JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, December 19, 2017

INI SEBABNYA HJ HADI TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA

Keputusan memihak kepada syarikat berkenaan oleh Hakim Mahkamah Tinggi
Kuala Terengganu, dalam penghakiman pada 27 Oktober 2010.
Hj Hadi yang sebelum ini mengecam DAP dengan menuduh "DAP tidak mampu menjadi kerajaan yang bersih dan banyak cerita dilaporkan mengenai kepincangannya," adalah umpama "Paku dulang, paku serpih, mengata orang, pada hal dia yang lebih.

Rupa-rupanya Hj Hadi yang diiktiraf oleh pengikutnya sebagai seorang tokoh ulama donia dan dianggap sebagai Perdana Menteri 'in the making' turut bergelumang dengan kotoran yang sangat menjijikan!

Patutlah Hj Hadi boleh bersahabat baik dengan PM Najib, seorang yang dikenali sebagai Kleptokrasi Global abad ini!

Hj Hadi ketika menjadi Menteri Besar Terengganu dilaporkan telah melakukan pengkhianatan yang telah merugikan duit rakyat Trengganu kerana terpaksa membayar saman RM1 bilion.

Perkara tersebut didedahkan oleh Adun Kuala Berang YM Dato’ Tengku Putera Tengku Awang sewaktu membahas bajet Terengganu 2018 pada petang 13 Dis lalu.

Adun Kuala Berang, mendedahkan pengkianatan
Pas sewaktu memerintah Trengganu
Menurut Adun Kuala Berang, pengkianatan itu sebenarnya berlaku sewaktu Pas memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 telah merugikan duit rakyat kini kerana terpaksa membayar saman RM1 bilion.

 Katanya, saman yang dibuat oleh syarikat konsesi balak iaitu Syarikat Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu) terhadap kerajaan negeri kerana menamatkan perjanjian penebangan balak di Tasik Kenyir yang ditarik balik ketika Pas memerintah Terengganu.

 Penebangan balak berkenaan bagi tujuan membina empangan kedua mengambil hasil hutan di kawasan seluas 16,587 hektar di Mukin Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu yang mana telah dipersetujui oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum 1999 duhulu.

 ‘Kerajaan negeri kalah dalam saman itu dan telah diarahkan oleh mahkamah agar membayar sebanyak RM 1.0 bilion kepada Riyapadu dan masih cuba berunding untuk mengurangkan kadar bayaran itu’

 "Akibat daripada pengurusan yang tidak cekap (kerajaan Pas) dengan menamatkan kontrak atau perjanjian konsesi tersebut dan kita menanggungnya hari ini", katanya dalam perbahasan didalam dewan petang itu.~ SUMBER

Selain pengkhianatan yang menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar saman RM1 bilion kepada  Syarikat Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu), Hj Hadi selaku MB, sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Exco  telah meluluskan kawasan balak, hutan simpan Hulu Dungun seluas 10 ribu ekar kepada sebuah syarikat kroni, Pengerusi akhbar Harakah waktu itu.

Laporan itu juga menyebut, sewaktu Hj Hadi jadi MB, sebuah syarikat milik Ahli Dewan Undangan Negeri Pas dan isterinya seorang doktor pada masa itu mendapat kelulusan tanah seluas 130 hektar (50.8 hektar) di Durian Mentangau. ~ sumber

Selain tidak amanah sebagai wakil rakyat yang sering ponteng dari persidangan parlimen, Hj Hadi adalah tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana telah dipalit dengan pelbagai pengkhianatan dan skendal pecah amanah.
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Hadi cuma layak jadi nelayan.

Anonymous said...

Kalau dilihat kepada ciri² najib sebagai PM, nyata Hadi juga layak, ada persamaan walaupun jumlahnya antara kecil dan besar.

1B sebab sekadar jadi MB sepenggal...
Kalau diberi peluang sebagai PM, cukuplah sepenggal dua -
berpotensi touching ke 100B..

Sudah tentu Hadi ada ayat menghalalkan cara..



Anonymous said...

Pentaksub Hadi di anjurkan memberi sumbangan sebanyak yang mampu untuk menampung kerugian 1 billion.

Apa ? Itu pun mungkin lesap.. Tahu tak apa ..

Istihar je lah tak lawan UMNO..

Dekat PRU ni macam-macam kena dedah .. Itu yang UMNO nak..

Anonymous said...

Kalau kehendak Tuhan ... ia nya di luar jangkaan akal walaunta ..

Anonymous said...


1 Billion .
kawasan seluas 16,587 hektar kena bayar 1 Billion.

Kemudian Mesyuarat )Exco telah meluluskan kawasan balak, hutan simpan Hulu Dungun seluas 10 ribu ekar kepada kroni. Mana pergi Billion nya ?

Anonymous said...

Hadi layak jd ketua program tahnik ajer

Anonymous said...

1 billion adalah saman/pampasan yang dipohon oleh syarikat yang ditamatkan kontraknya. Cuma kesnya ialah tamatkan kontrak dan beri kontrak baru pada kroni tanpa tahu kesan akibat pelanggaran kontrak tu. Persoalannya perkara ini dah lama berlaku kenapa tidak dihebahkan sebelum ini? Ada perjanjian mencekik leher dan memicit telor Haji Hadi ke antara UMNO dengan dia ni? Sebab lepas sepenggal jadi MB, Haji Hadi mula dilihat mesra dengan UMNO? Adakah kerana salahlaku2 semasa jadi MB maka dia ini mula kurang menentang UMNO sebab kena ugut?

Anonymous said...

Nelayan pun tak layak sebab kuat ponteng. Cukup sekadar jadi pelepak tegar kedai kopi kampung, main dam aji sambil sekali sekala buat ulas politik ikut kavla votak dia. Sambil bergosip kisah ayam jantan jiran ni berskandal dengan ayam betina jiran tu. Kambing betina jiran tu main kayu tiga dengan kambing jantan jiran A, jiran B dan jiran C.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...