GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, October 13, 2017

BENARKAH RUU 355 GAGAL KERANA DIHALANG OLEH DAP?


Kuasa pemerintahan di Malaysia dibahagikan kepada tiga badan utama:

 1. Badan Eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri di peringkat pusat dan MB/KM di peringkat negeri. 

2. Badan Kehakiman yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara. 

3. Badan Perundangan iaitu Parlimen bagi peringkat Persekutuan dan DUN (Negeri).

 Kuasa menggubal dan meluluskan undang undang di Malaysia adalah terletak di bawah Badan Perundangan/Legaslatif. Undang Undang yang diluluskan di Parlimen dipanggil akta, manakala undang undang yang diluluskan oleh DUN dipanggil enakmen. Draf atau cadangan kepada akta dan enakmen yang hendak diluluskan oleh Parlimen /Dun dipanggil Rang Undang Undang (RUU).

Pada dasarnya semua undang undang yang hendak dikemukakan dalam Parlimen dan Dun akan disediakan oleh Pejabat Peguam Negara/ Penasihat Undang Undang Negeri atas arahan dan persetujuan Badan Eksekutif (Kabinet/Exco) sebelum dibentangkan dalam Parlimen/Dun sebagai RUU Kerajaan.

 Walau bagaimanapun sebagai ahli Badan Perundangan samada di Parlimen / Dun, mana mana Ahli Yang Berhormat Bukan Kerajaan Pembangkang) boleh mengemukakan satu undang undang persendirian melalui satu usul di bawah Peraturan Dewan. Usul ini akan menjadi satu RUU jika ianya diterima dan diluluskan oleh Parlimen/Dun. Selagi usul ini tidak diluluskan oleh Parlimen /Dun, ianya tidak dianggap sebagai satu RUU.

MP Kota Bharu sedang menerima arahan daripada
MP Marang - Khadam Umno rupanya!  hahaha!
 RUU 355 yang mula dikemukakan oleh MP Marang pada 18/3/2015 dan ditangguhkan dan dibaiki berkali kali sebelum dibentang semula dan disokong oleh MP Kota Bharu pada 06 April 2017 sebenarnya masih belum bertaraf RUU selagi Usul MP Marang ini tidak diluluskan oleh Parlimen.

 Malangnya ada parti tertentu telah menabur fitnah dan propaganda jahat menuduh Dap yang menghalang dan menolak RUU 355, apabila ada pihak yang cuba menyatakan kedudukan sebenar RUU 355, mereka terus dilabel sebagai khadam Dap dan menjadi sasaran ejekan dan maki hamun.

 Itulah antara kejahatan politik yang memperdagangkan agama untuk mengelirukan masyarakat dan menanam kebencian rakyat kepada parti pembangkang terutama PH bagi menambah keselesaan UMNO dan BN. Inilah taawun politik yang dikatakan matang dan sejahtera yang disukai oleh UMNO sekarang. ~ Che Ibrahim Mohamed

Komen al-Husseyn :

Pentaksub perasan Hj Hadi sudah berjaya ....
Pada 11 April , 2017, Hj Hadi telah diberi sambutan besar-besaran konon kerana telah berjaya membentang RUU 355 di parlimen pada 6 April lalu.

Dilaporkan 5 ribu peserta konvoi menyambut kepulangan Hj Hadi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Pada sebelah malamnya  di perkarangan Masjid Rusila diadakan ceramah perdana sempena kejayaan pembentangan RUU 355 oleh Hj Hadi.

Hj Hadi menyatakan penangguhan perbahasan RUU di parlimen adalah untuk memberi ruang penerangan yang menyeluruh kepada masyarakat.

