JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Monday, December 11, 2017

GEMPAR!! VIDEO MAHATHIR : ERA NAJIB, FOREX RUGI RM160 BILION (2013-2015)


Sewaktu bercakap di Kelab Golf Bangi pada 9 Disember lepas, dalam program 'HARD TALK bersama Tun Mahathir & Dato' Husam', Tun Dr Mahathir telah membuat satu pendedahan yang sangat menggemparkan tentang kerugian Urus Niaga Wang Asing (FOREX)

Menurut Tun Dr Mahathir, dalam tempoh hanya dua tahun iaitu 2013-2015, negara telah menanggung kerugian sebesar USD 39.6 Billion (RM160 Bilion) atas urusan niaga wang asing (FOREX).

Tun Dr Mahathir mendedahkan kerugian RM160 Bilion itu dalam penjelasannya setelah diminta oleh moderator, Dato' Saifuddin Nasution supaya mengulas mengenai keputusan siasatan RCI keatas kerugian FOREX dan hal berkenaan laporan polis yang dibuat keatasnya ekoran hasil keputusan siasatan RCI tersebut.

 Menurut Tun Dr Mahathir kini beliau bersama Anwar Ibrahim dan TS Nor Muhammad disiasat Polis atas tuduhan jenayah bersubahat menyembunyikan datas  kerugian kerugian urus niaga tukaran wang asing (Forex) Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an.

Menurut Tun Dr Mahathir, walaupun kerugian Bank Negara dalam dagangan tersebut adalah sebanyak RM 30 Bilion, tetapi beliau hanya diberitahu kerugian yang dialami ialah RM11 Bilion. Beliau berkata, beliau tidak ada keupayaan untuk menyiasat hal sebenar tentang perkara tersebut. Beliau hanya menerima laporan sebagaimana yang diberikan kepadanya.

Kerugian RM30 bilion yang berlaku ketika zaman pemerintahan Mahathir 30 tahun lalu, bukan main heboh diperkatakan! Hingga kerajaan telah menubuhkan RCI.

Tetapi kerugian (RM160 Billion) di era Najib walaupun tekandung dalam laporan Bank Negara, perkara tersebut tidak pernah didedahkan oleh mana-mana media perdana.

Bukankah lebih sangat perlu untuk disiasat segera kerugian USD 39.6 Billion (RM160 Billion) di era Najib kerana ianya jauh lebih besar dan ia berlaku dalam tempoh waktu yang sangat singkat iaitu 2 tahun, 2013-2015.

Kalau apa yang Tun Dr Mahathir katakan itu adalah benar, maka DS Najib perlu dipertanggungjawabkan dan disiasat sebagaimana yang telah dilakukan keatas Tun Dr Mahathir dan DS Anwar Ibrahim tanpa sebarang alasan.

Comments
6 Comments

6 comments :

BANkami Blog said...

Report dlm bankami

Anonymous said...



Sekarang siapa yang nak bakar negara ini?

Sekarang antara kesemua PM yang mana satu kah yang paling bodoh tapi ingin terus memimpin?

Apabila Bank Negara telah rugi dalam Forex secara berperingkat, Bank Negara, Mohamad Nor telah memaklumkan kepada TPM dan PM apabila kerugian mencapai jumlah RM 30 Billion.

Semasa Najib kerugian Forex ialah RM 160 billion..!

Apakah had jumlah pelaburan Forex yang di benarkan dan berapa kah jumlah kerugian yang telah rugi untuk di maklumkan kepada Najib?

Mengambil jumlah RM 160 Billion.. barangkali Najib telah di maklumkan sebanyak 3 kali iaitu setiap kali Bank Negara rugi RM 50 Billion.

Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim hanya di maklumkan sekali sahaja oleh Mohamad Nor dan terus membuat keputusan jangan melabur lagi..

Anonymous said...

Berita yg agak terlewat

UP the Moderates said...

Kepada YDP Agong/Sultan2 Melayu,

KEADAAN NEGARA MASAKINI LAGI DAHSYAT KESAN BURUKNYA! TOLONGLAH KAMI WAHAI AGONG/RAJA2 MELAYU.


semoga slogan, Raja dekat dihati RAKYAT JELATA, Benar2 BERLAKU.

Anonymous said...

RCI Forex wajib diteruskan dengan penemuan terbaru. Saksi2 masih hidup.

Nilai kerugian dan kehilangan lebih besar. Lebih penting PM, Menteri Kewangan terkini belum bersara lagi.

Keputusan RCI Forex terbaru dalam 3 bulan siasatan.. mungkin dapat cari orang yang bertanggungjawab lebih cepat dan tepat!

Tan Sri Sidek ada tugas besar untuk sambung RCI Forex.

BUGIS said...

Bijan..kata chedet..tapi dia lebih teruk..hal apalagi tunggu..tubuh satu lagi RCI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...