PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, October 19, 2017

ISU TANAH WISMA TOK GURU DI SALOR - SIRI II

Walaupun Pas cuba menyembunyikan kejahatan mereka untuk berbuat jahat kepada Amanah dengan berbohong mengatakan tuan tanah telah serah balik tanah tersebut kepada Pas, namun niat jahat Pas tetap akan terserlah juga.

Ambo dimaklumkan tanah yang menjadi tapak kepada Wisma Tok Guru sekarang asalnya telah dibeli oleh arwah Dato Rosli Ibrahim dan didaftarkan atas nama isterinya Harifah bt Dolah.

 Semasa hayatnya, arwah telah berulangkali menyebut beliau telah mengizinkan tanah tersebut digunakan oleh Dato Husam Musa untuk selama lamanya dan bersedia untuk menjualkan tanah tersebut kepada Husam jika perlu. 

Selepas kematian Dato Rosli, Pas melalui Cikgu Ibrahim Isa, Penyelia Dun Salor yang juga bapa saudara kepada Harifah telah berjaya memujuk balu arwah untuk menjual tanah tersebut yang seluas 277 depa @ 0.277 ekar kepada Pas dengan harga RM700,000, jauh melebihi harga pasaran sebenar tanah di kawasan tersebut.

 Urusan pindah milik tanah ini telah dibuat melalui Borang 14A kepada Mohd Yasin bin Yusoff di rumah arwah di Kampung Kukang, Perol pada 18/9/2017 dengan Timbalan Ketua Jajahan (ADO) Kota Bharu, En Ibrahim Bakri bin Mat Deris (sekarang telah bertukar ke Pejabat Tanah dan Galian Kelantan (PTG) hadir sendiri ke rumah tersebut menyaksikan proses pindah milik itu (Borang 14A) bersama dua orang peguam.

 Dalam masa yang sama, pewaris pewaris yang sah kepada harta harta peninggalan arwah Dato Rosli Ibrahim telah memfailkan permohonan mengesah harta pusaka di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, dan akan mula dibicarakan di mahkamah tersebut pada 23/10/2017, termasuk tanah tanah yang telah dijual oleh balu arwah kepada Pas atas nama Mohd Yasin bin Yusoff, supaya harta harta tersebut dibahagikan mengikut hukum faraidh. ~ Che Ibrahim Mohamed
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...