JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Saturday, December 23, 2017

KETIADAAN HADI DI HIMPUNAN SOLIDARITI JADI PERSOALAN?


Berita yang paling menarik hari ini di himpunan solidariti untuk Palestin bukan kerana Najib Razak bersedia untuk dikerat seketul-ketul demi mempertahankan masjid al Aqasa tetapi ianya ketidakhadiran pemimpin agung Pas Hadi Awang ke majlis itu.

Tidak cukup seriau dengan kegagalan Hadi hadir itu, ia juga tidak diganti dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, atau pun Idris Ahmad atau Mohd Nik Abdullah dan seorang lagi naib presiden Pas.

 Parti agama itu diwakili oleh budaknya sahaja untuk berucap sepentas dengan Najib. Tidak sampai lima minit budak itu berucap. Dengan mengirimkan budak itu tindakan Pas itu secara tidak langsung memperlekehkan Najib. Kalau pun Hadi uzur atau pun ada urusan penting, sepatutnya beliau mengirimkan Tuan Ibrahim atau pun Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan mewakilinya.

 Persoalan kini kenapa pemimpin tidak hadir dan sedia untuk duduk sepentas dengan Najib? Mungkin mereka takut dan sudah dapat berasakan kesan kehadiran itu. Kehadiran Hadi dalam himpunan solidariti Rohingya dengan Najib siap pakai sedondon, mungkin memberi pengajaran besar kepada Pas. Bahawa ahli dan penyokong di peringkat bawahan tidak senang dengan penampilan itu. Penampilan itu dilihat “persenyawaan” Pas dengan Umno tanpa memasuki kamar tidur.

 Benar, selepas peristiwa itu dan beberapa peristiwa lain setelah Hadi menunujukkan rindunya (baca gian) kepada Umno orang bawahan Pas yang menganggap Umno musuh sejak dari rahim lagi, mengkritik Pas, mereka tidak senang dengan ulah pemimpin Pas itu. Kesan daripada tidak senang itu mereka (ahli Pas) yang ragu dan cemuh dengan Umno bertindak menghentikan langkah dan ada yang menyertai Parti Amanah Negara kerana serabut dengan Pas hendak berbaik dengan Umno.

 Bahawa dakwaan pemimpin Pas parti itu menerima keahlian ribuan dalam sebulan hanya bual di tepi longkang masjid sahaja. Kalau Pas dan Hadi tidak gentar dengan sikap ditunjukkan orang Pas itu, pasti solidariti hari ini digemerlipkan dengan salaman dan dakapan pemimpin Pas dengan Umno. Tidak nampak pula saya dari skrin tv yang ada pemimpin Pas?

 Apakah “kekanyalan” Pas itu ada kena mengena dengan kajian dibuat buat oleh Invoke mendapati sokongan Melayu kepada Pas kini tidak sampai 16%? Mungkin ia, kerana kalau Pas benar benar mendapat sokogan Melayu atas semangat agama dan bangsa sudah pasti hari ini himpunan solidariti yang merupakan ta’awun Pas dengan Umno itu dihadiri lebih daripada 7,000 orang. Setidak-tidaknya sampai 

Ertinya kini Pas mungkin sedang mempertimbangkan beberapa keputusan yang sudah dibuat selama ini. Dan ini menunjukkan jelas bahawa berlaku pertembungan dan pertelingkahan pendapat dalam Pas. Dapat disimpulkan ada dua puak dalam Pas kini, satu yang mahu meneruskan ijal kabul dengan Umno manakala yang satu lagi mahu dilakukan perkahwinan gantung sahaja.Trims.

MSO
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Budak bukan sebarang budak. Budak tu anak ulama bertaraf dunia. Dia mewarisi iman dan ilmu bapak dia. Terserlah aura dan bijaksana budak tu walaupun hanya 5 min berucap. Padu! Confirm ahli syurga. Tersipu2 kemaluan najib duduk sepentas dgn budak tu.

Anonymous said...


Se bagai Naib Presiden Ulamak Se dunia, Hadi lah yang sepatutnya berucap dan memimpin bantahan. Bukan Najib. Tetapi Hadi jangan kan memimpin bantahan, datang pun tidak.

Hadi seperti mana dulu hanya berani keluarkan amanat tetapi tidak berani berhadapan dengan situasi yang sebenarnya.

Khutbah apa yang Hadi nak sampaikan kerana Hadi sendiri tidak yakin dengan apa yang dia sendiri sampaikan. Israel dan US adalah musuh yang nyata..

Hadi juga mungkin mengambil kesempatan untuk menaikan nama anak nya sebagai penganti nya. Dan oleh kerana Najib pun terdesak, Najib kena terima dan beri anak Hadi berucap. Kalau Hadi suruh Din Ayam pun Najib senyap dan biarkan.

Atau mungkin Najib hendak menjaga hati Trump jadi bantahan sekadar satu perhimpunan wayang dan tak pasal-pasal Hadi pun sama dah jadi Pro US.

Isu Palestine ini dan tindakan Trump telah di tolak oleh PBB. Dan mungkin Hadi tidak ada peluang lagi untuk menunjukkan solidariti yang tidak berbelah bagi pada perjuangan Palestine. Nama Malaysia akan naik di mata negara Islam yang lain setanding dengan Turki jika Hadi berani sedikit kehadapan.

Hadi mengikut kata pemimpin PAS tidak mustahil jadi PM dan Hadi, yang ramai begitu taksub pada nya tidak perlu lagi terlibat dalam perjuangan seperti isu Baitulmaqdis kerana kunci Syurga ada pada nya.

Shafiek Abdat said...

Ayahda beliau geram dengan MO1 oleh sebab bekalan dedak telah ter putus buat seketika.........!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...