PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Tuesday, September 12, 2017

Menang PRU, HARAPAN nilai semula kontrak dengan syarikat asing


 Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengisytiharkan akan menilai semula kontrak yang dimeterai negara dengan syarikat asing, jika berjaya memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia terutama bagi kontrak yang melibatkan aset strategik negara.

Ketika ditanya adakah beliau merujuk pelaburan oleh China, Mahathir berkata apa sahaja kontrak yang tidak mendatangkan manfaat kepada negara akan dinilai semula.

“Saya percaya China sendiri sudah membatalkan kontrak yang berat sebelah (bagi pihaknya), dan negara lain juga ada hak untuk membuat penilaian semula,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden HARAPAN di ibu pejabat Parti Amanah Negara hari ini.

Pada tahun lalu, Malaysia menandatangani 14 perjanjian bernilai kira-kira RM144 bilion dengan China, selepas lawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke negara itu.

Antaranya adalah perjanjian melibatkan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion, yang merupakan pelaburan terbesar China di Malaysia. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...