PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Monday, October 23, 2017

Anak Hj Hadi berlagak samseng...

Anak Lebai Rusila berlagak samseng menceroboh
Wisma Tok Guru semata-mata mahu memacak bendera!
 Malaysiakini melaporkan kira-kira 150 samseng PAS berhimpun di Wisma Tok Guru, Salor, Kota Bharu malam tadi diketuai Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dengan alasan untuk memasang bendera di sekitar bangunan tersebut.

 Mereka berkumpul kira-kira jam 9  malam sambil mendengar ucapan disampaikan pimpinan pemuda termasuk Ahmad Fadhli.

 Turut hadir Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang tampil membaca doa penutup.Kah! Kah! Kah! Kepala samseng pun pandai baca doa??

  Wisma itu menempatkan pejabat ADUN Salor, Datuk Husam Musa dan dinamakan semula tahun lalu sempena memperingati nama bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 Selain menempatkan pejabat Husam, itu juga menjadi markas AMANAH Kelantan.

Pas semakin hilang kewarasannya! Pas telah mengambil kesempatan waktu jentera Amanah berada di Kedah, utk ke Konvensyen Amanah Malaysia, mereka pergi pacak bendera di Wisma Tok Guru, Salor!

Adakah patut ketika tuntutan adik arwah keatas tanah tersebut akan dibicarakan di Mahkamah hari ini, tapi puak-puak Pas malam tadi telah mengganas gi pacak bendera atas tanah tersebut dengan mendakwa tanah dan bangunan tersebut hak kepunyaan Pas!

Azmi Hafez : Ingatkan cerdik pemuda pas ni. Provokasi macam ni buatkan ore Klate semakin jauh dan benci dgn pas.

Md Hasan : apa benda nya PAs kelantan ni..org yg d beri amanah dah brkata akan membawa kes ini ke makamah, kita tnggu la, apa crita makamah, undang undang kena follow, bukan dgn cara samseng, PAs skrg dah jd klon BNumno jg..tak boleh pakai, harap lebai tp lebai penyangak jg..

Fadzli Hussin : Wisma ini dibangunkan oleh wakil rakyat Kawasan Salor, YB Husam Musa sewaktu beliau mewakili parti PAS. Husam terkenal dengan seorang yg berwawasan dan kuat bekerja. Sy pernah mendengar ceramah bekas pemilik tanah ini bahawa beliau mengamanahkan kepada Dato Husam untuk menduduki tanah berkenaan sampai bila-bila. Video ceramah itu masih berada di Youtube.

 Kematian beliau beberapa bulan lepas adalah sesuatu yg ditunggu2 oleh puak penunggang agama. Sy tak pastilah bagaimana, tahu2 tanah tempat letaknya Wisma Tok Guru kini sudah bertukar tangan kepada puak penunggang agama ini. Maka bergumbiralah mereka, kini dendam mereka akan berbalas. Malam ini diketuai oleh Ketua Pemuda mereka menggempur Wisma Tok Guru. (sy pernah berdebat dgn KP ini di FB, malangnya sy diblok dari FBnya walaupun cara hujah saya sangat berhemah).

 Dalam Islam, Malu adalah sebahagian dari Iman. Tidak malukah depa "merampas" Wisma ini dengan cara yang kotor? Wisma ini semua orang tahu wujud dengan kerja keras DHM, tapi mereka "memiliki" dengan kerja kotor? Tidak malukah depa? Sudah tidak berimankah mereka? Adakah mereka kata wujudnya wisma berkenaan adalah hasil kerja kuat Parti mereka? Mudah2an Allah menghancurkan mereka bersama kerajaan mereka sehancur-hancurnya.

Rozaimi Ibramsa : Haha mcm ni akhlaq Parti Islam Pas..harap serban dn Lebai hebat kt kepala tu tapi ahklaq Islam tkda.Mcm ni ka PAS la ni..mcm samseng je..mcm Datuk Jamal Jamban je.Inilah klu dh berjangkit virus Umno..perangai mcm samseng UMNO je..Harap serban dn Lebai je hebat..tapi semua tu hnya luaran je.retorik je.Mengunakan agama utk kepentingan parti sendiri dn pengaruh..Samseng UMNO pakai songkok tapi samseng Pas ini pakai serban dn jubah..puii..Malu kt budak2 sekolah je..

Khomeini Halipah : ketua pemuda nak jadi samseng tapi pengecut .. guna kenderaan rasmi untuk g pasang bendera pas

Tham Thamsarak : Kalo itu Hak kamu (Pas) pergi je la lapor polis dan ambil perintah mahkamah dan Sita bangunan tu je, kan Tok guru kata ; demo tu bukan budaya kita? Cuma pendapat Hamba je, jangan marah ya

Che Ibrahim Mohamed : Acu tunjuk bukti teh tanah dan bangunan tu milik Pas....setahu ambo tanah tu tanah Mohd Yasin yang beli, bangunan tu Dato Husam yang bina.... Kok celah mana budak2 Pas kata tanah dan bangunan tu hak Pas???

