AMANAH PERAK

AMANAH PERAK
AYUH MENDERMA

Tuesday, December 12, 2017

Mohd Amar, mu tunggu.... Jeming datang!

Jeming sedia 'rempuh' Mohd Amar di DUN Panchor

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Hazmi Hassan, sedia menyahut cabaran untuk mendepani Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti. 

 Menurutnya, jika itu arahan dan hasrat kepimpinan parti, dia menerima tanggungjawab tersebut dengan hati terbuka. 

 "Jika AMANAH Kelantan dan kawasan bersetuju dengan cadangan ini, saya akan menumpukan perhatian di Dewan Undangan Negeri Panchor bagi memenangkan AMANAH Kelantan. 

 "Saya akan berkerja untuk menang dan saya yakin peluang tetap ada," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

 Terdahulu, Hazmi atau lebih dikenali sebagai Jeming dicadangkan Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa, sebagai calon di Panchor tersebut.

 Sebagai rekod, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan mempertahankan kerusi tersebut sejak 2004.

 Pada pilihan raya umum lalu, beliau menewaskan calon BN, Che Rosli Hassan dengan majoriti 5,036.

 Panchor terletak di bawah kawasan parlimen Pengkalan Chepa yang memang menjadi kubu kuat PAS.

 Husam yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan berkata, Hazmi mempunyai kekuatan tersendiri dan boleh menggunakan pengaruh ayahnya yang aktif dalam PAS sebelum ini.

 "Ayah Jeming ialah bekas setiausaha PAS Pengkalan Chepa, bekas pegawai khas kepada tok guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) cuma beliau belum isytihar masuk AMANAH.

 "Tetapi kalau Jeming jadi calon HARAPAN di Panchor, saya yakin ayahnya boleh menggunakan pengaruh beliau di Panchor," katanya. 

 Sementara itu, Hazmi berkata, dia yakin - seperti Husam - bahawa Mohd Amar boleh dikalahkan dengan kerjasama semua pihak dan dengan izin Allah.

 "Cadangan Datuk Husam ini satu penghargaan kepada anak muda, itulah bukti bahawa AMANAH sebuah parti yang meraikan perjuangan orang muda.

 "Saya juga menanti respon Mohd Amar, adakah beliau akan meramalkan keputusan PRU14 di Panchor dengan mengatakan saya akan kalah dan hilang deposit seperti pernah diucapnya sebelum ini," jelasnya yang juga bekas aktivis PAS Kelantan. ~ sumber
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Kah Kah Kah....... Cakap besar! Elok bawa bertaubat dan u-turn mcm blog addin yg jadi blog jual sex toys..... ada juga income. Nak harap dedak DAP dah kurang sbb blog PH makin kurang berkesan fitnah mereka... Kah Kah Kah. Tak gitu admin!

BANkami Blog said...

tanding parlimen la jeming

Anonymous said...

InsyaAllah Jeming blh menang.. Tp kene berkerja keras sbb ramai org xbrp mengenali jeming nih.. Berani kerana benar..InsyaAllah Amanah akan menang dikelantan.. Setakat ni respon org kelantan amat baik pd amanah terutama pengaruh Husam.

Anonymous said...



Boleh jadi regu Husam untuk mentadbir Kelantan dengan lebih berkesan.

Nak bantai Jeming kena ingat siapa ayah dia ...

Di buat si ayah bawak geng masuk AMANAH selepas penamaan calun .. mampos lah Mohd Amar...

Tak kan si Ayah nak anak sendiri pulak yang kalah apa lagi Mohd Amar tak ada apa-apa keistimewaan...

Berundur lah dari malu kerana kalah pada anak muda ..

Anonymous said...

Jangan pandang rendah pd strategi. Lihat bagaimana Sham Ketot dr PKR kalahkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ali Rustam di Bukit Katil pd PRU13. Siapa sangka ketua menteri blh kalah.

Anonymous said...

Kalau nik amar la bhg pentadbiran hampeh...bhg bava doa ok la....tmb plg ciksi kat malaysia.....

Anonymous said...

Nak menang.. Kena sentiasa dgn pengundi dari sekarang. Jangan dewan dh bubar baru terhegeh nak mintak undi. Kerja dari sekarang sehingga hari membuang undi!

Jangan serang peribadi secara keterlaluan... Nanti elok2 orang nak undi jd batal sb ingat kita 2x5 dgn orang yang kita kutuk tu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...