JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, August 02, 2017

Soalan ini boleh jadikan urat kentut terputus!


Memang berbisa Otai sorang ni! Silaplah Zahid Komidi kerana menyerang boss lamanya ini. Sebagai bekas boss, tentu otai ni ada banyak lagi rahsia Zahid yang boleh dia bongkar kalau dia mahu...

  Tapi Zahid tentu tersentap macam nak terputus urat kentutnya bila baca pertanyaan otai yang nombor 9 tu... Silalah jawap wahai Zahid....Jangan tak jawap! Malu kokrang kalau tak jawap!

1. Kita boleh tahu kaum seseorang di Malaysia dengan nama mereka. 

2. Bagi orang keturunan India yang beragama Hindu, masalah yang timbul ialah ramai mereka mempunyai nama yang sama. Di zaman British pekerja keturunan India dengan nama yang sama diberi nombor. Demikian “Maniam 1”, “Maniam 2” dan seterusnya. 

 3. Apabila Malaysia merdeka cara nombor ini dianggap menghina. Dengan itu nama bapa ditambah dan perkataan anak lelaki (a/l) atau anak perempuan (a/p) mengganti perkataan “bin” dan “binti” yang diguna dalam nama Melayu. 

4. Orang India Muslim tidak perlu guna “a/l” atau “a/p” kerana nama mereka biasanya mempunyai dua perkataan dan jarang sama antara mereka. 

5. Tidak ada orang keturunan India Muslim yang bernama “Sipolan a/l Sipolan”.  
6. Nama seperti yang disebut oleh Zahid Hamidi tidak ada. Jika kad pengenalan lama itu menyebut nama yang dikatakan ialah nama saya dahulu, sila tunjuk kad itu untuk diperiksa oleh pakar akan kesahihan dakwaan Zahid. 

7. Sebenarnya kad lama tidak pernah saya serah balik kepada pendaftar apabila kad baru dikeluar. 

8. Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda UMNO. 

9. Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta Ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas. 

10. Jikalau ia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak. 

Dr Mahathir Mohamad ~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Zahid Midi dah kumpoi 230juta masa jd ktua pemuda je!

Masa nih dah jd TPM brapa billions agaknya yer!!

Najib pulok jd PM tentu lg teror ler!!!

Malang, lobai2 baru dpt 90juta jer..
dpt CURI/umpan 90juta dah besor kepala tak sedor diri ha ha, kena buli dek hamno mcm anjing mnyalak ddlm bukit ada BABI!?

Tp jgn lupa Madey, Daim, Samy, Liong Sik pulok puloh2 ratus2 "billions" camner yerk?

Sanusi tuh cer cerita skik brp million billion hi hi..

Sbb tu la negara nih berhutang cecah "TRILLION" weh!

Madey dah tau Komedi ada 230juta wktu tu, tp nape dia tak bubuh siKomedi tu dlm jel @ tuduh meLIWAT ker?
Ha ha subahat ler tuh wktu tuu..

Ha ha siAzmin n d Cartel tu, agak2 dah kumpoi brp millions pulok skrg nih gamak nyer yer?

saja jer tanya jgn marah yer Macha..

Anonymous said...

Allah Maha Mengetahui sekarang siapa buka pekong siapa adakah pembangkang yang bogelkan semua keburukan UMNO lihatlah bagaimana Allah tunjukkan kebenaran pada kita semua sidikit masa lagi Insya Allah Najib pula akan teburai tembelang wang sogokan politiknya pada pemakan dedak yang sudah mula kurang selesa dengan keadaan sekarang kita tunggu dan lihat PRU14 nanti sudah semestinya pengundi akan berfikir dua kali walaupun ahli UMNO sendiri yang beriman.

bunbinban said...

korang x nmpk ke di sebalik pertanyaan mahathir tu ibarat pukul anak sindir menantu?. Time tu Zahid team mana? Anwar kan?. So Mahatihr dah checkmate 2 sekali gus. Takan la korang x kenal lagi lenggok politik Mahathir ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...