Syam Ghaz :  Pemuda Pas Kelantan tunjukkan model Politik Dinosaur, politik kacau bilau dan tidak bertamadun zaman melenium ini. Tindakan Pas malam ini di Wisma TG milik Amanah, menunjukkan akhlak "Islam" sebenar Parti Islam yang makin pupus itu.

 Sepatutnya, kamu tu Parti yang mengusai Kerajaan Kelantan tunjukan model, akhlak Dan toleransi yang lebih baik, ini sebaliknya. Provokasi malam ini jelas membelakangi Undang-Undang dan menjejaskan hubungan sesama Muslim di Kelantan.

 Cara macam ini Pas hendak Tawarkan pada Rakyat Malaysia untuk kekalkan Kelantan dan undi mereka nanti pada PRU14? baik tak payah!Makin mundur.

Mran Hassan : Sikap DPP Kelantan di bawah pimpinan KP USTAZ Ahmad Fadhli Shaari yg tidak sabar menunggu proses mahkamah membayangkan sikap rakus mereka sekiranya mereka terus berkuasa selepas PRU nanti. Pengundi sekarang sudah bijak menilai...

Abi Yaya Abis : perlu keer anok haji hadi dari trengganu dtg semata nk pasang bendera bai...?? Hari ini 23 haribulan kes tuntutan harta sepencarian adik beradik Allahyarham dato rosli ibrahim... Tak vleh tunggu ker...?? Perlu nk buat provokasi sah2 mengundang perbalahan

Baharin Mazilahnor : Ajaran al marangi sudah meresap kedalam pas Kel melalui si khalil anak lelaki si hadi mewakili bapaknya. Cam syiah memerangi Sunni.
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Ini semua berlaku sebab telahan ahli nujum Lebai Rusila al Marangi berkenaan Amanah tak menjadi... umur Amanah sudah lebih 2 tahun. Alhamdulillah kelmarin adalah penutup sambutan besar-besaran Birthday Amanah tanpa guruh, petir dan ribut sebagai bunyi latar.

Tindakan semalam membuktikan mereka telah gentar dengan Amanah yang membawa Islam yang Rahmatan Lil Alamin.

Anonymous said...

Tindakan ini dilihat seperti tindakan orang kecewa dan cemburu dengan parti Amanah.
Cara ini seperti tidak ada adab dan persis seperti orang tidak berpelajaran.
PAS akan dilihat oleh rakyat Kelantan sebagai sebuah parti yang makin merundum dan perkara ini akan tersebar dan viral seterusnya diterjemahkan dalam undi pilihanraya.
Kepada Amanah, biar terus istiqamah dengan perjuangan. Biarkan peristiwa ini sebagai cabaran.. Ada hikmah disebaliknya..

Anonymous said...

Wah wah wah... kini dah jadi trend 'SAMSENG PATUH SYARIAH' coz berjubah berserban dan baca doa.

Anonymous said...

Kalau anak tajudin tunjuk samseng serang org di parlimen rakyat msia tak brp nak heran, mmg jenis kurang pedoman. Tapi anak presiden parti suci yg kononnya dah dapat tempat di syurga tu tunjuk samseng ini sangat pelik. Mcmana nak tarbiah dan dakwah pada non muslim kalau anak sendiri pun serupa samseng?

UP the Moderates said...

Kepada Anak Hadi Awang si Khalil dan ketua pemuda Pas Kelantan,

Lu belajar agama kat mana?
Lu org punyer...otak letak kat kepada lutut dan siku ka?

Mentang2...Dato Husam sedang berKonvensyen di Kedah beranilah lu org datang buat kecoh arr? Apa pasal..tak tunggu Dato Husam? Takut ka!!

Dalam proses mahkamah..apa pasal lu org pakai langgar juga? Samseng..sarip dol ka? Org2, pemimpin mcm lu orglah..kalau diberi kuasa...boleh jahanam negara lu org kerjakan! Vodoh pun org!

Anonymous said...

Bila kepala di Rusila nung berakhlaq rendah, jadi jangan duk berharapla yg di bawah dan di ekor-ekor ni berakhlaq mulia!!

Anonymous said...


Takut pada keadilan yang akan di putuskan oleh mahkamah.

Mereka tahu ikut unfang-undang, peluang mereka mendapatkan hak tanah tersebut sangat tipis.

Orang yang benar dan tahu tidak bersalah berani mengikut undang-undang.

Ini baru hal tanah.. Macamana jika anak Presiden yang didakwa terlibat dengan bini orang serupa video percutian di Bali?

Sebab itu lah ramai yang tak yakin dan keliru dengan RUU 355 dari Marang? Adakah seseorang itu mesti mempunyai sifat adil dahulu atau undang-undang yang di adakan menjadi kan seseorang itu adil ?

Anonymous said...

Tindakan Pemuda PAS itu sedang menjurus kearah perlakuan sebijik macam Rohingya ataupun Israel.

Anonymous said...

pas akan kalah bukan kerana kurangnya ahli tapi kerana rendah dan hinanya akhlak mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...