AMANAH PERAK

AMANAH PERAK
AYUH MENDERMA

Monday, December 18, 2017

TAKSUB KEPADA PEMIMPIN BOLEH MENJADI PUNCA PENYELEWENGAN

 TAKSUB KEPADA PEMIMPIN BOLEH MENJADI PUNCA 
PENYELEWENGAN

 Agak menarik membaca kenyataan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad bahawa presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana menteri jika ia menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bagaimana Hj Hadi boleh jadi Perdana Menteri sedangkan Pas mahu menang 40 kerusi parlimen sahaja daripada 222 kerusi?

 Jawapannya adalah sebagaimana yang Mohd Amar nyatakan sebelum ini bahawa “Keajaiban politik” boleh berlaku pada pilihan raya akan datang, walaupun parti itu disebut-sebuh akan menghadapi kekalahan teruk kerana enggan turut sama dalam Pakatan Harapan.

 Menurut Amar, “sekiranya dikehendaki Allah”, pimpinan PAS mampu diangkat sebagai perdana menteri dengan kaedah yang tidak dijangka oleh fikiran manusia.

Inilah pemikiran mudah yang cuba didokrinasikan kepada penyokong-penyokong Pas dengan ungkapan mudah "sekiranya dikehendaki Allah"

Hakikatnya, Allah melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. Dia tidaklah mewujudkan sesuatu kecuali sebelumnya telah menghendaki-Nya.

Allah swt. menghendaki manusia itu sebagai makhluk yang dapat mempergunakan akal dan pikirannya, dapat maju dan berkembang dari zaman ke zaman.

Oleh karena itu seharusnyalah kita bersunggoh-sunggoh dalam merencanakan setiap gerakerja dan bukan sekadar berserah sahaja dengan ungkapan mudah "sekiranya dikehendaki Allah"

Saya tidak nampak bagaimana Hj Hadi boleh jadi Perdana Menteri Malaysia melalui 'keajaiban politik' sebagaimana yang disebut Mohd Amar.

Apakah kerana mereka menganggap Hj Hadi adalah seorang manusia yang sangat mulia di sisi Allah atau bertaraf wali Allah? Walhal Hj Hadi bersubahat membantu dan bekerjasama dengan Najib, seorang yang dikenali sebagai kleptokrasi dunia yang paling besar!

Saya tak mahu nak tuduh bahawa pemikiran Pas sekarang ini saling tak tumpah macam kisah al-Arqam dulu. Pengikut Asaari dulu menganggap Assari sebagai manusia yang sangat mulia dan bertaraf wali Allah.

Elok juga kita berkongsi cerita bagaimana Pemimpin Arqam, Arwah  Asaari Mohamad dulu juga pernah ghairah mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Asaari begitu yakin Daulah Islamiah akan berlaku melalui pergerakan al-Arqam dan dia sendiri akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Asaari bila ditanya bagaimana dia boleh jadi Perdana Menteri, dia pun jawab "Daulah akan berlaku secara khawariqul 'adah" yakni kemampuan yang terjadi diluar akal manusia.

Jawapan Asaari tersebut kini turut di guna pakai oleh Mohd Amar bila beliau menyatakan "pimpinan PAS mampu diangkat sebagai perdana menteri dengan kaedah yang tidak dijangka oleh fikiran manusia."

Ashaari berjaya menyakinkan para pengikutnya bahawa daulah dah dekat apabila mendapat kerjasama daripada beberapa orang politik dalam UMNO sedang berusaha untuk jatuhkan Dr. Mahathir dan akan menaikkannya sebagai Perdana Menteri.

Asaari yakinkan pengikutnya tentang Jadual Allah, kebangkitan Islam dari Timur dan kejatuhan Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim serta kebangkitan rakyat dala masa yang terdekat.

 Para pengikutnya menganggap Asaari sangat mulia dan didakwa bertaraf wali Allah. Malah Asaari telah membuat pengakuan bahawa beliaulah Pemuda Bani Tamin.

Semua ahli al-Arqam mempercayai kata-kata Ustaz Asaari tanpa sebarang keraguan kerana Ustaz Asaari mendakwa dia masih mendapat mesej-mesej daripada 'Rasulullah'.Mereka yakin Abuya adalah pemimpin yang dijanjikan. Apa yang berlaku di seluruh dunia adalah Jadual Allah..."

