GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, September 25, 2017

Tak tahu pelan keselamatan macam mana, kata Pengetua Pusat Tahfiz


 Mohd Zahid Mahmood, Pengetua pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar sehingga mengorbankan 23 nyawa baru-baru ini, tampil meminta maaf kepada keluarga waris.

Waris kecewa dengan pengurusan tahfiz yang mengabaikan keluarga selepas seminggu berdiam diri tanpa sebarang penjelasan mengenai kejadian, aspek keselamatan bangunan dan jumlah sumbangan derma diterima. 

Zahid dalam reaksinya terhadap rungutan waris telah mempersoalkan mengapa baru kini waris mangsa kebakaran membangkitkan status sijil kelayakan menduduki bangunan yang terbakar itu.

Namun semasa perjumpaan dengan waris mangsa semalam, Mohd Zaid menafikan pernah berkata begitu. Sebaliknya beliau menuduh ada kumpulan ketiga memburukkan lagi keadaan.

Namun beliau tetap memberi alasan dengan mengulangi alasan yang sama bahawa pihaknya hanya menumpang di bangunan tersebut dan isu yang dibangkitkan di luar kawalannya.
“Sini kita menumpang tempat, adat orang menumpang. Takkan kita hendak tanya semua. Sebab itu kita tidaklah sampai ke situ (isu keselamatan).
“Orang memberi itu tahulah. Kita (pengurusan) tahfiz, keselamatan tak tahu pelan macam mana. Kita masuk atas keizinan pihak bangunan. Apa yang berlaku luar daripada ustaz,” katanya di sini

Pelik kerana beliau mengakui yang beliau tidak ada ilmu tentang isu keselamatan. Itu bukan alasan maka hal keselamatan penghuni diabaikan.

Sebenarnya persoalan itu tidak timbul sekiranya Zahid telah memohon kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan kerana pihak tersebut akan menjelaskan kepadanya syarat-syarat dan keperluan yang dimestikan untuk menggunakan bangunan tersebut.

Ini termasuklah dengan menyertakan kelulusan dari pihak Bomba bersama permohonannya.

Jadi alasan Zahid tidak tahu pelan keselamatan tidak timbul kerana pihak Bomba akan memeriksa bangunan tersebut dan menasihatkannya tentang keperluan keselamatan jika berlaku kebakaran.

‘Jika berlaku kebakaran’ itu bukan sahaja kerana lintas leterik, tetapi juga bermaksud termasuklah disebabkan kerja-kerja khianat.

Bukankah bangunan itu didakwa di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) ?

Bagaimana boleh beroperasi jika tanpa kelulusan yang sah daripada pihak berkuasa tempatan?

Mengenai pengagihan sumbangan orang ramai pada 30 September ini, diharapkan pihak waris dapatkan nasihat dan lantik peguam sebagi wakil.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Ini menunjukkan pengetua pusat tahfiz itu bersikap ambil mudah saja. Yang penting baginya adalah semua mangsa kebakaran itu mati syahid, itu paling utama dalam kotak pemikirannya. Tidak perlu menuntut ilmu sehingga ke England atau Amerika untuk mengetahui apakah ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada mana-mana premis. Nampak sangat dia hanya hendak cuci tangan sahaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...