AMANAH PERAK

AMANAH PERAK
AYUH MENDERMA

Saturday, December 16, 2017

Razman mudah diperbodohkan oleh Umno...


Pesuruhjayanya Haji Razman Zakaria berkata, PAS Perak akan tentang habis-habisan cita-cita Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana ia melibatkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.~  sumber

 Bakpo PJ Perak ni bercakap mendedahkan kebodohan diri sendiri? Bekali-kali orang dah cakap Lim Kit Siang tidak boleh jadi PM Malaysia.

Macam mana yang pernah berlaku di Perak dulu. DAP tidak boleh jadi Menteri Besar walaupun DAP miliki kerusi yang banyak dalam DUN. Mengikut Perlembagaan Perak nak jadi Menteri Besar mesti orang Melayu dan beragama Islam.

 Maka begitulah pula diperingkat Persekutuan, nak jadi PM selain daripada merupakan pemimpin yang mendapat kepercayaan majoriti daripada ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat ia juga mestilah orang Melayu dan beragama Islam.

DAP hanya mempunyai 37 kerusi Parlimen di seluruh negara dan jumlah itu dilihat tidak cukup membolehkan parti itu membentuk kerajaan yang memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi.

 Dalam pilihan raya akan datang pun, DAP akan tanding kerusi lebih kurang macam itu juga. Sampai kiamat pun tidak mungkin DAP boleh jadi Perdana Menteri.

Tapi Man anak Pak Ya mudah sangat boleh diperbodohkan dan percaya dengan momokan dan fitnah Umno bahawa Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri!


Kalau benar Razman mahu halang LKS dari menjadi PM Malaysia, Razman patut kalahkan LKS dari menang PRU14 di Parlimen Gelang Patah. Untuk Razman bertanding lawan LKS memang tak layak... Eloklah Razman minta Presidennya, Hj Hadi bertanding lawan LKS di Parlimen Gelang Patah. Ada berani?

Dan Kita mengalu-alukan Pas Perak meletakan calonnya di kesemua 18 kerusi yang DAP menangi di DUN Perak dalam PRU13 lepas.

Mengimbas kembali keputusan PRU12 dan PRU13 untuk renungan bersama. Dalam PRU12, PAS Perak bertanding 20 kerusi tetapi hanya memenangi 6 kerusi.

Manakala dalam PRU13 pula PAS bertanding 22 kerusi tetapi hanya mampu memenangi 5 kerusi. Tetapi, dalam PRU14, PAS berniat bertanding 59 kerusi tanpa bantuan DAP dan PKR, pastinya PAS akan melingkup!  
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Razman antara pemimpin pas yg sangat terbodoh... selain beberapa org yg lain yg kesipuan hamba nk mnyebut namanya.

Anonymous said...

Kebodohan seseorang itu digambarkan 4 perkara:-
1. Percakapan
2. Pemikiran
3. Perbuatan
4. Penampilan

Kadang-kadang penampilan yang baik tidak memastikan mereka cerdik.

Saadun Sulaiman said...

Mengapa orang yang "SEBODOH" ini boleh memegang jawatan tertinggi di dalam PAS? Dek kerana itu kebanyakan para pimpin PAS sering mengeluar kan kata kata yang berbelit belit. Ternyata bahawa dia memang bodoh kerana tak mahu membaca apa tah lagi melihat kaedaan sekeliling. Hoi Bahalol, kau tak dengar ke ucapan Najib-tuyya semasa berbicara di perhimpunan agong MCA. Bukan kah dengan lantang dia menyatakan bahawa Lim Kit Siang tidak akan di lantik sebagai P.M. Ini kau pula yang pandai pandai menyatakan sebalik nya. Sedar lah bahawa RUU 355 itu di usaha kan oleh UMNO/BN ada lah dengan tujuan untuk memporak peranda kan Pakatan Takyat. Di sebab kan "KEBODOHAN" para pemimpin kamu lah maka PR berpecah dan UMNO/BN ketawa riang kerana "KEBODOHAN" itu.

nordin Abu Bakar said...

Klu dah bersekokngkol dgn umno , secara otomatikla bodo...klu tak bodo bukan lah umno namanya...

Anonymous said...

Aku tak mau kt bodoh. Biar dia fikir sendiri. Tp pemfitnah dah terbukti. Mahkamah yg kt

Anonymous said...

Tiba masanya lenyap najib rosmah umno

Anonymous said...

Johor lah negeri yang akan lenyapnya sejarah umno

Lelaki Dicermin said...

dengarnya di pilih jadi pesuruhjaya negeri sbb razman ni rapat dgn keluarga tuang presiden.. razman ni di kira melompat dr beberapa senior pimpinan pas negeri.. sebenar setiap kali razman bg ulasan.. menyebab parti pak lebai hilang sokongan... sepAtut setiap pimpinan parti bg ulasan.. akan menarik pengaruh...aura razman sebaliknya...

Anonymous said...

Kompom umno ambik kelantan. Banyak sangat kelemahan pas sejak tgna dah tak ada. Tgna dgn yang sekarang ni macam langit dengan bumi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...