JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Sunday, December 17, 2017

HJ HADI BANTU NAJIB SIBARKAN FITNAH BERUNSUR HASUTAN SENTIMEN MELAYU ISLAM


Susah nak percaya bila seorang ulama bertaraf donia seperti Hj Hadi boleh terlibat dengan penyibaran fitnah yang diada-adakan oleh Najib Tun Razak yang kononnya Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri dan jika UMNO kalah, Melayu dan UMNO akan punah di Malaysia.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang percaya dua fitnah tersebut yang berunsur hasutan membangkitkan sentimen Melayu dan Islam akan berterusan diguna pakai oleh Umno dan Pas sehingga menjelang PRU14 nanti.

Sebelum ini, blog alhusseyn telah mengulas kenyataan PJ Razman Zakaria kerana telah menggunakan unsur fitnah yang sama :
Pesuruhjayanya Haji Razman Zakaria berkata, PAS Perak akan tentang habis-habisan cita-cita Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana ia melibatkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.~ di sini
 Ini adalah bukti yang jelas bahawa terbentuknya kerjasama politik antara Pas dan Umno walaupun ada pihak yang cuba menafikannya.

Lebih mendukacitakan bila Hj Hadi memuji Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, seorang yang pernah ditabalkan sebagai 2016 Man of The Year - Lelaki pilihan 2016 kerana jenayah dan korupsi.

Ikuti tulisan Lim Kit Siang dari  blognya di sini yang saya alihbahasakan sebagai beikut :

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang telah turut bersama Najib, menyibarkan fitnah yang kononnya saya mahu menjadi Perdana Menteri dan jika UMNO kalah dalam pilihan raya umum akan datang, orang Melayu dan Islam akan punah di Malaysia.

 Jurucakap UMNO, New Straits Times, hari ini melaporkan komen Hadi dari Marang mengenai kontroversi yang dihasilkan oleh UMNO bahawa "penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi perdana menteri sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14", mengutip Hadi sebagai berkata PAS paling pasti menentang pemimpin bukan Islam menjadi perdana menteri.

 Hadi berkata: "Keutamaan kami adalah untuk memastikan seorang Muslim memimpin negara.

 "Itu penting. Kita mesti memastikan negara ini berada di bawah pimpinan seorang muslim." 

 Pada minggu lalu, kedua-dua media cetak dan media dalam talian yang dimiliki dan dikawal UMNO cuba mencetuskan kontroversi ke atas dua tema ucapan Najib pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dan yang telah diulang siar selama lima hari Sidang UMNO, bahawa saya mahu menjadi Perdana Menteri dan jika UMNO kalah dalam pilihan raya umum akan datang, orang Melayu dan Islam di Malaysia akan punah;  tetapi tidak berjaya.

 Sekarang Hadi berusaha menyelamatkan UMNO dengan meneruskan pembohongan Najib dan UMNO, yang saya mahu menjadi Perdana Menteri dan jika UMNO kalah, Melayu dan UMNO akan binasa di Malaysia?

 Hadi telah melencung jauh dari zaman awalnya dalam politik, apabila beliau menuduh UMNO menyebabkan nasib buruk menimpa orang Melayu dan Islam di Malaysia. Sekarang, seolah-olah oleh tongkat sakti, dosa UMNO kepada orang Melayu dan Islam di Malaysia semuanya telah dipindahkan kepada DAP.

 Jika Hadi boleh mengubah kehidupan sebenar di Malaysia hanya dengan tongkat sakti!

 Tetapi kedua-dua Najib dan Hadi adalah salah.

 Tiada senario kemusnahan untuk mana-mana kaum atau agama di Malaysia.

 Melalui sistem pemilihan sekurang-kurangnya selama setiap lima tahun, jika Pakatan Harapan menggantikan UMNO / Barisan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, kerajaan Pakatan Harapan yang baru perlu membuktikan bahawa ia lebih baik daripada kerajaan UMNO / BN dalam melindungi dan mempromosikan hak dan kepentingan semua golongan kaum dan agama di negara ini, terutamanya orang Melayu dan Islam, atau ia akan kehilangan mandat untuk mentadbir dan menghadapi penolakan dalam pilihan raya umum lima tahun kemudian.

 Kenapa perlu bagi Hadi untuk jadi penyelamat UMNO dengan menyibarkan fitnah UMNO yang kononnya saya ingin menjadi Perdana Menteri dan kononnya nasib orang Melayu dan Islam di Malaysia punah jika UMNO kalah; bahawa kedua-dua pmbohongan ini diada-adakan oleh UMNO dan tidak ada kena mengena dengan kepimpinan PAS?

 Saya boleh fikirkan dua sebab:

 Pertama, untuk mengekalkan kredibiliti kedua-dua pembohongan UMNO ini, bahawa hinggakan kepimpinan PAS yang dipimpin oleh Hadi mendapati pembohongan itu boleh dipercayai dan menjadikannya sebagai bahan kempen  untuk pilihan raya umum akan datang.

