GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, August 18, 2017

Omar dan lebai-lebai Pas bersama Najib hingga ke jannah!

Lagak keras YDP PAS Permatang Pauh Omar Hassan mendapat
layanan VVIP duduk bersila bersama PM Najib.
 Sejak ketiadaan almarhum TGNA, Hj Hadi telah berjaya memupuk hubungan yang semakin akrab antara Umno dan Pas. Pastinya ini membawa kearah kerjasama Pas dan Umno. Perkara ini sudah tidak dapat di sorok lagi kepada umum walaupun di nafikan oleh penyokongnya.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan mendapat layanan VVIP untuk makan bersila  bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  di Politeknik Seberang Perai, tengahari kelmarin.

 Bukan senang nak dapat peluang duduk bersila bersama Najib dan para pemimpin Umno dalam majlis tersebut. Eloklah jika Omar dan lebai-lebai Pas yang lain dapat terus bersama Najib hingga ke jannah!

 Berlainan pula layanan yang diterima oleh PKR, bila mana polis telah menahan 15 anggota Pemuda (AMK) Pulau Pinang selepas mereka menyertai 'flashmob' sementara menunggu lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Permatang Pauh sebagai satu tamparan hebat terhadap amalan demokrasi di Malaysia.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang juga adalah Naib Ketua AMK melahirkan rasa kesal berkata, ini adalah bukti kerajaan tidak menghormati prinsip demokrasi dan hak bersuara seperti yang termaktub dalam perlembagaan. 
“Anak-anak muda yang berkumpul ini tidak membaling kerusi, suar mahupun selipar terhadap sesiapa malah hanya memegang plakad secara aman untuk menyatakan pendirian politik mereka.Baca lagi di sini
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Aku sebagai pengundi di Selangor tidak akan sesekali akan memangkah PKR pada PRU nanti sekiranya PKR dan PAS bekerjasama!

Anonymous said...

Ini politik matang,pkr pakai politik bangang yg masih mengharap kepada pas

Anonymous said...

Bubar jer pas pmtg pauh. Masuk umno najib. Moga gst jadi 12%. Ku tk paham org pas now. Presiden ke bwh semua mesra ampoo umno. Ni mesti boleh dedak gred A. Huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...