AMANAH PERAK

AMANAH PERAK
AYUH MENDERMA

Thursday, January 11, 2018

AJK PAS PUSAT YG LETAK TITLE USTAZ DLM PROFAIL FB-NYA MENGAKU PAS DIBULI

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 

 1. Ada lebai Pas kata, Pas pernah dibuli oleh PKR dan DAP semasa Pas berkawan dgn kedua-dua parti itu. Kononnya Pas paling kuat tetapi Pas tidak dihargai sepanjang perkawanan mereka. 

 2. Selepas lebai Pas itu terasa partinya dibuli, dia cuba nak kata perkara yg sama kpd Amanah. Kononnya Amanah kini sedang dibuli oleh PPBM kerana kerusi PPBM lebih banyak. 

 3. Inilah peliknya lebai Pas. Dia perasan partinya kuat, tapi pada masa yg sama dia rasa partinya kena buli. Kalau Pas kuat, macam mana pula boleh kena buli? 

4. Apabila kamu rasa parti kamu dibuli, maknanya parti kamu tak kuat. Kamu saja yg perasan parti kamu kuat. Padahal, kalau parti kamu keseorangan, parti kamu tak kemana pun...! 

 5. Walaupun tua, Pas bukanlah kuat. Buktinya Pas tak pernah jadi kerajaan semasa bersendirian. Apabila berkawan dgn S46, barulah dapat tawan Kelantan. Selepas berkawan dgn DAP dan PKR, barulah menang banyak kerusi parlimen. 

 6. Amanah akur dgn keupayaannya. Sebab itulah Amanah berkawan dgn parti lain. Amanah tak pernah rasa dibuli, tetapi terasa dihargai dan diterima. Kami bukan parti syok sendiri macam Pas. 

 7. Hanya Pas yg kata Amanah dibuli sebab Pas nampak gerakan politik Amanah semakin mempersada. Padahal, Pas yg semakin tersudut sebab langkah politiknya semakin sumbang. 

 8. Betulkah Pas makin tersudut? Betul atau tidak boleh dilihat pada tindakan beberapa MP Pas luar Kelantan yg khabarnya sedang merisik kerusi yg kononnya selamat di Kelantan. 

 9. Kalau kuat mengapa nak lari? Pertahankan kerusi kamu itu. Temerloh jangan lari, berdepanlah dgn Amanah di situ. Bukit Gantang pun jangan lari, tunggu PH datang. 

 10. Semasa berkawan terasa dibuli. Apabila berseorangan, teringat pula nak lari. Kuatkah begitu, atau hanya perasan kuat? 

 11. Bagi Amanah, 27 kerusi Semenanjung sudah memadai dan berbaloi. Kami bukan perasan kuat dan hebat macam Pas. Sebab itu kami berkawan dgn orang lain. 

 12. Kepada lebai AJK Pas pusat itu, aku cuma nak tanya satu soalan, bila nak bayar hutang cetak Harakah RM2.4 juta? Kamu kuatkan? 

 13. Tanya saja pun.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Terbaek ustaz zol. Belasah sikit budak dr. Riduan yg perasan ustaz tu. Dio tu graduan sejarah UM. Bhs arab pon terabur. Hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...