JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Sunday, December 17, 2017

SOLIDARITI UNTUK CIKGU AZIZAN


Kerana ketegasan seorang guru mengajar dan mendidik anak muridnya, beliau kini bakal dihadapkan ke Mahkamah pada 19 Disember 2017 Selasa ini.

Beliau berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang menyalahi undang-undang secara sukarela, dan menghadapi satu tahun penjara atau denda RM2,000 jika didapati bersalah.

Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Azizan merupakan guru yang tegas dalam disiplin murid-murid, kes yang berat dan berulang seperti menghidu gam, membuli, bergaduh dan banyak lagi.

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan:
  • Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta.Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
  • Buli.
  • Memukul murid lain.
  • Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.

  • Tarikh: 19 Disember 2017 (Selasa) Masa: 8.30 pagi
    Tempat: Mahkamah Majistret Seremban 2A, Negeri Sembilan.

     Kes ini juga mendapat sokongan daripada YDP Sekolah berkenaan, dengan turut merasa bimbang dengan sikap ibu bapa yang mengambil langkah membesarkan kes hingga ke mahkamah sedangkan kesalahan datang dari anak sendiri.

    Berdasarkan kenyataan NUTP, pihaknya akan menyediakan peguam bagi membela beliau. Pihak NUTP memohon semua guru memberi sokongan moral dengan hadir ke mahkamah pada hari dan ketetapan berikut:

     Kes Cikgu Azizan bukanlah kes pertama dalam dunia pendidikan dimana guru disaman oleh penjaga. Sebelum ini juga terdapat beberapa kes ibu bapa menyaman guru atas pelbagai sebab. Ada juga yang dimemihak kepada guru dan ada juga yang tidak memihak kepada guru.

     Kami warga guru mendoakan agar Cikgu Azizan tabah menghadapi ujian ini, dan semoga kemenangan memihak kepada beliau.

    Inilah cabaran guru masa kini, apa lagi yang guru mampu buat? Hukuman apa yang guru boleh kenakan ke atas murid? Adakah kita hanya mampu sekadar mencatat kesalahan murid di dalam SSDM sahaja..

     Buat ibu bapa, usahlah selalu menangkan anak, seperti mana anda mahukan anak menjadi insan yang baik, begitu jugalah cikgu yang mahu melihat anak muridnya menjadi murid yang baik dari segi akhlaknya.

     Kepada guru-guru diharap memberi sokongan kepada beliau walau di mana sekalipun, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, anda boleh nyatakan sokongan anda dengan mengundi  di sini  dan share di media sosial atau group Whatsapp masing-masing.~sumber
    Comments
    14 Comments

    14 comments :

    Anonymous said...

    Ini semua salah lim kit siang !

    Ramli Ibrahim said...

    Termasuk anuar ibrahim sekali...

    hisham nor hisham said...

    Kalau ada cuba post muka parent dan anak yang saman cikgu tu....bagi dia glamor satu malaysia

    UP The Moderates said...

    Agaknya....ibubapa budak tu, walaun ataupun pentaksub Pas/Umno.

    Hahaha....

    Anonymous said...

    Aik

    Mohamad said...

    Apa pulak nak salahkan lim kit siang,Anwar, umno dan pas ni. Mak bpk dia lh yg salah. Tu pu x tau bodo punyAnon 7:29, ramli ibrahim n up da moderate.

    Anonymous said...

    Guna kan rekod buruk dia (pelajar) untuk bela diri.

    Baru padan muka emak ayah dia.

    Jika terbukti dia pernah pukul pelajar, selepas selesai Guru Besar boleh buat lapuran Polis.

    Harap Peguam pelajar memberi nasihat kepada ibu bapa..

    Kita kena akui tugas guru adalah beban dengan cabaran dunia sekarang.


    Jika anak nya baik.. tentu emak ayah nya baik. Tak perlu saman sampai ke mahkamah.

    Kita Mak Ayah pun ada tersilap pada anak-anak..

    Anonymous said...

    Tu sindiran la bongokkkk lol

    Taufiq Aiman said...

    Mohamad ni mesti first time guna social media. Bongok dia boleh tahan :)

    noor hanan mohd nuruddin said...

    Masuk court......rasanya buang kes mcm tu je oleh hakim..buang masa hakim je...lain la kalau pukul ssmpai cacat budak tu.anak yg baik datang dari ibubapa yg baik juga..mcm mana anak..mcm tula juga...makbapak.

    noor hanan mohd nuruddin said...

    Masuk court......rasanya buang kes mcm tu je oleh hakim..buang masa hakim je...lain la kalau pukul ssmpai cacat budak tu.anak yg baik datang dari ibubapa yg baik juga..mcm mana anak..mcm tula juga...makbapak.

    noname said...

    nape pembaris sgt kamu nie?

    UP The Moderates said...

    En Mohamad, tak boleh berseloka...bergurau gi duduk dlm gua/hutanlah! Hehehe..

    En Mohamad,
    Hidup kita atas bumi milik Allah SWT jgnlah ketat2 sangat..
    Longgar2kan minda tu...jgn asyik muka ketat, tabur fitnah sana sini ye..

    Have a nice day to en Mohamad.

    UP The Moderates said...

    Terlalu jadi pembaris sangatlah...
    Telan bulat2...apa pemimpin mereka ckp. Tak bangkang langsung!

    Jadilah...pengikut setia, u jump i pun jump ke laut...hehehe..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...