PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Friday, October 20, 2017

ISU PERJELASAN WISMA TOK GURU - Dato Husam Musa


1) Mengikut pimpinan PAS, tanah tersebut sudah dijual oleh isteri allahyarham Dato Rosli kepada seorang yang bernama Mohd Yassin bin Yusof bekerja sebagai SUK Kerja Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan. 

2) Katakanlah gaji yang diterima oleh saudara Mohd Yassin sebulan rm3000. Setahun bersamaan rm36,000. Beliau membeli tanah tersebut dengan nilai RM700,000. Maka sekirannya beliau berkata bangunan tersebut hak milik beliau, kenapa beliau menghantar notis kepada ambo. 

3) Kalau menghantar notis kepada ambo, bermakna bangunan tersebut adalah milik ambo. Sekirannya tidak ada kene mengena dengan ambo, mengapa hantar notis kepada ambo? Ambo tidak duduk disitu. Yang duduk disitu adalah Amanah. 

4) Apabila beliau menghantar notis kepada ambo, ambo sendiri tidak kata boleh mengesahkan terima lagi.Cuma ambo tengok dalam facebook , wassap iaitu Mohd Yassin bin Yusof telah menghantar notis kepada Dato Husam untuk mengosongkan bangunan itu dalam tempoh 30 hari. 

5) Ambo terima atau dok, ambo pom tak tahu. Tetapi kalau kita menerima notis itu sama ada esok,lusa ka, bila ka. Kita akan bawa kes ini ke makhamah, kerana walaupun tuan tanah sudah benar-benar menjual tanah ikut dikatakan pada selasa 2 minggu yang lepas. Iaitu Timbalan DO, Jajahan Tanah Kota Bharu yang bernama Tuan Ibrahim Tuan Bakri didalam keadaan yang luar biasa, Timbalan DO pergi ke rumah Datin isteri allahyarham dengan membuat tandatangan borang 14 pergi pindah tanah itu. Saya dikatakan begitu. Betul atau tidak ambo sendiri tak tahu. 

6) Kalau timbalan DO pergi ke rumah, mestilah tuan-puan berasa pelik. Biasanya apabila seseorang ingin menukar tanah, beliau akan pergi ke pejabat DO. Ini DO pergi ke rumah orang tersebut. Tidak ka pelik? 

7) Mengikut sesetengah orang, 5 orang tengah pergi Datin tadi. Ibrahim Bakri, seorang lagi pejabat tanah, 2 orang peguam sorang lagi yang bernama Ibrahim bin Isa. Pergi minta Datin untuk tanda tangan pagi hari.

 8) Kalau Datin sebenar-benar ingin menjual tanah, kenapa Datin tidak pergi ke pejabat tanah? Boleh ka esok ambo nok beli tanah DO pergi ke rumah ambo? Boleh ka ambo nak tanya DO.Kalau boleh baguslah, boleh tutup pejabat dan pergi ke rumah orang. Telefon DO dan kata ambo nok beli tanah , DO pom mari. Pergi ke pejabat tiada, DO pergi ke rumah sekian pasal tukar nama tanah. 

9) Ini telah menunjukkan satu konspirasi , sama ada orang nak report atau tidak itu suku kira. Tapi konspirasi itu wujud. Dan Muhammad Yassin ini kalau betul membeli tanah, dengan harga RM700,000.Dia ambik duit mana? Jabatan Hasil Dalam Negeri perlu siasat dari mana dia dapat duit tersebut. 

10) Ada pun dengan status tanah tersebut yang ambo kata sakni, status bangunan tu. Oleh kerana kita dapat gunakan tanah itu, penggunaan tanah tu dulu dengan izin tuan tanah yang sebenar iaitu Dato Rosli. Kalau adik kakak dengar ucapan Dato Rosli di Wisma Tok Guru hari tu, tanah tu dia beli. Letak nama isterinya , kemudian beliau beri izin kepada ambo guna bangunan serta tanah tu dengan membuat bangunan yang baru. 

