GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, September 20, 2017

Ini dia Kepala Kudeta!

Komplot Kudeta Selangor itu sebenarnya telah lama dirancang tetapi ramai kalangan kita yang terlepas pandang dan tidak berapa peduli mengenainya walaupun Hj Hadi sendiri pernah membuat kenyataan mengenainya pada 5 Mei lalu :
Perubahan kerajaan negeri Selangor mungkin boleh berlaku, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang kepada Utusan malaysia, menambah sekiranya ia benar-benar berlaku, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
"Biasalah, kemungkinan (boleh) berlaku," Kata Hadi apabila mengulas khabar angin yang wakil rakyat di Selangor dari PKR, PAS dan Umno sedang cuba mengadakan rampasan kuasa untuk menyingkirkan Menteri Besar Selangor Azmin Ali.
Bagaimanapun, dia mengatakan yang wakil rakyat dari PAS di Selangor akan mematuhi arahan daripada kepimpinan pusat tentang apa sahaja perkara melibatkan kerajaan negeri. ~ sumber
Akhbar STRAITS TIMES pernah melaporkan mengenai kerjasama Pas dengan Umno rampas Selangor dengan secara jelas menyatakan perkara-perkara berikut: 
1. Bahawa Dato’ Seri Hadi Awang, Presiden PAS berhubung dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri “hampir setiap hari sejak beberapa bulan” mengenai rancangan kerjasama PAS-Umno untuk merampas negeri Selangor. 
2. Bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang ingin diangkat melalui kerjasama ini dan telah dilihat mengunjungi pejabat Dato’ Seri Najib beberapa kali.
3. Dato’ Seri Najib kerap bercakap dengan Dato’ Seri Hadi melalui telefon termasuk semasa Dato’ Seri Hadi sedang berehat selepas menjalani rawatan pembedahan dalam bulan Mei lalu.
Maka penafian Pas dan KeADILAN tentang adanya penglibatan kalangan adun mereka hanyalah sekadar penafian yang tidak dapat memberikan keyakinan kepada orang ramai!

Cuba kita amati kenyataan Iskandar Abdul Samad yang berkata : 
"Jika ADUN PAS berbuat demikian, ia akan mengurangkan mereka menjadi sebahagian daripada pembangkang di Selangor." ~ sumber
 DUN Selangor mempunyai 56 kerusi. Adalah jelas, jika lapan Adun KeADILAN bergabung bersama 12 Adun Umno dan 13 Adun PAS serta bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sudah tentulah membentuk barisan 34 Adun bagi membentuk sebuah kerajaan di Selangor. Tentu ramai yang geli hati dan ketawa bila Iskandar kata Pas sekadar jadi pembangkang!

Begitu pula Rafizi Ramli tanpa sedar, beliau tidak begitu yakin dengan penafiannya sendiri dengan menyebut 'Saya rasa'.Bagaimana dia mahu menyakinkan orang lain ? 
“Saya rasa, cerita itu sengaja direka untuk mengurangkan rasa malu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (atas pengumuman Muhammad yang menyertai Umno),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Benar sebagaimana kata Rafizi PM Najib berasa malu - Najib hanya malu kerana lapan Adun KeADILAN itu tidak hadir bersama Muhammad sebagaimana yang dirancang!

Adalah tidak masuk akal, jika PM Najib memanggil seluruh pemimpin utama Umno di seluruh negara hadir di sidang media hanya mengumumkan kemasukan semula Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam Umno.

Tentulah ada agenda yang lebih besar .... iaitulah pengumuman Kudeta Selangor!

Sepatutnya Muhammad membawa bersamanya lapan ahli dewan undangan negeri (Adun) dan menyebabkan pentadbiran Mohamed Azmin Ali tumbang.

Namun di saat akhir, lapan Adun KeADILAN itu tidak hadir menyebabkan rancangan menjatuhkan Kerajaan Selangor itu gagal berkecai. 

 Akhirnya, Presiden Umno Najib Razak tercongok kesipuan bila hanya ada Muhammad seorang sahaja yang muncul pada sidang media tersebut….   
Comments
3 Comments

3 comments :

UP the Moderates said...

Semoga seluruh rakyat Malaysia(layak mengundi) jangan lagi pangkah Umno/Pas/BN pada PRU14. kerana, mereka2lah..yang telah merosak kan hubungan sesama islam, bangsa dan ekonomi negara dengan bebanan hutang dan kos sara hidup melambung tinggi.

Kalahkanlah.. Umno/Pas/BN!

tanya sama itu hud hud said...

Rasanya ada campur tangan sultan selangor dalam hal ni yg buat kes adun berpaling tadah tu kantoi..
Sultan amat meluat kpd mike tyson

Anonymous said...

Betul tu..boss
Walaupun sultan selangor tu pro umno,tp dia cukup benci dan meluat kat mat tison ats apa yg telah mat tison buat kat adik dia dlu..
Igtkan nk tarik rafizi masuk umno...
Rupa² keldai tua...
Hahaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...