GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, August 21, 2017

Pas wajib menghalang Umno BN untuk terus melakukan kezaliman.


  Hj Hadi kalau dia benar-benar mahu bertaawun atau mengambil sikap tolong menolong dengan Umno dalam kebaikan dan bukan kejahatan, dia dan Pas sepatutnya membantu Pakatan Harapan menumbangkan kerajaan Umno BN yang ada sekarang ini

 Kerana Nabi SAW telah memberikan contoh yang jelas kepada kita semua bagaimana contoh sikap saling menolong dalam kebaikan dan ketakwaan yang pernah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sabdakan:

انْصُر أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظلُو مًا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنصُرًُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالََ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ
 Bantulah saudaramu, baik dalam keadaan sedang berbuat zhalim atau sedang teraniaya. Ada yang bertanya: “Wahai Rasulullah, kami akan menolong orang yang teraniaya. Bagaimana menolong orang yang sedang berbuat zhalim?” Beliau menjawab: “Dengan menghalanginya melakukan kezhaliman. Itulah bentuk bantuanmu kepadanya.” [HR. al-Bukhâri]

 Pas wajib menghalang Umno BN untuk terus melakukan kezaliman. Pas wajib bersama-sama pembangkang dalam usaha menumbangkan Umno BN dalam PRU akan datang; bukan bekerjasama dan bersekongkol untuk meneruskan kerajaan keleptokrasi Najib.

 Wahai Hj Hadi, kamu berhentilah daripada menyesatkan pengikut kamu dengan membuat alasan yang bukan-bukan untuk bersama Umno BN kerana Rasulullah telah memberikan petunjuk yang jelas mengenai cara bertaawun dengan mereka yang sedang melakukan kezaliman.

 Presiden Pas Hj Hadi dilaporkan di sini berkata permuafakatan antara PAS dan UMNO adalah atas konsep 'taawun' iaitu penyatuan atau kerjasama dalam perkara kebaikan bukan perkara kejahatan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Pendirian saya sama dengan pendirian PAS dan Majlis Syura Ulama. Bekerjasama atas konsep taawun dalam perkara kebaikan bukan perkara kejahatan.

"Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 2: "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan," katanya.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Kemah keming..segala kezaliman wajib ditentang sama ada daripada pemerintah atau pembangkang..segala kebaikan wajib disokong sama ada daripada pemerintah atau pembangkang..

Anonymous said...

Segala kezaliman wajib ditentang..xkiralah yg zalim tu pemerintah atau pembangkang sekalipun..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...