JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, December 21, 2017

Kelantan Tercorot : Mohd Amar Bagi Alasan Pelik dan Bodos


Apa kena dengan Timbalan MB Kelantan ni? Mohd Amar kata pembangunan negeri itu terkebelakang berbanding negeri lain adalah sesuatu yang disengajakan??
 "Kalau kita cepatkan pembangunan, ambil dasar yang bebas kita boleh setanding dengan negeri seperti Selangor, tapi bahayanya kita risau rakyat akan ketinggalan.

  "Di Langkawi orang minum arak macam minum air sejuk. Orang boleh beli arak secara terbuka. Akhirnya sebahagian besar anak-anak muda di Langkawi rosak daripada aspek sosial," katanya.

 “Orang kampung tak mampu turut dengan pembangunan," katanya dalam ceramah isu-isu semasa PAS Kawasan Pengkalan Chepa, di Kota Bharu, malam tadi.~ sumber
Nampaknya ciri kepelikan yang sedia ada pada manusia yang bernama Mohd Amar ini semakin bertambah lagi...

Mohd Amar memberikan responnya terhadap Laporan statistik terbaru Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang menyatakan pelaburan terkumpul ke Kelantan hanya RM4,200,000 dan berada di tempat terakhir berbanding semua negeri lain.

Kelantan ketinggalan begitu jauh di belakang berbanding dengan jumlah pelaburan terkumpul ke Sarawak ialah RM10,518,444,919; diikuti Pulau Pinang RM9,913,766,407.

Oleh sebab malu untuk mengakui secara ikhlas bahawa Pas telah gagal membawa pembangunan dan kemakmuran untuk rakyat Kelantan, maka Mohd Amar memberi alasan yang pelik dan melucukan.

Mana slogan Pas "Membangun Bersama Islam"?

Bukankah Pas selalu melaung-laungkan Kelantan sebagai "Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafur " - Negeri yang baik dengan Rabb Yang Maha Pengampun.

Apakah pemimpin Pas Kelantan sengaja mengaut hasil mahsul Kelantan seperti balak dan perlombongan untuk diri dan kroni mereka sahaja supaya mereka hidup dengan serba kemewahan?

Dan adakah dengan sengaja pula, pemimpin Pas Kelantan tidak mahu mengutamakan kebajikan untuk rakyat agar semua lapisan rakyat dapat mengecapi nikmat pembangunan, kemajuan dan menikmati hasil mahsul Negara?

Minum arak macam minum air sejuk?

Mohd Amar mengambil contoh kemajuan di Langkawi, Kedah yang dibangunkan dengan pesat sebagai pusat pelancongan yang menyebabkan masyarakat setempat di Langkawi hari ini duduk entah di mana.
  "Di Langkawi orang minum arak macam minum air sejuk. Orang boleh beli arak secara terbuka. Akhirnya sebahagian besar anak-anak muda di Langkawi rosak daripada aspek sosial," katanya. ~ sumber
Adakah Mohd Amar tidak ketahuan tentang keadaan rakyat Kelantan sendiri bila dia sebut "masyarakat setempat di Langkawi hari ini duduk entah di mana..."

Mustahil Mohd Amar tidak menyedari betapa ramai rakyat  Kelantan terpaksa merantau keluar negeri mencari sumber rezeki. Ramai yang terpaksa jadi buruh kasar di Singapura dan duduk entah di mana... semua ini sebab Kelantan mundur dan tidak dapat memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan.

Janganlah memberi alasan pelik dan bodos untuk menutup keadaan sebenar bahawa pemimpin Pas Kelantan yang ada hari ini memang tidak mampu dan tidak ada perancangan yang komprehensif untuk membawa pembangunan kepada Kelantan.

Nampak kalut sunggoh bila Mohd Amar memberikan contoh kemajuan Langkawi yang pesat menyebabkan orang minum arak macam minum air sejuk di sana. Kenapa Mohd Amar tergamak memfitnah dan menghina orang Langkawi?

