JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, December 15, 2017

SPRM DIGESA TERUSKAN SIASATAN SKANDAL PENAJAAN TRW OLEH MARA

Berikut adalah kenyatan media Pemuda Amanah Nasional : 

 1. Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bahawa pihak Pendakwaraya memutuskan Tan Sri Annuar Musa tidak akan didakwa berhubung skandal penajaaan wang Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pasukan bolasepak The Red Warriors (TRW) oleh anak syarikat milik MARA iaitu UniKL (RM500,000) dan Pelaburan Mara Berhad (RM200,000) kerana tidak cukup bukti amat memeranjatkan dan menimbulkan persepsi negatif di kalangan masyarakat. SPRM seolah-olah dilihat telah bertindak sebagai hakim dengan membebaskan beliau tanpa sebarang pendakwaan. 

 2. Ini adalah kerana Tan Sri Annuar Musa ketika kejadian adalah Pengerusi MARA dan pada yang sama adalah Penasihat pasukan TRW dan dengan itu boleh dianggap mempunyai percanggahan kepentingan dalam kedua-dua entiti. Kemungkinan wujudnya elemen jenayah seperti penyelewengan, pecah amanah, penipuan atau rasuah dalam skandal penajaan wang MARA ini memerlukan siasatan lanjut secara menyeluruh dan bebas oleh pihak SPRM. 

 3. Pihak SPRM atau Peguam Negara tidak boleh dengan mudah menutup siasatan skandal ini. Jika benar tidak cukup bukti untuk mendakwa, seharusnya Peguam Negara mengarahkan pihak SPRM untuk membuat siasatan lanjut. Pihak SPRM perlulah bertindak dengan lebih efisyen dan dedikasi agar duit rakyat tidak sewenang-wenangnya disalahgunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu dengan membelakangkan kepentingan rakyat terbanyak. 

 4. Justeru, Pemuda AMANAH mendesak supaya SPRM meneruskan siasatan berhubung skandal ini kerana tujuan pembayaran tersebut telah menyimpang daripada tujuan asal MARA yang seharusnya digunakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan orang Melayu terutamanya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. 

FAIZ FADZIL
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional
13 DISEMBER 2017
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Kita sudah duga kes ini akan berlaku sepertimana yang terjadi disabah SPRM ialah pecacai UMNO BN kalau didakwa pun AG akan suruh siasat lagi akhir sekali kes dibatalkan itulah negara ku dibawah pimpinan Najib dan kroni semua penguatkuasa dibawah ketiak najib dan rosmah.

Anonymous said...

Allah balas hari ini esok lusa dunia akhirat buat annuar musang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...