Demikian pendedahan Zabidi Mohamed yang merupakan bekas Penasihat Undang-Undang al-Arqam, melalui tulisan dalam bukunya bertajuk 'Tersungkur Di Pintu Syurga', mengisahkan tentang

Apa yang telah berlaku kepada al-Arqam patut diambil dan dijadikan iktibar. Janganlah terlalu taksub kepada pemimpin kamu seperti mana  pengikut al-Arqam telah melakukannya sehingga mereka buta mata, huta hati dan menafikan keilmuan orang lain.

Tagline Zabidi yang penting untuk kita semua jadikan ingatan dan panduan ialah :
"Taksub kepada pemimpin menjadi punca penyelewengan Asaari hingga ia tidak disedari oleh para pengikut."
Comments
8 Comments

8 comments :

UP The Moderates said...

Poorah lah..Nik Amar/Idris Ahmad!

Agak2lah...hendak menggunakan nama Allah SWT demi kepentingan diri dan politik sempit kamu tu!!

Soalan: adakah benar, Allah SWT nak memberikan keajaiban kepada golongan pencuri balak dan menzalimi mangsa banjir dan terpalit dengan salahguna kuasa dan dedak???

Sedangkan, mengenai RUU355 pun...Najib/Umno terpaksa ikut telunjuk MIC dan MCA! Inikan pula, masuk bertanding PRU pun saja2 suka ada hati nak berangan jadi PM!!

Jadi PM (Ponteng Mesyuarat) bolehlah!!!

Anonymous said...

Sekurang-kurangnya Asaari berjaya menjadi kan Al Arqam sebagai sebuah pertubuhan yang berjaya dalam bisnes.

Sebab itu Asaari tak perlukan dedak. Dari proses sos hanya di rumah, Al Arqam berjaya mempunyai kilang dan bangunan.

Malah ekonomi Asaari terbukti lebih baik dari Najib.

Taksub orang pada Asaari lebih dari taksub pengikut PAS pada Hadi, sehingga Almarhum terpaksa di tahan beberapa minggu.

Itu pun `Kehendak Tuhan' tak terjadi.

Apa kejayaan Hadi? Politik pun jahanam.. UMNO pun tak risau pengaruh Hadi di bandingkan dengan pengaruh Al Arqam.

Sekiranya di kehendaki Tuhan, Lim Kit Siang pun jadi PM. Siapa sangka satu ketika dulu di mana UMNO di haramkan dan semasa peralihan Presiden MCA menjadi peneraju Kerajaan yang beberapa minit lamanya di serahkan semula pada UMNO.

Jika di kehendaki Allah walaun pun boleh bertukar jadi Unta..

Anonymous said...

Tidak ada keajaiban, sekadar pas mengharapkan BN dan PH menang tetapi tidak boleh membentuk kerajaan. Pada masa itu pas akan dirayu dan mwnjadi king maker.

Pas akan meletakan syarat PM mesti hadi jika mahu PAS memihak.

Formula hampeh ini tidak akan jadi semudah itu kerana jika tiga penjuru, pas hanya mampu menang tidak lebih 4 kerusi.

4 kerusi tidak akan membawa pas keana, sekadar jadi pelapik.

Anonymous said...

Kehendak Tuhan ialah jadi seorang yang jujur, Amanah dan berakhlak dalam serba-serbi.

Kalau itu tak tertunai, dengan ponteng nya, putar belit u-turn nya, guna kuasa yang ada untuk kepentingan sendiri... maka tak terjadi lah jua Kehendak Tuhan ...



Wallahualam.

Anonymous said...

Pas ingat umno nk biarkn hadi jd pm?

Umno dulu akn pastikn tewaskn pas. Ada hati nk jd pm...kata najib

Tun Perak said...

Cantik juga tu PM...
Ponting mesyuarat....Jgn p**I m** sudah lah

Anonymous said...

Aku pelajari sesuatu, tidak melawan kemumgkaran umpama setan bisu

Anonymous said...

Jika pilihanraya tak mau menang camna nak jadi pm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...