PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Tuesday, November 14, 2017

Berkecuali tu lah tanda taat setia depa pada UMNO


 Timbalan Ketua Amanah Batu, Tarmizi Mat Jam membidas MP parti suci Bukit Gantang, Idris Ahmad,  kerana memfitnah, putar belit, flip plop. Idris dalam kenyataannya di sini antara lainnya berkata :
"PAS ada sikap yang tersendiri. RUU 355 PAS sokong kerana manfaat kepada ummah. Walaupun Pakatan Harapan menolak." 
Tarmizi menasihatkan Idris seorang yang bergelar Ustaz supaya bercakap benar kerana tiada apa yang rugi.

 Tarmizi berasa pelik bagaimana Idris boleh mendakwa PH tolak RUU 355 sedangkan ianya tidak pernah ada undi belah bahagi dibuat lagi. Malah ketua parti suci itu sendiri (Hj Hadi) terus lunak menangguh-nangguhkan bahasannya di Parlimen.

 Sementara itu, Ahmad Muslim Badawi Badawi dalam ulasannya tentang sikap MP-MP Pas yang berkecuali dalam undian Bajet petang kelmarin menulis  :

Semalam 11 Ahli parlimen PAS berkecuali dalam undian Bajet regim Najib di Parlimen, semua MP Pembangkang dari PH menolak Bajet tersebut.. pepatah Arab ada sebut..

 السُّكُوْتُ عَلَامَةُ الرِّضَا 
Diam tandanya bersetuju..

 Selama ini pun depa redha dgn kezaliman BN dan Najib.. tapi takpa lah.. dalam PRU 14 ni, Rakyat pula akan berkecuali dgn depa.. PRU 14 ini InsyaAllah, Rakyat pulak akan diam kan depa..

 Ustad Idris yg menipu pasal PH tolak RUU 355, toksah dok tambah koleksi fitnah, RUU 355 jgn kata sesi pengundian lulus usul, Peringkat perbahasan usul pun belum lagi.. tu baru peringkat usul..belum kerajaan bawa lagi..

 lagi menipu kalau tolak Bajet Sekolah, jalan raya , bantuan kerajaan takda peruntukan, itu pun satu kenyataan dangkal, kalau nak kira bab ekonomi..Rafizi pemimpin PH jauh lebih tahu.. isu tolak Bajet bukan tolak Peruntukan..Hatta Parlimen tergantung dan terbubar pun Kerajaan masih berfungsi..

 kita bukan takda YDP Agong..menolak bajet ia satu bentuk simbolik penolakan atau hilang kepercayaan dewan rakyat dan parlimen kepada perdana Menteri pimpinan Najib..

 Kalau mcm tu PAS toksah lawan UMNO lah.. lebih banyak kebaikan dan kerja2 islam yg UMNO buat berbanding PAS.. kalau PAS lawan UMNO umpama PAS lawan semua kebaikan UMNO.. tapi ngan DAP ngan PH rajin pulak depa lawan..depa fitnah, apa PH takda kebaikan langsung ker..

 Berkecuali tu lah tanda taat setia depa pada UMNO jer lah..
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

Mana penyaksian kamu pada syahadah?

Dulu pun PAS berkecuali mengenai 1MDB, ibu segala hutang ..

Anonymous said...

Bersilat lidah untuk sahkan tindakan berkecuali. Namun, rentak dan tari kita sudah maklum. Depa mencari sejahtera dengan umno. Kemudian diratibkan depa adalah pembangkang. Jadi tidak menjadi kesalahan bila dikategorikan depa ini hanya menjadi pasu bunga. Pas dengan Umno kan tak jauh.

Anonymous said...

Kecuali pas tu tanda sokong la sebenarnya! Malu nak kata sokong.....

Istiqamah said...

Dah org tak nak sokong kamu, meroyan la tu... ha...ha....

Anonymous said...

Bila ditanya nak masuk surga ke neraka maka pas menjawab surga tidak neraka tidak maka terbelengulah ia menjadi bahan kutukan.. Berjihad tidak mau tapi mahu menang dlm segala Hal.Nak melaksanakan sesuatu dasar Islamic perlu menambat hati perlu menambat jiwa jiwa insan dan perlukankan kemenangan tak mampu berjuang tak mengapa, menambat hati pengundi satu keutamaan memahami masaalah masyarakat juga satu syariat karna kamu mengelar diri kamu sebagai pemimpin yg membinbing umat dari segi economy peradaban kemanusiaan dan jati diri.. Dewasa ini dasar kalian pelaksana hukum dlm waktu yang Sama menggugut pada yang engkar sedia dikafankan sebagai kafir.. Sedangkan yg engkar juga penyokong perundangan syariah tapi jalan berbada.. Berapa kejinya kamu ye demi politics kamu menjadi sikeji penyokong yg fanatic menjadi alat agama jadi bahan senda... Pas kamu keji kejinya sebesar Alam Saya cukup kecewa dgn kamu... Akidah kamu sudah rosak

Fixx Trend said...

Kali aku nak berkecuali dari undi PAS ...nak tlg pun tak mau nak halang pun tak mau..lantak p kat depa nak buat apa pun... hilang 4 undi utk PAS dari family aku....

Arnab Jingga said...

jom kita kecualikan pas dlm pru akan datang.

pd penyokong pas di parlimen marang, dun rhu rendang, sila ikut sunnah hadi. ponteng mengundi seperti mana hadi ponteng parlimen. makan gaji buta. nak tanyalah ustaz skit - halal ke elaun gaji mp yg hadi terima sedangkan dia asyik monteng sidang?

bab ruu 355, hadi yang usul hadi yang tangguh. yang terakhir speaker cabut lari dan dibantah oleh Amanah DAP. pas pula senyap bila speaker cabut. tp pas tetap tuduh dap amanah yang tak sokong.

Anonymous said...

Sejak aku layak mengundi, tak pernah sekalipun aku undi selain dari PAS walaupun aku tahu PAS akan kalah. Aku tidak mengambil sikap berkecuali sebab nak tunjuk pada kerajaan sekarang, aku tak suka cara mereka memerintah. Bila banyak undi yang menyokong pembangkang dengan HARAPAN mudah-mudahan kerajaan akan menambah baik mana yang patut. Bila lebai Perasan Aku Suci membuat keputusan berkecuali dengan berpandukan lutut dn siku Ini kali PAS akan kehilangan 2 undi dari aku yang tak berparti dan dari isteri aku, bekas orang kuat ketua muslimat PAS.

Anonymous said...

Aku pun berkecuali drp mengundi pas..drp undi pas baik undi ph atau bn..atas pagar xtau nk undi mana2 cuma yg pasti berkecuali drp undi pas sbb pas berkecuali bermakna pas xda apa2 tujuan matlamat,spt politik utk suka2 membuang masa..marilah berkecuali mengundi pas ...sekian...

Anonymous said...

Kita mengharapkan PAS sebagai pembangkang, La ni harapan kita sudah nampak musnah..guane ni? Nampaknya perjuangan PAS tak nak sampai ujung.. AMANAH pun banyak orang PAS kat dalam.. takut takut perangai sama....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...