GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, August 04, 2017

Sunggohlah bagai yang ditohmah - Hj Hadi dan Pas tersedak dengan dedak 1MBD!

Tujuan Pas menyaman Sarawak Report (SR) adalah untuk membersihkan maruah parti itu yang ditohmah menerima dedak daripada 1MDB nampaknya mungkin tidak akan kesampaian, malah ia semakin mengukuhkan tohmahan tersebut!

SR mendakwa pemimpin PAS menerima dedak dari 1MDB sebanyak RM90 juta. Dakwaan yang sama juga diulang Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Pas melancarkan ‘Tabung Saman Sarawak Report’ semasa muktamar di Kedah, April lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan berjaya mengutip hampir RM200,000.

Apakah cukup dengan wang RM200,000 itu untuk menguruskan saman terhadap SR?

Dari mana Hj Hadi nak cekup lagi duit kalau kos itu lebih dari RM200,00??

 Menurut SR, kos yang munasabah yang dikenakan peguamcara Carter Ruck setakat ini adalah kira-kira £ 100,000 / RM600,000, walaupun sebelum perbicaraan itu sendiri telah berlaku (lebih £ 500 / RM3,000 per jam).

Persoalan ini mungkin dapat di leraikan melalui pendedahan terbaru yang didedahkan oleh SR.

Menurut SR, ada enam orang pegawai kanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang yang sibuk menghadiri pendengaran pengurusan kes Hj Hadi terhadap Clare Brown, pengarang Sarawak Report  di Mahkamah Tinggi di London pada 2 Ogos lalu. Mereka mendengar dengan teliti dan mengambil nota.

Mana Juham? Mana Datuk Takiyuddin Hassan?

Selain daripada mereka, tidak ada tokoh Malaysia lain yang menghadiri mahkamah, sebagai mewakili PAS atau Hj Hadi. Kenapa??

Tentulah agak janggal kerana tidak ada wakil dari Hj Hadi atau Pas menghadiri pendengaran di Mahkamah Tinggi di London pada 2 Ogos lalu.

Bertambah janggal lagi, kerana akhbar berita rasmi Pas, Harakah tidak menyiarkan langsung tentang berita pendengaran pengurusan kes Hj Hadi terhadap Clare Brown, pengarang Sarawak Report  di Mahkamah Tinggi di London pada 2 Ogos lalu.

  Apakah kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia berperanan sebagai wakil Hj Hadi dalam kes saman RM90 juta Sarawak Report ?

  Wisma Putra dan Kementerian Luar Negeri perlu memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

 Sarawak Report sempat mengambil gambar tiga daripada enam kakitangan Suruhanjaya Tinggi yang hadir di makamah pada hari tersebut :

Mahu lari ke mana Hadrizammi?
1) Mohd Hadrizammi Mustafa dari Jabatan Politik & Keselamatan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, 
Tertangkap di perkarangan luar
Mahkamah London
2) Pegawai Media Kedutaan (kiri), yang bertanggungjawab untuk fotografi, media sosial dan siaran akhbar, Wan Rosli Wan Osman dan 
3) Encik Jesse Quiban, Setiausaha Kedua Hal Ehwal Bilateral, juga dalam bahagian 'Politik dan Keselamatan' bahagian Suruhanjaya Tinggi.
Jadi apakah kepentingan Kerajaan Malaysia dalam saman fitnah oleh seorang 'ahli politik pembangkang' terhadap Clare Brown seorang wartawan Sarawak Report?

 Berhubung dengan kes pendengaran saman Hj Hadi keatas Clare Brown di Mahkamah London pada 2 Ogos lalu itu, apakah Pas boleh beri penjelasan terhadap perkara-perkara berikut :

1) Kenapa tidak ada wakil peribadi Hj Hadi?
2) Adakah 6 anggota kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia mewakili Hj Hadi dalam kes saman RM90 juta Sarawak Report ?
3) Kenapa Harakah tidak menyiarkan berita mengenainya?
4) Siapa sebenarnya yang bantu tolong sediakan dana untuk segala urusan guaman di London?

 Tanpa memberikan jawapan yang jelas keatas persoalan diatas itu, Pas tidak mungkin dapat membersihkan imejnya dari dakwaan menerima dedak dari 1MDB sebanyak RM90 juta dengan pendedahan di atas oleh Sarawak Report dan 

 Imej Hj Hadi dan Pas semakin berkecai dan berkecamuk menybabkan orangramai semakin hilang kenyakinan terhadap perjuangan Islam yang dilaungkannya selama ini. 

