JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, December 14, 2017

FITNAH EXCO P.PINANG : BERITA HARIAN BERDEPAN TINDAKAN SAMAN

FITNAH EXCO P.PINANG : BERITA HARIAN BERDEPAN TINDAKAN SAMAN

Datuk Abdul Malik Kassim memberi tempoh 24 jam kepada Berita Harian (BH) dan wartawannya, Attirmidzie Rahman untuk memohon maaf dan menarik balik dua laporannya yang didakwa menggunakan kenyataan yang direka untuk tujuan memfitnah beliau.

 Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Attirmidzie dan majikannya jika tuntutannya itu tidak ditunaikan dalam tempoh tersebut.

 Beliau merujuk artikel bertajuk ‘Banjir, kerajaan Pulau Pinang akui kesilapan’ yang disiarkan BH Online pada 12 Disember 2017 yang kemudian muncul dalam edisi cetak akhbar tersebut pada hari berikutnya dengan tajuk ‘DAP akui banjir jadi pengajaran ubah kesilapan’.

 Menurut Abdul Malik, BH tetap meneruskan penyiaran artikel tersebut dalam versi cetak walaupun dimaklumkan secara bertulis oleh beliau mengenai kesilapan mereka.

 “Tindakan Berita Harian dan Attirmidzie sememangnya berniat jahat dan tidak bertanggungjawab,” ujarnya yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna.

 Beliau berkata, rakaman penuh ucapannya semasa majlis penyerahan cek bantuan bantuan banjir kepada kerajaan Kelantan dan sidang media selepas itu di Kota Baharu pada 12 Disember jelas membuktikan bahawa isi kandungan artikel itu hanyalah rekaan semata-mata.

 “Kandungan artikel-artikel tersebut adalah rekaan semata-mata oleh pihak Berita Harian dan Attirmidzie, dan jauh berbeza daripada intipati kenyataan saya kepada pihak media,” tegasnya yang juga Adun Batu Maung. ~ Roketkini.com 
Comments
3 Comments

3 comments :

Kluangman said...

Tindakan kerajaan negeri boleh dianggap zalim kepada sebuah akhbar yang merosot jualannya kerana integriti kewartawanan yang merudum.

Kalau kalah di mahkamah, mana nak cekau duit bayar.

Anonymous said...

Buat bisnes jual tablet ke apa ke kpd kerajaan dgn harga dinaikkan 150%. Ala macam utusan buat tu.

Anonymous said...

Syukur Tali barut petualang negara mula muflis KR1M lingkup MARA lingkup UTUSAN lingkup MEDIA PRIMA lingkup..Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...