JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, December 22, 2017

Skendal Tanah Felda : Najib digesa bercuti beri ruang siasatan


Skendal Tanah Felda : Najib Razak wajar bercuti 

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak wajar mengambil cuti bagi memberi ruang penyiasatan menyeluruh ke atas kehilangan hak ke atas tanah di Jalan Semarak milik Felda sebagaimana didedahkan media arus perdana semalam. 

 Timbalan Pengarah Hal Ehwal Felda Lajnah Tanah Pas Naraza Muda (gambar) berkata, selepas pendedahan oleh akhbar Berita Harian (BH) itu disahkan oleh Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang mengakui agensi itu ‘kehilangan’ tiga bidang tanahnya bernilai lebih RM250juta di Jalan Semarak. 

 “Beliau sendiri tidak faham bagaimana tanah milik Felda boleh berpindah milik kepada syarikat lain menurut laporan Berita Harian.

Merujuk rentetan laporan dan pendedahan media masa ini, kami warga Felda berpendapat sewajarnya penyiasatan menyeluruh kepada mereka yang terlibat dengan kadar segera kerana melibatkan aset Felda. “Skandal berangkai ini yang melibatkan beberapa syarikat seperti dirancang dengan rapi.

 “Bermula dari cadangan Pembangunan Menara setinggi 70 tingkat di atas tapak Wisma Felda Jalan Gurney Kuala Lumpur yang diserahkan kepada sebuah Syarikat Syenergy Promenade Sdn. Bhd. Sebelum ini Koperasi Permodalan Felda dicadang mengambil alih dan menyelesaikan masalah kewangan Encorp.

 “Kami rakyat Malaysia dan warga Felda akan menyajung tinggi jika Perdana Menteri sendiri mengambil cuti bagi memberi ruang seluasnya.

 “Ketokohan Datuk Seri Najib akan lebih dihormati jika percutian beliau nanti dapat membersihkan nama kerajaan dari terpalik skandal ini. Kami yakin dengan kefahaman seseorang itu tidak bersalah selagi beliau tidak dibuktikan kesalahannya,” ujarnya dalam kenyataan.

 Menurut Noraza lagi, cadangan ini dilihat satu lagi penyalahgunaan dana koperasi terbesar orang Melayu untuk menyelamatkan syarikat yang dimiliki oleh seorang bekas Menteri.

 “Sejauh mana penglibatan Felda dan Encop hanya pihak Felda dan kerajaan sahaja yang tahu.

 “Pendedahan terbaharu ini juga dilihat satu agenda terancang mengenakan seseorang dan menyelamatkan seseorang.

 “Lebih menarik pemilik Syarikat Syenergy Promenade adalah pemilik sama Syarikat yang disebut mengambil alih tanah Felda iaitu Kuala Lumpur Vertical City (KLVC)

 “Sudah sampai masanya Skandal FELDA dan Tan Sri Isa Samad (bekas pengerusi Felda) ditamatkan. Kenapa perlu kerajaan menunggu kehilangan demi kehilangan aset dan wang Felda terdedah tanpa penyiasatan dari pihak berwajib sendiri. Mustahil Isa Samad keseorangan tanpa penglibatan orang yang lebih besar dalam berpuluh-puluh skandal yang melanda Felda sejak 2011,” ujarnya.~ sumber
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

pas tok sah cakap byk. presideng kau yg dok tongkat najib kau masih sokong?

Anonymous said...



Kehilangan tabah ini dapat di elakkan atau di ketahui lebih awal jika PAS terus bersama Pakatan Rakyat.

Pakai lah akal sikit, isu 1MDB berhutang bukan kecik anak...

. Sebelum sebelum ini pun banyak kepincangan berlaku dalam Felda..

Yang sepatutnya mendesak Najib bercuti ialah Hadi. Baru lah betul. Kalau tak sekadar melepaskan batuk di tepi tangga

jamil said...

Cuba tengok di laman web SSM, siapa pemilik Synergy Promenade.

Anonymous said...

Jika usaha pembongkaran diteruskan, tentu ada banyak lagi skandal pengkhianatan oleh pemimpin UMNO, parti yang amat dicintai oleh PAS.

Anonymous said...

knp perwakilan PAU tak bincang isu penyelewangan felda? sebab perwakilan umno semua terdiri drp lembu kaki angguk tak tahu guna otak. klu negara nak tergadai sekalipun dia akan tetap angguk2 apa kata presiden penyamun dia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...