di Lembah Binjai, kerajaan terang-terang menipu apabila memberitahu tuan-tuan tanah telah bersetuju tanah mereka diambil sedangkan sebenarnya mereka tidak pun diberitahu di peringkat awal.
Kerajaan juga gagal merancang untuk menjaga kebersihan dan alam sekitar.
Orang Asli dilayan dengan buruk semata-mata cuba mempertahankan hutan sekitar mereka dan air sungai yang bersih untuk meneruskan kehidupan.
Rakyat Kelantan sudah cukup hujah untuk menjatuhkan PAS pada pilihan raya akan datang.  
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Itu lah.. Lain lah kalau Hadi tak pernah memerintah atau tadbir negeri.

Negeri lain lebih maju dan nasib rakyat nya lebih terbela dari Kelantan.

Rasanya bila buat perlembagaan atau bila British meninggalkan tanah air, yang British tinggalkan ialah persetujuan yang telah di capai dan beberapa peraturan.

British itu penjajah dan penjajah datang nak ambil hasil bumi yang ada. Tidak ada penjajah yang jajah sesuatu negeri untuk buat kebajikan !

Itu pun selama ini pembangunan dan kehidupan rakyat aman dan makmur.

Anonymous said...

Lebai kena bercakap sekali sekala. Kalo dak, nampak sangat la parti dia dah pupus.

Anonymous said...

Tang kebad tanah cina buat bangunan dan tugu, lebai memang no 1. Saham kohilal lingkup dulu pun bukan dap yg buat kan? Tak kan lah lim kit siang yg belasah 14 juta duit potongan gaji cikgu yik. Khir toyo ahli umno, masakan dia pulak yang cilok tabung mangsa mamali kan. Mustahil kalu mahathir yg sapu balak kat negara cik siti wan kembang...

Habis th sapa yg buat?

HADIGOL said...

Sudahlah hadi... amat pelik pemimpin gerakan islam tetap pro syiah iran atas fahaman politik dangkal yg tidak berpijak dibumi nyata.

Bermkna hadi hanya berpolitik dn bukan membela rakyat dn umat. Politik utk dpt kuasa. Tkdpt kuasa pun jilat org berkuasa pun jadilah.

Hadi tkde masa utk rakyat dn umat. Takbir takbir bukan dpt duit pun kt hadi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...