JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Saturday, January 13, 2018

Eucalyptus Membelit Kerajaan Kelantan

Tiada Kelulusan 20,000 oleh Kpk Satu Pembohongan 

Pelbagai komitmen menghalang saya bertindak balas segera atas kenyataan TMB Kelantan mengenai eucalyptus semasa penggulungan perbahasan DUN Kelantan Khamis lalu.


A. Tiada Kelulusan 20,000 oleh Kpk Satu Pembohongan 

Ternyata kenyataan ini satu pembohongan. Bersama posting ini saya siarkan tiga surat:- 

Dua surat dari Sheeco Agro Development Sdn Bhd kpd KPK masing-masing bertarikh 26 Mei 2017 dan 27 Ogos 2017 dan satu surat dari Kpk kpd Sheeco bertarikh 6 Jun 2017, memaklumkan kelulusan dasar atas cadangan memajukan tanaman eucalyptus dalam kawasan konsensi Kpk seluas 20,000 ekar.

 Pembaca boleh menganalisa sendiri maksud surat-surat ini.

 Surat Sheeco bertarikh 27 Ogos 2017 sampai memaklumkan anak pokok sebanyak 400,000 telah pun sampai.

 B. Jika surat-surat yang saya siarkan ini palsu, sila TMB Kelantan mengambil tindakan sewajarnya utk membuktikan ia palsu.

 C. Jika tindakan seperti itu tidak diambil, ternyata TMB Kelantan telah sekali lagi berbohong. Bahawa sememangnya kelulusan dasar telah dikeluarkan.

 D. Berapakah Luas Kawasan Tanaman Untuk 400,000 Anak Benih? 

Jika surat Sheeco bertarikh 27 Ogos 2017 dijadikan sandaran, Sheeco memerlukan paling kurang 400 hektar tanah Kpk untuk menanam 400,000 anak pokok eucalyptus yg ia bawa masuk.

 Berdasarkan rencana Utusan Online mengenai tanaman eucalyptus tulisan Ahmad Zuhaidi Yahya, bertarikh 8 Februari 2017, jumlah anak pokok utk setiap hektar adalah 833 pokok.

 Ini memerlukan 480 hektar minima. Ini sudah melebihi 1,000 ekar.

 Ingat, surat itu utk Kpk dan seharusnya terpakai utk ditanam di atas tanah Kpk.

 E. Eucalyptus Tiada Kesan Buruk?

 Hujah TMB sangat simplistik. Perbandingan serapan air eucalyptus dibandingkan dengan keledek, jagung dan soya tanpa menyatakan jeda masa yg diukur.

 Utk memudahkan perbincangan permulaan ini, saya muat naikkan keputusan sebuah mahkamah di India mengenai tanaman ini. Kandungan berita ini memuatkan pelbagai maklumat menakutkan tentang tanaman ini. 

F. Hanya Utk Mengaut Balak Sebelum Menanam?

 Ini kebimbangan saya

 G. Ramai Ikut Rombongan Bukan Bermakna Bersetuju

 TMB membacakan senarai anggota yg mengikuti rombongan beliau ke Nanning.

 Ikut rombongan tak semestinya mereka setuju. Kalau mereka setuju, tunjukkan kertas pandangan mereka.

 Namun, sekurang-kurangnya akhirnya TMB mengaku beliau terbang ke Nanning bersama Roshaimi.

YB Dato Husam Musa
ADUN Salor
27 November 2017 

Surat-surat berkenaan :


Sheeco Agro Development Sdn Bhd kpd KPK 
bertarikh 26 Mei 2017 
Sheeco Agro Development Sdn Bhd kpd 
KPK  bertarikh 27 Mei 2017 
surat dari Kpk kpd Sheeco bertarikh 6 Jun 2017
  ~ sumber 
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Tak habis satu.. satu lagi pengkhianatan PAS terbongkar.

Satu demi satu sehingga tak terkira banyak nya penipuan yang sengaja di buat oleh pemimpin PAS untuk menutup pengkhianatan.

Dah jadi bukit. Rupanya salakan Husam bukannya untuk meruntuhkan bukit tapi minta rakyat naik atas bukit untuk melihat dosa pemimpin PAS dari atas..

noor hanan mohd nuruddin said...

Cuba menghalalkan cara nak tebang balak.....

haznizam 1971 said...

Pas nie makan duit..bagi trengganu hamcusss hj hadi buatkan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...