Adakah di negeri-negeri lain yang maju seperti Sarawak dan Pulau Pinang, rakyatnya ketagih minum arak macam minum air sejuk sebagaimana dakwaan Mohd Amar?

Kalau rakyat Kelantan mahu terus mundur dan terus ketinggalan dari arus pembangunan perdana, teruskanlah mengundi Pas... Manalah tahu jika dengan kehendak tuhan nanti, tempayan budu akan bertukar isinya menjadi longgokan emas...Hahaha!
Comments
11 Comments

11 comments :

Anonymous said...

Kalau Hadi pm takkan nik amar tak dapat jadi m..

Kena tunjuk pandai dari sekarang..

Anonymous said...

Academic rendah pemikiran pun rendah

Anonymous said...

Yang nyata ialah dia memang bukan sengaja jadi bodos.

Dan tak ke pelik dia pulak yang di angkat jadi Timbalan oleh PAS ?

Macamana lah setelah bertahun perintah Kelantan tapi masih pandang rendah keimanan dan Islam yang ada pada orang Kelantan.

Apa PAS ingat asal pembangunan dan ekonmi mesti ada kaitan dengan arak ?

Adakah arak menjadi sumber pendapatan atau hasil bumi dan kilang pembuatan yang jadi sumber pendapatan?

Mungkin ada lah yang minum arak .. mustahil tak ada. Begitu juga anak muda Kelantan mustahil tak ada yang minum arak..

Paling cehkai anak muda Langkawi dia buat bisness sewa kereta ..

Dan yang paling sedih , ada orang Kelantan bukak kedai makan Tom Yam kat Langkawi ..


Anonymous said...

Polis Kelantan menahan 4 sekeluarga dan merampas dadah jenis heroin seberat 436 gram bernilai RM 218,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Banggol, Kulim, Rantau Panjang pada Isnin lalu. - Kosmo 21 Disember 2017.

Banyak lagi kes berkaitan dadah dan rogol di Kelantan..

Semoga Allah selamatkan Kelantan ..

Anonymous said...

Jika UMNO boleh berbangga dengan Hasan Malek dan Ahmad Maslan yang kini mereka tidak begitu aktif, maka PAS mengambil peluang mengisi slot yang kosong itu dengan Nik Amar, Idris Ahmad serta beberapa orang lagi. Dalam hal ini semua komponen parti PH dan juga Warisan, jauh ketinggalan di belakang dan tiada seorang pun yang dapat menandingi mahupun menyaingi ketokohan dan wibawa seumpama mereka itu.

air gunung said...

Bkn ke Pas pernah pegang kedah 1 penggal.langkawai tu kat perlis ke kedah.tak baik dato'mohd amar belasah almarhum us azizan ketika dia dah tak boleh menjawab.aku rasa kalo dia buat statement ni masa almarhum adamesti ke backhand punya..alahai..lucu sgt la tmb klantan ni.

Anonymous said...

Nasib rancangan jahat Hadi nak rampas Selangor dengan mengkhianati PR gagal..

Untung Kedah, kalau tak sengaja lah menempah susah di bawah PAS.

Buat perhimpunan PAS memang champion...

Anonymous said...

Mohd amar memang ditakdir
kan bodoh.dia hanya pandai
hidup mewah dengan beberapa kereta mahal dan rumah mahal.satu lagi tahu menipu rakyat

Anonymous said...

jgn lupa razman, diantara top jg

noname said...

mmg bodos berdo'oh lalu dh nie tmb k'tan nie n bkn sengaje di-buat'2. die pn skg dh kaye rayemaje nk ingatkan rakyat k'tan lg. khabarnye dpt taik dr jibby .. lumayan boh jd pengacau taik jibby nie..

Anonymous said...

Apo bro? Pengacau taik jibby. Anugerah terbaik utk tmb nik amar bodos sombong. Kalu pak nik lah ada sah nik amar kena rotan 80x. Org pas walak buta tak malu ke ada naib presiden nik amar. Apo sumbangan nik amar kpd kelantan? Dia tmb kelantan paling bangang dlm sejarah. Huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...