11) Pada bulan 8 2016, selepas ambo dibuang daripada Pas, dipecat daripada Pas . Baru ini ada seorang Ketua Penerangan Pas dia berucap di Salor dengan kato ambo tubik daripada PAS. Padahal dia pecat dia tak khabar dia kato ambo tubik. 

12) Bilo ambo dipecat daripada PAS, ambo tanya dengan Dato Rosli. Bagaimana Dato bangunan dan tanah ni? Maka Dato Rosli buat keluar surat atas nama isterinya pada bulan Ogos 2016. Ambo ada simpan surat tu. Dengan membenarkan ambo menggunakan bangunan dan tanah sampai bila-bila. 

13) Jadi kalau sampai notis tersebut, ambo akan failkan ke makhamah.Untuk menuntut gantirugi dan juga menuntut tanah tu adalah milik bersama ambo dengan Datin. Dan kebetulan pulak, oleh kerana Dato dan Datin tiada anak maka dari segi pesaka. Harta-harta Dato Rosli ini, walaupun sebahagian atas nama isterinya hendaklah dibahagikan terlebih dahulu sebagai penyelesaian pesaka . Dengan adik beradik , mok gemulah Dato Rosli. 

14) Oleh kerana itu, adik beradik memfailkan saman tuntutan pesaka. Bicaranya 23 Oktober 2017. Saka tidak selesai lagi, kalau betul Pas beli maknanya Pas ni kita boleh tukar adik kakak. Seluas- luas tanah dan sebanyak-banyak bangunan di dunia ini, dia hendak beli yang tu jugak. Jadi sebelum dia boleh hambat kita, kita kena cara dulu .Cara setahun ka, cara 10 tahun ka , selagi cara tak selesai Amanah akan gunakan bangunan tersebut. INI PENEGASAN AMBO. 

15) Jadi notis tu ambo sendiri, secara rasmi tidak terima lagi. Kalau terima notis, ambo akan failkan ke makhamah. Sementara makhamah selesaikan, Amanah akan gunakan bangunan tu sampai bila-bila. Kalau makhamah lambat selesai, selepas pru 2018,2019 Amanah akan guna bangunan tu sampai bila-bila.

~ROJIE SEMAIL ~ 
11.20 mlm 
17 Oktober 2017 ~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...


Izinkan CAHAYA menyuloh gelita..
CAHAYA menerangi perlahan lahan..
Apb CAHAYA menerangi semuanya
Yg kecil yg BESAR tak dpt bertahan

CAHAYA itu ddlm diri mu..
CAHAYA Umat, CAHAYA Keramat..
Apb Rakyat berCAHAYAkan yg SATU
CAHAYA itu, menghapuskan Pengkhinat

Khianat berada, dimana mana..
Hatta ddlm diri mu sendiri..
Apb Khianat mu, kau sulohkan CAHAYA
CAHAYA-Cinta mu, mula bersemi


Apb Khianat mu, kau sulohkan CAHAYA..
CAHAYA-Cinta mu, berputik bersemi..
CAHAYA mu penghapus GELAP gelita
CAHAYA-Cinta mu, mula berkongsi

GELAP gelita ddlm diri..
Mnjd punca diBODOH-ditipu..
Kesumat dendam Carut dan maki
Mnjd Budaya ddlm hidup mu

Anonymous said...

Gitu caranya lebai pas berurusan!? Kalau pas tadbir negara mmg punah ranah!

Anonymous said...

tuan atau pemilik tanah adalah penama dalam geran. dlm isu ini, isteri arwah adalah pemilik yang sah. perjanjian antara YB Husam dgn arwah tidak sah.

begitu juga, adik beradik arwah tiada hak ke atas harta tersebut krn telah jelas pemilik adalah isteri arwah.

definasi tanah ialah tanah dan semua yg kekal di atasnya dan ini termasuklah bangunan. barangan yang boleh di pindahkan tidak termasuk dlm definasi ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...