GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, October 12, 2017

Ini tanah kami, tiada masalah buat himpunan, kata MBPJ


Syabas kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Datuk Mohd Azizi Mohd Zain kerana membenarkan himpunan anti-kleptokrasi diadakan di Padang Timur Petaling Jaya, Sabtu ini.

Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberi beberapa alasan untuk tidak membenarkan himpunan itu diadakan di situ :

1) Pihaknya menerima empat laporan daripada penduduk sekitar.

Tetapi Datuk Bandar telah berkata MPBJ tidak menerima sebarang aduan daripada penduduk setempat.

2) Kedudukan Padang Timur  tidak sesuai untuk perhimpunan besar kerana hanya boleh memuatkan 10,000 peserta.

Tetapi Presiden Amanah Mohamad Sabu yang banyak pengalaman mengepalai himpunan-himpunan besar sebelum ini percaya perhimpunan Sabtu ini boleh menyaksikan penyertaan 100,000 orang.

3) Himpunan di Padang Timur menyebabkan kesesakan lalu-lintas yang teruk dan lokasi itu juga begitu hampir dengan laluan keluar masuk Lebuhraya Persekutuan.

Tetapi Datuk Bandar menjanjikan  pihaknya akan menjaga kelancaran trafik. MPBJ akan mengerahkan anggota untuk menjaga kelancaran trafik.

Maka tidak ada alasan bagi KPN Tan Sri Fuzi Harun untuk menghalang himpunan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi”  di situ.

Malah beliau sendiri turut mengakui mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, polis tidak ada kuasa menghalang ia berlangsung.

 120,000 berhimpun pada 25 Mei 2013 di himpunan Suara Rakyat 505 
Apa yang dinyatakan oleh Mat Sabu adalah benar kerana menurut maklumat di sini, pada 25 Mei 2013 lalu Perhimpunan Suara Rakyat 505 anjuran 54 gabungan NGO bagi membantah penipuan dilakukan oleh Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum lalu telah diadakan padang Timur Petaling Jaya telah berjaya menarik kehadiran lebih 120,000 rakyat.

Tapi yang paling menarik tagline Datuk Bandar : Kita pemilik tanah itu!

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini membenarkan penganjur tunjuk perasaan anti-kleptokrasi berhimpun di Padang Timur Petaling Jaya, Sabtu ini.

 “Kita tiada halangan. Kita beri kebenaran kepada penganjur untuk adakan di Padang Timur. Jadi tidak ada isu dengan kita. Kita pemilik tanah itu,” kata Datuk Bandar Datuk Mohd Azizi Mohd Zain kepada pemberita, selepas Majlis Apresiasi Inovasi 2017 di Shah Alam hari ini.

 “Malah program itu nak adakan perniagaan atau nak buka gerai…kita benarkan. Kita bagi permit,” tambahnya. 

Semalam, polis berkata pihaknya tidak mengeluarkan permit kepada Pakatan Harapan yang mahu menganjurkan tunjuk perasaan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” di Padang Timur susulan bantahan penduduk setempat. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun mencadangkan penganjur supaya berhimpun di Stadium Kelana Jaya, kerana Padang Timur hanya boleh memuatkan 10,000 peserta. Presiden Amanah Mohamad Sabu percaya perhimpunan Sabtu ini boleh menyaksikan penyertaan 100,000 orang.

 Azizi berkata MPBJ tidak menerima sebarang aduan daripada penduduk setempat. “Tidak ada. Semua tidak ada,” katanya.

 Beliau juga berkata MPBJ akan mengerahkan anggota untuk menjaga kelancaran trafik. 

“Oleh kerana Padang Timur itu kawasan kita, kita akan pastikan penguatkuasa akan jaga lalu lintas.”  Baca lagi  di sini
Comments
5 Comments

5 comments :

Rakyat biasa said...

Gue tabik spring sama lu!!!!!

Anonymous said...

Polis, oh polis. Berkhidmat la utk rakyat. Baru la org respek. Dah la terlibat dgn mcm2 hal kebelakangan ni

Anonymous said...

Yang membuat laporan itu macai UMNO dan KPN pula telah dikuda kayu oleh Najib and the gangs denga kepala penyamun yang akan membuat kecetusan dengan beralaskan konon hendak menjual ikan murah pada para pengunjung kita lihat lah nanti adakah sebenarnya yang mangkok ini akan menjaul ikan atau anjing nUMNO yang akan menyalak seperti yang telah berlaku beberapa hari yang lepas hinggakan kononnya nak membenteras penjualan arak tapi dia sendiri pergi membeli arak yang mahal dari tauke arak dan dipecahkan didepan dipintu pagar bangunan SUK hinggakan tidak sedar percikan air kencing setan tu telah terkena pada lambang kebesaran negeri yang dia sendiri pemastautinya kankah bodoh namanya itulah anjing-anjing UMNO diagung-agungkan oleh pengikut yang bergantung dengan umpan dedak.

Anonymous said...

Padan muka bn agen bn dan kuncu bn. Polis jaga trafik ok. Jgn jd kuncu bn. Nnti rakyat ketawa senak perut. Haha

Anonymous said...

Pada perhimpunan tersebut mata Lebai PAS bertukar menjadi hijau apabila melihat ramai nya ahli PAS yang telah meninggalkan PAS.

Mereka (bekas ahli PAS) adalah yang bagus-bagus. Mereka lah selama ini bekerja keras.

Apa pun perhimpunan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” bukan lah untuk menandingi jumlah siapa yang ramai atau siapa yang dapat ikan besar.

Rakyat di ajak menyayangi negara dan mengingatkan rakyat tentang Kleptrokasi..

Semoga perhimpunan berjalan lancar dan selamat... Selamat berhimpun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...