GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, September 21, 2017

Himpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi sasar 100,000 hadirin pada 14 Oktober ini.


 Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengadakan 'flash mob' di seluruh negara, menjelang Himpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi yang mensasarkan 100,000 hadirin pada 14 Oktober ini.

Ia sebagai 'pemanas badan' dan kempen bagi mempromosikan himpunan tersebut, kata Pemuda HARAPAN dalam sidang media hari ini.

"Kami mahu seramai mungkin hadir. Ini bukan sekadar himpunan, tetapi bagi menunjukkan semangat Malaysia," kata Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Faiz Fadzil.

Beliau mengumumkan penjualan t-shirt rasmi himpunan yang akan dijual pada harga RM15, dan meminta peserta menggunakan empat 'hashtag' di media sosial ketika himpunan itu nanti, iaitu #1014, #sayangiMalaysia, #hapuskleptokrasi and #malaysiakitapunya.

Himpunan itu akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya dan bermula pada pukul empat petang hingga 12 tengah malam.

Tujuannya antara lain untuk menuntut kerajaan yang bersih dan calon pilihan raya yang bebas rasuah.

Ia juga menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, anak tirinya Riza Aziz dan ahli perniagaan Taek Jho Low didakwa berhubung skandal 1MDB.

Najib sebelum ini bertegas menafikan sebarang penyalahgunaan wang awam untuk kegunaan peribadi, dan telah dibersihkan daripada sebarang kesalahan oleh Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.

trak makanan dan tapak jualan

Selain ucapan pemimpin parti politik dan NGO, himpunan itu akan dimeriahkan lagi dengan persembahan kebudayaan, tarian tradisional dan trak makanan.

Faiz yang bertindak sebagai pengarah teknikal himpunan berkata, selain trak makanan, penganjur akan menyediakan 30 tapak jualan untuk peniaga.

Timbalan pengarah Howard Lee pula berkata, mereka akan memberi notis kepada polis seperti yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Permohonan (kepada MBPJ) sudah dihantar. Polis pula akan diberitahu. Kami akan mengadakan sidang media jika ada apa-apa halangan nanti," katanya yang juga setiausaha biro antarabangsa Pemuda DAP.

Namun, Faiz berkata beliau yakin polis tidak akan menghalang program itu memandangkan ia adalah himpunan aman. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...