PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Wednesday, October 18, 2017

Hari Terakhir Perbicaraan Saman DS Nizar vs Hj Razman Zakaria


DS Nizar telah memfailkan tuntutan fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Hj Razman yang didakwa memfitnahnya sebagaimana artikel yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk: Pendekatan Nizar mirip DAP.

 Kes saman ini telah mengambil masa yang begitu lama untuk diselesaikan sejak ianya difailkan pada Ogos, 2015.

Berikut sedikit makluman oleh peguam plaintiff, Hj Asmuni Awi mengenai perkembangan hari terakhir kes perbicaraan saman DS Nizar terhadap Peseruhjaya PAS Perak, Hj Razman Zakaria di Mahkamah Sesyen Ipoh yang diadakan kelmarin, 17 Okt 2017.

1) Saman DS Nizar terhadap Hj Razman telah selesai dibicarakan di mahkamah.

2) Hari ini seorang saksi sahaja dipanggil iaitu En Azhar Tajuddin dari Sinar Harian, pemberita yang merakamkan perbualan di antara Tn Hj Razman dan Sinar Harian berkaitan dengan isu yang dibangkitkan.

3) Hj Razman dipanggil semula untuk soalan balas tentang beberapa isu yang belum selesai semalam.

Berehat seketika di luar menghirup udara yang lebih segar
4) Berlaku sedikit ketegangan di Mahkamah apabila peguam kepada defenden mengganggu perjalanan mahkamah dan menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan dalam masa 10-15 minit untuk menenangkan suasana sebelum di sambung semula.

5) Mahkamah menangguhkan kes ini kepada 27 Oktober 2017 untuk kedua pihak memfailkan penghujahan masing-masing sebelum mahkamah membuat keputusan pada 2 Nov 2017.

 Ditanya mengenai kes dengan Karangkraf, Asmuni berkata pihak defenden telah menarik balik permohonan mereka itu dan difahamkan sejumlah kos telah dibayar. Asmuni menyatakan dia difahamkan begitu semalam dan banyak mana kos yang dibayar oleh Hj Razman kepada pihak Karangkraf adalah di luar pengetahuannya sebab perkara itu tidak berlaku di dalam mahkamah terbuka; mungkin di dalam kamar Yang Ariff.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Klu betul2 ikut akhlak nabi saw, jg sikit mulut. Kerana mulut badan binasa

tok janggut said...

Memalukan...ahli parti ISLAM.Orang no satu parti Islam dinegeri Perak boleh kena saman mmfitnah...satu dosa besar.mmburukkn org lain dgn cerita yg x betul...
Kalau no 1 dah tak da akhlak ISLAM, bgaimana nak tarbiah anak buah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...