GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, September 26, 2017

Mufti Asri tegur Dobi Mesra Muslim

PETALING JAYA: Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas tindakan sebuah kedai dobi di Johor melarang orang bukan Islam daripada mencuci pakaian mereka di situ, dan berkata sebahagian daripada pandangan sempit yang tiada kaitan dengan Islam.

“Saya bimbang nanti akan ada yang menggesa supaya orang Islam tidak boleh guna duit yang telah digunakan oleh orang bukan Islam,” kata Asri kepada FMT, mengulas kontroversi sebuah kedai dobi layan diri di Muar, Johor yang melaksanakan dasar “mesra Muslim”.

Asri berkata salah anggap mengenai hukum kebersihan dalam Islam akan menyebabkan pelbagai lagi masalah.

“Ini sebab mereka membuat andaian mungkin ada najis semasa duit itu beredar dari tangan ke tangan. Nanti anggap solat tak sah sesiapa yang ada duit dalam poket. Lepas itu, kena asing pula bekas makan bukan Muslim di restoran. Takut nanti ada kesan khinzir di mulut mereka,” katanya.

Gambar papan tanda kedai dobi Elit Laundry di Muar dengan papan tanda memaklumkan hanya menerima pelanggan Islam tular di media sosial baru-baru ini dan mengundang pelbagai reaksi.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin tampak mempertahankan dasar itu, seperti dilaporkan Harian Metro.

“Kebersihan menjadi keutamaan kepada umat Islam,” kata mufti itu dipetik akhbar berkenaan, sambil menambah ia tidak sepatutnya menimbulkan persepsi buruk di kalangan bukan Islam.

Asri bagaimanapun mengajak umat Islam memilih pandangan fekah yang lebih mudah dan praktikal seperti mana dikehendaki Islam.

“Selagi najis itu tidak zahir secara jelas, jangan kita suka membuat pelbagai andaian.”

Asri berkata fekah bertujuan memudahkan kehidupan.

“Islam itu agama yang hidup dan beraksi dengan persekitaran secara seimbang. Fekah itu ke arah memudahkan bukan menyusahkan. Saya nasihat umat Islam, jika asal sesuatu bahan itu bersih, tidak zahir padanya najis samada dari segi warna, bau ataupun rasa, maka ia dikira bersih.

“Semua andaian yang berlebihan sehingga menyusahkan kehidupan bukan dari ajaran Nabi Muhammad yang mudah dan memudahkan kehidupan manusia,” kata Asri. ~ sumber
Comments
4 Comments

4 comments :

Smart Pomen said...

Adoi. Harap2 lepas ni Jgn plak cakap pomen Muslim kena Beli part Kat kedai muslim je. Tapi masaalah juga Pasal spare part banyak Dari china. Pasal dia murah Dan bleh guna Dimasa poket tgh sesak. Walaupun tak sebagus Yg Ori. Tapi tu la islam. Memudahkan. Buat apa nak korek poket org yg tengah kering. Cuma pandangan. Jgn marah.

Anonymous said...

berkira sangat...

Semua duit yang berpusing akan sampai ke tangan cina jual daging bagi.. kerana geram semua duit dia dapat dia lekatkan kan daging dan kemudian viral kan..

Kalau alasan suka hati tauke kedai dobi... ini lah jawapan nya... suka hati lah duit dia...

KUBU BESAR PALO said...

Ustaz Wanji ada buat ucapan ceramahnya menegak keadilan dan berbuat kebaikan walau pun kepada sikafir itu Allah swt amat mengharapkan semoga akhlak Islam itu dipandang mulia

Anonymous said...

Dia punya modal meniaga, biar kat dia lah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...