 Kedua, untuk menghalang kehilangan sokongan kepimpinan PAS yang dipimpin oleh Hadi oleh ahli PAS dan penyokong dengan menggunakan kedua-dua fitnah ini.

 Saya agak tertarik dengan pernyataan Hadi semalam yang mempersoalkan ketiadaan majoriti pemimpin tertinggi negara-negara Islam di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang luar biasa di Istanbul membantah Amerika Syarikat mengakui Baitul Maqdis sebagai ibu kota Israel.

 Apa yang mengejutkan saya adalah pujian Hadi terhadap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro kerana menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC Istanbul.

 Ini kerana Nicolas Maduro dinamakan "2016 Man of The Year " oleh Projek Laporan Jenayah dan Rasuah yang Dianjurkan (OCCRP), sebuah penghargaan yang "mengiktiraf individu yang telah melakukan yang paling banyak di dunia untuk memajukan aktiviti jenayah terancang dan rasuah."

 Petikan untuk anugerah Maduro oleh OCCRP berkata:

 "Satu panel lapan wartawan, para ilmuan dan aktivis pakar dalam memerangi rasuah memilih Maduro untuk anugerah global mengenai kekuatan pemerintahannya yang korup dan menindas, begitu banyaknya salah urus bahawa rakyat negara kaya minyak itu benar-benar kelaparan dan memohon ubat-ubatan.~ sumber

 Financial Times menggelar dia Venezuela 'Lord of Misrule' dalam kajian prestasinya.

 Wartawan Tanpa Sempadan menamakannya sebagai 'Press Freedom Predator' kerana kepintarannya membunuh media kritikal.

 Dia mempunyai kawan-kawan membeli kedai-kedai utama, kekurangan kertas untuk yang dirancang, dan mengharamkan artikel-artikel yang mempersoalkan tentang keabsahan kuasa perlembagaan 

 Seperti yang Drew Sullivan, editor OCCRP dan salah seorang hakim berkata:
 "Apabila seorang pemimpin negara dapat melihat rakyatnya kelaparan dan boleh nampak kerajaan mencuri $ 70 bilion setahun sementara keluarganya berurusan dengan dadah, itu adalah sejenis kejahatan yang istimewa. Dia layak mendapat anugerah ini. "
 Apabila Hadi boleh memuliakan Maduro, OCCRP "2016 Man of The Year" bagi orang yang "yang melakukan  paling banyak di dunia untuk memajukan aktiviti jenayah terancang dan rasuah," mungkin rakyat Malaysia dapat memahami mengapa Hadi boleh membentuk kerjasama politik dengan Najib dan mempertahankan bukan sahaja skandal 1MDB tetapi Malaysia menjadi "kleptokrasi global." 
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Kesian pas, dapat presiden nyanyuk dan buta perut.

Anonymous said...



Sdr Hussyein sendiri mahir dgn bahasa omputih.

Sdr tentu tau makna/erti/definasi mudah ISLAM itu apa? Islam=menyerah/pasrah="SURRENDER"

Lihat dlm bahasa omputih tu, Islam=SURRENDER and so surrender to what?

As moslem we must/have to SURRENDER to the hihgest integrity and transparency, is it not?

We oso have to SURRENDER to the SIRATOL-MUSTAQIM = the straight/clear PATH, is it not?

But now in front of us, so many leaders claim tht they are Moslem but they are NOT, bcoz so obviously they are NOT "SURRENDER" at all to the value of integrity transparency honesty sincerity n accountablity, instead they so clearly "SURRENDER" themselve to be corrupted barbaric and the greatest LIARs of the highest order! dont you agree with tht?

Now you see, are they "SURRENDER" to be in the family/group or sunnah from nabi SAW?

OR, are they "SURRENDER" to be barbaric species like Jews, Abu Jahal n Abu Lahab or even worst than the Pharaoh?

So are they Moslem? OR are they tunggang terbalik/Murtad? I am NOT a judge..



Anonymous said...

Kehancuran umno pas

Anonymous said...

PAS adalah parti kecewa dan mengecewakan pengundinya. Hadi cuba membawa penyokongnya untuk berbalik semula menyanjung apa yang dia pernah maki dan hina sebelum ini.
Kerana mungkin termakan budi maruah perjuangan boleh tergadai. Atau juga kerana telahan yang salah, dendam terhadap parti serpihannya diterjemahkan dengan memberi sokongan kepada yang dibenci.
Keperibadian hadi semakin hari semakin lusuh dan mula menampakkan urat belikatnya dalam politik. Sudah mula mirip menyokong mereka-mereka yang mencuri wang dari laci negara, mula menyokong mereka yang dulunya memijak kepalanya, sudah mula menyokong mereka yang membuatkannya nampak bodoh dalam urusan RUU355.
Walau apapun, ini politik.. Sememangnya bergelumang dengan kekotoran jika tidak diharungi dengan bijaksana.
Kepada pengundi dan penyokong yang waras, pertimbangan boleh dilakukan dengan meneliti rentak tari yang dipentaskan dan seterusnya diterjemahkan pada kertas undi.
TQ- Ancient Mariner.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...