 Malah rakyat semakin menyakini bahawa memang sunggohlah bagai yang ditohmah - Hj Hadi dan Pas tersedak dengan dedak 1MBD!
Comments
11 Comments

11 comments :

usop ali said...

Dah macam kes saiful malaun pulak...penguam umno yang sibok...walaun faham ke idak ni...hihihihihihi

Anonymous said...

Najib guna Hadi dan PAS. Najib sebagai PM pun tak saman SR sedangkan Najib lah layak mendapat keistimewaan dari Pesuruhjaya Tinggi.

Jika Najib yang di fitnah berkali-kali tidak terkesan mengapa Hadi sebagai pembangkang kelas 3 sangat terkesan.

Kalau Hadi pergi sana atau mana-mana bukan pun wartawan luar negara nak cari Hadi. Kenal pun tidak ?

UP the Moderates said...

Memang pelik...

Apa motif 6 org macai tu..?

kesian Juham, diketepikan..nampak sangat peguam2 Juham tidak cerdik dan tidak dapat bertutur English dgn baik kot? Hhmmm...

Kita tunggu..drama, episod seterusnya..

kedaipayang said...

nampaknya juham takde creditability... your own president x guna u walaupun sebagai pemerhati...

kedaipayang said...

nampaknya juham takde creditability... your own president x guna u walaupun sebagai pemerhati...

SAM72 said...

Aku nak tahu apa jadi dengan pendedahan dari bekas editor SARAWAK REPORT terhadap pembabitan Rafizi Ramli, Tony Pua dan Clare Brown sendiri yang dia katakan mereka ada merancang mahu menggunakan isu 1MDB sebagai senjata untuk menjatuhkan Najib?

Aku tak nampak pun isu tersebut kau buat? Kenapa?

Macam 1MDB ada tak kau ada bukti yang sahih mengenainya? Kalau ada cuba buat satu artikel terbaru bersama-sama bukti yang sahih dimana ada terdapat tandatangan Najib didalamnya.

Seperti contoh dikatakan Najib ada memiliki sebuah pesawat peribadi. DOJ ada keluarkan kenyataan mengenai isu pembelian pesawat ni kan.

Aku nak lihat resit pembelian pesawat tersebut. Boleh kau cari tak?

Harap sangat kau dapat tunjukkan bukti yang aku minta ni. Sekiranya kau tidak tunjukkan, aku akan BERANI kata semua pendakwaan terhadap Najib adalah satu PEMBOHONGAN PALING DAHSYAT DAN PALING HINA DISISI ISLAM.

DAN SESIAPA YANG MENYEBARKAN PEMBOHONGAN INI MAKA AKU AKAN MEMOHON PADA ALLAH AGAR MEREKA SEMUA AKAN DILAKNAT OLEH ALLAH SAMPAI AKHIR ZAMAN.

Boleh tak aku buat begitu?

SAM72 said...

Aku nak tanya sikit. Isu Saiful dengan Anwar kau ada dilokasi kejadian tak?

Cuba beritahu aku siapa le nama bapa saudara Saiful yang membawa dia ke hospital dan dimana bapa saudara saiful tinggal?

Kalau tak jawab, maka kau sendiri buat andaian yang JAHAT. Boleh aku cakap begitu?

Pasal aku adalah penduduk dimana bapa saudara tinggal.

ABU SIRR said...

musuh2 islam tidak akan senang dgn pejuangan islam . yakinlah kita pejuangan islam pasti berada dijalan yg benar
Allahuakbar..!!!!!!

*Editor Sarawak Report mula perang psikologi
terhadap Pas.*

Setelah memfitnah Pas kononnya menerima dana 90 juta ringgit dari Umno, Clare Brown di saman oleh Presiden Pas YB Dato Seri Hadi Awang di .mahkamah England.

Perbicaraan mula berjalan. Namun Clare Brown sudah nampak mereka pasti kalah dalam kes tersebut, lalu mempertikai keupayaan Pas untuk melawan mereka.

Brown cuba mengaitkan kehadiran 6 pegawai kedutaan Malaysia di mahkamah seolah olah ada tangan ajaib untuk membantu Pas. Sarawak Report juga merendah rendahkan keupayaan Pas untuk membiayai kos perbicaraan yang sangat tinggi di negara tersebut.

Pas dikatakan hanya berjaya menyediakan dana tak sampai 100 ribu ringgit sedangkan kos peguam ialah 5 ratus pounds sejam. Ia seolah olah kerajaan Malaysia yang membiayai kos tersebut.

