PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, October 19, 2017

Penunggang Agama : Pembohongan ahli agama demi politik kuasa & harta


1. Sejak Khamis 27 Mac 2014, saat Pas dah dua kali kemukakan kertas cadangan untuk keluar dari kerjasama politik dgn Pkr/Dap ketika kemuncak serangan rakyat pada tindakan khianat Pas di Kota Damansara, Sungai Acheh, isu calon pil kuda, dan lain-lain..., maka sebaik Menteri Jamil Khir bangkit cabar Pas untuk bawa hudud ke Parlimen, mungkin dah beratus kali kita nasihatkan kepimpinan bahawa JANGAN SESEKALI percaya pada Umno. Sebab Umno/BN itu jahat, zalim dan pembohong besar. Bahkan setiap inci gerak-tari atau patah perkataan Umno itu semuanya adalah perangkap politik untuk hancurkan pembangkang, Islam & Melayu. 

2. Kita sebut tak ada satu pun sikap Umno itu boleh manfaat buat Islam atau Melayu. Kita pesan, kekallah beristiqamah demi perjanjian tahaaluf siyasi sudah disepakati yg jelas SANGAT MENGUNTUNGKAN dakwah & politik itu. Sebab matlamat jangka panjang kita adalah untuk bebaskan Malaysia dan seterusnya membawa kebebasan pada sistem yg rosak yg Umno tinggalkan. Di situlah ruang dan medan untuk Islam menjadi sistem demi mengisi keperluan ummah dan negara kita kelak. Jangan terburu. Jangan bodoh dan masuk dalam perangkap itu! 

3. Kalangan mereka itu adik-adik yg sangat naif politik. Baru pulang dari luar negara, dari Mesir dan Timur Tengah, jiwa penuh retorik "al-Islamu huwal haal" (Islam lah jalan penyelesaiannya), yg baru mahu mula berjinak dgn party politik etc, terus bangkit membantah, kamu semua itu bukan gulongan yg tulen (asolah) dalam perjuangan Pas! 

4. Mereka melenting - Hudud itu darah daging Pas, hudud perjuangan sebenar Pas, kalau gagal buat hudud 2015 saya letak jawatan Menteri Besar, siapa yg tak sokong hudud mereka anti Islam. Pergi mampus dgn Pkr/Dap yg anti hudud hattakan kita tak kesah kalah pilihanraya sekalipun, asalkan Allah redho katanya. 

5. Kemuncaknya 7 September 2014, Haji Abdul Hadi Awang cakap lagi - kalau kamu tak setuju dgn keputusan itu, kamu keluarlah dari Pas dan tubuhkan parti sendiri. Jangan lagi duduk dalam Pas dan jadi nyamuk yg bising. 

6. Sabtu 6 Jun 2015, disaksikan lebih 2,000 perwakilan Muktamar di Kuala Selangor, akhirnya Haji Hadi yg bergelar ulamak itu terus sanggup salah-gunakan "veto" utk putuskan langsung hubungan dgn Dap dengan arahkan usul putus dgn Dap "diterima tanpa dibenarkan bahas" sehinggalah terbubarnya PR akhirnya. 

7. Itulah kisah malapetaka (nakbah) ciptaan ulamak itu!. Itu juga barangkali titik pertama dalam sejarah pasca Nubuwaah sesebuah sekumpulan Islam sanggup khianati perjanjian bertulis yg mereka tandatangani tanpa satu pun alasan yg mampu disandarkan. Demi hudud sahaja katanya, habis semua dijadikan musuh. Manakala musuh Umno itu dijadikan sahabat berpeluk-cium depan khalayak tanpa lagi malu dan segan.

8. Sejak itu juga, hudud dah hilang. Ditukar nama RUU355 yg 4 kali bertukar-tukar matannhya, dan 3 kali ditangguh-tangguhkan mengikut skrip Umno. Bahkan November 2016 Haji Hadi sebut dengan bangga sekali "RUU355 ini bukan sesekali untuk buat hudud di Kelantan". Satu dunia tertipu dan akhirnya melopong hairan. 

9. Dan hari ini seorang ulamak lain pula kata tangguhkan lagi RUU355 itu hingga lepas PRU14 utk dibawa ke Parlimen, itupun jika Pas menang katanya.

Ikhwah yg dirahmati.

Inilah politik yg tiada rahmah padanya!

 Episod kaffarah berupa kehinaan kata dan tindakan buruk para ustaz Pas yg terbukti dah berulang-ulang khianat & bohong atas nama agama dan ulamak ini sudah pun di-institusikan, dan disokong pula oleh pengikut yg ta'asub secafra ghulluw pada susuk ulamak itu, tanpa secebis keberanian menegur dan membetulkan. 

Benarlah amaran Allah ini;

 وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ذَّلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ 

Maksudnya : Bandingan mereka yg cenderong mengikut hawa nafsunya dengan melakukan "pembohongan atas nama Allah", adalah seperti anjing, yg mana tatkala Engkau menghalaunya ia pasti menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Dan jika Engkau membiarkannya ia juga terus menghulurkan lidahnya termengah-mengah. [ Al-'Araf 176]

 Benarlah sekali, kisah "penunggang agama" sebegitu telah lama dinaqalkan dlm Al-Quran untuk kita bersama jadikannya sebagai pengajaran bagi berfikir.

Insya Allah beruntunglah pula siapa atau kumpulan yg meneruskan perjuangan ini berdasarkan PRINSIP PERJUANGAN yg dibentuk dari setiap ilmu dan 'ibrah yg dilalui itu!

 W'alam

Ahmad Sayuti Bashiron
Shah Alam | 18 Oktober 2017 ~ sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Umno tak sokong ruu355!!! Ini kenyataan ketua dewan ulamak pas. Tapi tak pula dia kafirkan umno ni. Pas pun dah ikut umno buat tuduhan secara selektif(pilih2). Boleh percaya kah lg kpd lebai2 ni, oh walaun? Ada otak jgn dok ingkar nikmat anugerah Allah utk BERFIKIR! Berdosa tu

Kaw kaw said...

Akhirnya beringatlah bahawa membawa agama bukanlah mudah seandainya ucapan Dan tindakan anda tidak benar ingat ancaman guruh Dan petir Dan kemusnahan kaum kaum yang berdusta danempermaian agama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...