JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, January 18, 2018

Guna hadith gamaknya bila calon PM bukan drp parti dia kot?

Oleh Peguam PAS - Dulu 

 Kepimpinan itu milik Allah, Dia (Allah) yang akan 
mendatangkan sesiapa yang dikehendaki-Nya.

 1. M'kini lapor pemimpin suci tak mahu namakan calon PM sebab kononnya bersandar pada hadith yg antara lain bermaksud "Kepimpinan itu milik Allah, Dia akan datangkan sesiapa yang dikehendakiNya." 

 2. Dan dia juga kata yg pasti , bagi parti suci , pilihan calon PM bukan Tun M atau MO1. 

 3. Kesian. Agaknyalah, katakan kita namakan calon PM tu drp parti suci , mungkinkah masa tu dah tak guna pula hadith tu lagi? Dulu dalam Muktamar, saya masih ingat , Ketua Dewan Ulama parti suci yang skrg ini, dalam muktamar tersebut, minta semua perwakilan dan pemimpin di atas pentas Mktmr bangun sokong cadangan beliau agar Yb Marang jadi calon PM. X dengar pulak hadith tu. Meskipun saya masa tu agak keberatan nak bangun, tapi bangun juga lah bagi nak jaga hati. 

 4. Satu lagi awat yang Yb hadkan defnisi pemimpin tu kpd PM je. Calon MB atau yang lain tak masuk dlm kategori pemimpin ke Yb? Bukan apa Yb , Yb dah lupa ke masa isu MB Selangor dulu ? Bukankah , ada satu ketika ,parti suci beri nama semua calon bakal MB Sgor kpd istana drp parti suci walaupun seat MB tu telah dipersetujui direzab kpd PKR. Begitu juga isu calon Dun Kota Damansara sehingga sanggup seludup baiah dan sebabkan calon BN yg menang. 

 5. Tak sokong Tun M calon PM saya rasa ok dan munasabah lah. Tapi bila kata tak sokong MO1, mcm temberang je Yb? Bukankah skrg ni , Allah dan tentukan MO1 sbg PM dan byk kali parti suci bagi "nyawa" kepada pemimpin parti sarkas tu. Takkan lepas ni dah x mahu sokong lagi MO1. Tak kesian ke kat dia atas penat bagi laluan kpd parti suci bentang RUU 355 yg x bahas dan puji Yb Marang dalam perutusan tahun baru?Takkan tak nak kenang jasa dia YB? Tak baik tau.
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Ha...ha...ha...
Nak letak Tok Lobai jg PM...asyik memonteng ja....
Nak letak MO1 jd PM...takut ahli2 bawahan lari..
Maka...terpaksa jadilah talam 2 muka
ha...ha...ha.

Saadun Sulaiman said...

Aku perhati kan sejak mengunakan "CHAI" yang di pengaruhi oleh "MUALAF MUALAF" yang baru keluar dari Timur Tengah dan tidak pernah merasai pahit getir satu perjuangan dan di ia kan oleh seorang hamba ALLAH bernama Mr. Mokhtar Senik di muktamar 2015 dahulu, aku perhatikan sehingga Parti yang bernafas di dalam lumpur kerap mengeluarkan statement yang entah apa apa. Mereka mula meroyan bila setandan yang di gugurkan menubuh Parti Amanah Negara. Bila parti itu di tubuh kan pelbagai kata nesta mereka lontarkan. Kini bila PH menamakan siapa PM mereka semakin meroyan dengan berkata, "TAK BIJAK MENAMA KAN SEORANG BABY YANG BELUM LAHIR" sehingga menetik pelbagai Hadis. Apa beza nya membunuh baby yang sudah lahir(setandan yang di tendang keluar) dengan baby yang belum lahir?

Mungkin ramai sudah lupa bahawa fermula "40 KERUSI" itu ada lah buah fikiran Datuk Husam yang ketika itu menjadi pengarah pilihan raya(PAS). Malang nya dek kerana perbuatan "SONGSANG" yang di laku kan oleh HADI WANG maka yang berjaya di menanggi hanya 27 kerusi sahaja. Sudah lah wahai "PARTI YANG BERNAFAS DI DALAM LUMPUR" keluar lah dari kawasan itu kalau tidak mahu mati lemas.

Berbalik dari petikan hadis: Mengapa "PARTI YANG BERNAFAS DI DALAM LUMPUR" tidak pernah membicarakan hadis yang berkaitan dengan memilih pemimpin. Pada satu ketika ada se seorang bertanya berkaitan dengan "DOSA" dan Rasulullah S.A.W mengaris kan 3 perkara.
1. Mensyirik kan ALLAH.
2. Menderhaka kepada kedua ibi bapa.
3. Berbohong bila bersaksi. Bab ini panjang lebar Rasulullah S.A.W menjelaskan apa itu saksi palsu. Di pendek kan cerita, ia nya ada lah peraturan dalam hal memilih pemimpin dan pemimpin bagai mana yang boleh di angkat. Dalam hal ini aku perhati kan ramai orang ME-layu yang mengaku "ISLAM" tidak melaku kan nya. Elok lah "PARTI YANG BERNAFAS DI DALAM LUMPUR" akan menjelaskan maksud hadis tersebut.

pok amid littor said...

Politik lebai2 parti cap bulan dan takde standard.... Hujjah dangkal dan nampak sungguh pemimpin2 mereka jenis HAPRAK!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...