Cuba kita imbas kembali kes suami isteri yang dihadapkan di sebuah mahkamah di Eropah kerana dituduh memukul anak mereka. Pegawai kedutaan juga turut hadir ke mahkamah.

Sebenarnya kedutaan Malaysia sentiasa mengikuti perkembangan apa jua perkara yang membabitkan rakyat Malaysia. Kehadiran mereka hanyalah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk membuat laporan.

Apa yang berlaku antara Pas dan Clare Brown hanyalah saman sivil bukan nya kes jenayah.

Pas juga cuba diperkecilkan keupayaan mereka untuk melawan Sarawak Report adalah silap besar. Pas sudah pun bersiap sedia dan dengan kegusaran Brown Pas nampak jelas kemenangan berada di pihak Pas.

BACAAN POLITIK ULAMAK TGHH MMG MANTOP

TGHH mmg mantop,. Kita blh nampak bacaan politik dia mmg matang. Contoh ttg campurtangan asing. Bukan main lagi sang khadam mainkan isu ni seolah TGHH sedang backing najib. Kini terbukti mmg ada tangan ghaib yg ada dibelakang org asing ni.

Kita ambil cth mudah sarawak report. Mana dia dpt info. Brown nak dtg Malaysia pun kecut perut, minta imuniti lg jgn kena tangkap atau dibicarakan. Jadi dr mana dia dpt info jika x de balaci yg bekalkn dokumen, maklumat atau cerita. Bukan kita mengiakan apa yg clare ni kata, tp dia berhujah atas apa yg dibekalkan kpdnya walaupun maklumat itu adalah fabrikasi atau fitnah. Dia hanya gunakan dokumen tersebut.

Clare ni pun x kan berani up isu jika tiada yg bayar. Utk apa dia sbg warga britain sibuk hal Malaysia, sedangkan kerajaan dia sendiri pun punya byk isu. Khadam di sini pula dgn minda terjajah menerima apa yg clare ni kata seolah ianya wahyu yg diwahyukan kpd nya Beriman sungguh mereka dgn clare ni. Mcm x de keraguan langsung dihati mereka utk menerima apa yg clare kata.

Selepas clare up isu, badut politik Malaysia sambut konon mereka juga punya bukti dokumen bank la, affin bank la.

Bila diasak , nama ustaz Nasa pula dipetik.
Kesumat betul mereka dgn ust Nasa. Tak cukup ke mereka berkomplot bunuh karier politik ust nasa ni dulu. Kini TGHH pula jd sasaran pembunuh karektor.

Tp kesilapan utama mereka adalah menonjolkan ust ahmad awang. Tak payah nak cerita apa² ttg peribadi ust ni, tp cukup la blh kita kata mmg silap org la mereka pilih ust ahmad.

Balik pd isu td, mcm ada satu perancangan gerak saraf utk lumpuhkan PAS melalui org asing Kebetulan pula najib mmg bermasalah di luar, skrip mesti dicipta agar PAS kelihatan terlibat dgn skandal. Beberapa org yg lantang dan kuat dlm PAS mesti dimatikan kewibawaan mereka, Nik Amar, Khairudin, Moktar Senik, Nasaruddin Tantawi, menjadi ratiban mereka utk dibunuh karektor mereka. Tapi mereka kurang pula menyerang Titm dan Ust Idris. Ini la permainan yg diajar yahudi, serang sebahagian berbaik pd sebahagian supaya strategi x ketara.

Tujuannya supaya ada kelihatan 2 puak dlm 1 jamaah, supaya kelihatan jamaah x sekata. Tp Titm dan Ust Idris bukan calang² org. Mereka dah hidu taktik ini.

Campur tangan asing mmg perlu utk strategi politik bangsat, Anwar gunakan pengaruh baratnya utk lawan mahathir, mahathir juga guna campur tangan asing masa dia dipecat tun razak, najib pun mmg kita tahu guna campur tangan asing utk menjaga dirinya. Kalau x, bagaimana begitu banyak projek jatuh kpd china.

Jd benar la forecast TGHH jgn bawa campur tangan asing. Malaysia blh tergadai. Tapi akal pendek cuma akan kaitkan 1mdb je dgn apa yg TGHH katakan.

Sebenarnya isu lebih besar menanti kita di hadapan....terutama yang berkaitan dengan dunia islam dan akidah kita.

dey macha sendiri mau ingat la~!!

ZackJB
05082017

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...