“Perbahasan RUU355 ditangguhkan di Parlimen bagi membolehkan kita membuat penjelasan.~ sumber

Dengan pengakuan Hj Hadi ini terbukti bahawa bukan faktor DAP yang menghalang pembentangan RUU 355 Hj Hadi tetapi permainan Hj Hadi yang remote controlnya di tangan Umno!
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Betapa bodoh dan naifnya pemimpin PAS yang sentiasa menuding jari kearah DAP diatas kegagalan memantapkan RUU yang dibentangkan oleh tok lebai sebabnya isue ini telah diputar belikan oleh UMNO yang sebenarnya yang menjadi penghalang bukanlah DAP tapi kesemua komponen BN sebanyak 13 buah parti yang menentang dan yang paling ketara ialah dari Sabah dan serawak dari semenanjung hanya tiga parti yang besar iaitu MCA,MIC dan Gerakan tapi komponen ini telah diarah bisukan oleh UMNO supaya tidak timbul difikiran PAS bahawa UMNO tidak sokong RUU tersebut makanya DAP lah satu-satunya parti disasarkan sebagai penentang cuba kita buka minda secara telus mana mungkin satu parti cina yang dilebelkan sebagai chauvenis bboleh mengatasi yang lebih ramai yang menentang dan penghalang sudah tentu ianya mustahil tapi apa yang sebenarnya majoriti yang menentang itu ialah dari UMNO/BN itu sendiri itulah sebabnya juga pendekar amin yang tak pendekar berani bersuara pabila dicabar oleh pembangkang supaya RUU ini dibahaskan beliau sanggup bertegang leher bagi memastikan yang RUU ini tidak dibahaskan maka berputeh matalah tok lebai yang membentangkan itu.

Smart Pomen said...

Assalamualaikum, mcm org meniaga la. Bila gagal, org lain Yg disalahkan. Padahal sendiri Yg malas. Nak salahkan diri sendiri tu Memang takde la. Baru nak maju sikit, tau2 keluar Q7. Ni Cuma contoh, takde kene mengena dgn Yg hidup atau Dah Arwah. Tapi kalau terasa tu sori la ye.

Anonymous said...

CAHAYA bak mentari FREE nFREE..

CAHAYA itu ialah sbnr2 nilai kbnaran..

CAHAYA itu mmbawa setggi2 nilai keadilan..

CAHAYA azali tak mampu dipadam sbaliknya kan brganda2..

Dgn CAHAYA itu, miracles of creative n innovative ENERGY yg mnjd sumber REZEKI REZEKI REZEKI n REZEKI kan pasti bertambah mncurah2 n brlipat2 kali ganda lg..

CAHAYA itu juga semulia2 INTEGRITY Transperency MERIT amanah luhur LURUS kudus dan suci bersinar2 brCAHAYA ddlm sanubari..

Syabass al-Hussyen, kita wajib sama2 mewar2 kan CAHAYA universal azali yg dibawa oleh nabi2 n wali2NYA itu tanpa n TANPA sehalus2 bias n prejudis hatta kpd diri kita sendiri..

CAHAYA itu sgt2 terang n LURUS..hatta menyuloh memancar kedlm setiap kita yg tak mampu n tak dpt kita sembunyi kan lg..persis selayaknya sprt sabda/CAHAYA nabi SAW: "klu anak ku Patimah menCURI pasti ku potong tangannya.."

Oh! yesss!

YESS n yesss!

""CAHAYA itu wajib n WAJIB menyuloh kdlm diri kita terlebih dahulu sblum kita menyuloh kdlm diri insan yg lain..n setiap yg bernama "PEMIMPIN" itu wajib menyuloh kdlm diri mrk masing2 dgn sjujur2 skudus2 serta sluhur2nya.. n barulah sbnr2 CAHAYA itu akan bnar2 mnjd telus tembus bnar2 terang BENDERANG""!

Begitulah indahnya CAHAYA Integrity MERIT amanah luhur LURUS transparency yg tlh dibawa oleh seluruh nabi2 yg wajib sama2 kita hayati kita subur n war2kan brsama2 kpd seluruh generasi ini.. n itulah "elegance-MIND" yg pasti n lg PASTI dpt melenyapkan sgl yg GELAP yg berpura2 yg menipu KELIRU mmbunuh merompak mnyonglap dgn sgl cover-up ONAR konspirasi2 "barbaric" yg sgt2 hina sgt jijik lg keji..

Suburkan CAHAYA cinta CAHAYA Integrity kpd sluruh generasi ini s "what we SAY tru our HEART intently, we shall be" hi hi..

Anonymous said...

Pemimpin PAS ingat, khalayak ini semuanya bengong macam walaunta yang amat ketara ciri-ciri kewanrosliannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...