AMANAH PERAK

AMANAH PERAK
AYUH MENDERMA

Sunday, January 21, 2018

JANGAN SUSAHKAN PH SELANGOR DEMI KEPENTINGAN DIRI

Oleh Wfauzdin Ns

 Khabarnya ada beberapa Adun lebai di Sgor yg mahu sertai PH, tapi meletakkan syarat mereka mahu bertanding semula di Kerusi mereka sekarang dgn menggunakan salah satu logo parti dalam PH.

Pertamanya, aku bersetuju mereka keluar sekarang dan umum sertai mana2 parti di dalam PH, bukan tunggu hampir sangat dengan tarikh PRU.

 Kedua, soal mereka mahu bertanding itu soal lain kerana apabila mereka umumkan untuk sertai mana2 parti di dalam PH, sudah pasti mereka juga tertakluk kepada peraturan parti yg mereka sertai seperti orang lain juga. Ertinya, parti yg mereka sertai itu akan menentukan samada mereka layak atau boleh bertanding semula.

 Ketiga, hasrat mereka untuk bertanding semula di Kerusi mereka sekarang, itu hanya akan diputuskan oleh pimpinan parti yg mereka sertai setelah pimpinan PH Sgor buat keputusan tentang agihan Kerusi. Seandainya Kerusi yg mereka duduki sekarang telah diberikan kpd PPBM, maka calonnya sudah pastilah dari PPBM. Seandainya mereka ini menyertai Keadilan, tetapi Kerusi yang mereka duduk sekarang ini diberikan kepada Amanah, mana mungkin mereka boleh bertanding di Kerusi yg sama?

 Sehubungan itu, mereka terpaksa membuat pilihan secara jujur samada mahu menyertai PH atas sebab prinsip bahawa yakin PH adalah satu2nya parti yg boleh diharapkan untuk menjatuhkan rejim Umno/Bn atau mereka hanya mahu kekalkan Kerusi mereka semata2 atas kepentingan sendiri.

 Jika mereka lebih sayangkan Kerusi dari prinsip, aku seru agar mereka terus kekal dengan parti lebai tanpa menyusahkan PH di Sgor.
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Eloklah kalau Azmin sekali tak payah ikut bertanding dalam PRU ke 14 ni. Rakyat tidak perlukan seorang pemimpin yang hanya ingin menjaga kedudukan dan jawatan. Kalau lebai lebai walaun ini nak melompat masuk ph sekali pun, jangan biarkan mereka bertanding lagi.. banyak kerosakan yg dah mereka lakukan.

Anonymous said...

Jgn layan depa ni. Depa bukan pejuang rakyat tp nak cari jalan mudah utk kekal jd ADUN. Elaun banyak woh! Klu bertanding atas tiket pas peluang amat tipis utk menang. Itulah helah lebai2 senget

Anonymous said...

Awas! Waspadalah dgn tindakan lebai2 ini krn ia boleh menyebabkan PH diporak perandakan hampir2 dgn PRU. Tambah2 lg dgn politiking geng azmin

Anonymous said...

Perkara yg harus diingat perlu mempertahankan selangor dlm apa jua situation jangan ambil lewa dan mudah pengundi tak pandang tahap education yg pengundi pandang Cara peranan pergaulan bahasa watak yg membantu education satu kelebihan utamakanlah calon yg Ramah mesra ambik iktibar pru yg lepas bila tak diberi ruang bertanding ia memberontak maka wujud parti 2hingit parti pokok dan sebagainya jadikan pru14 satu matlamat soal kehendak pangkat kedudukan dan material itu ketepikan dahulu,hala tuju itu keutamaan... Jika strategy pas musnah dan tersunkur percayalah akan lahir pas yg baru dgn nahoda Baru yg lebih disegani pru14 pas Amat perlu satu kekalahan begitu juga Umno.. bagi Saya Umno sudah tidak wujud yg ada adalah kabilah kabilah capitalism terciptanya atas hasad untung untung barisan nasional perlu dikalahkan untuk keseimbangan politics melayu.Umno berfirasat pas juga berfusilat menang besar amanah juga berfirasat menang keadilan juga bersatu juga berfirasat menang pH juga berfirasat berfusilat menang besar.. Tapi hakikat pengundi pengundi dlm dalima dan menjadi dalima melayu yg keliru diantara agama kepartian politics dan kehendak Rakyat.Firasat semua org berfirasat, firasat itu firasat ini kerajaan yg terbina sekarang ini juga bernahu firasat anak pada pemimpin terdahulu meneruskan keturunan the Legendary juga berbau firasat akibatnya kehendak Rakyat terperjudi lalu terpedaya tercukai itu cercukai ini untung entah di mana dan Wang zakat digunakan pada perkara yg taksepatutnya pembaziran Salah takbir urus dan sebagainya oleh kerana melayu Islam keturunan lalu wasatiyah diangkat menipulasi diatas sebaris istilah Islam yg sederhana.Terkesan dgn anjakan paradigma pembangkang Rakyat dihidangi dgn Wang Wang riba agar Rakyat Lena umpama penyembah berhala sehingakan insan insan disebalik bukti terkesan dgn tempias riba diatas nama keperihatinan berbaris makcik pakcik atok nenek anak cucu suami isteri berkira dgn habuan riba ada yg bercerai berai kerana Wang ini dan selepas ini pabila kerajaan melakukan itu dan ini tidak perlu dipersoalkan karna semua itu telah dibayar dgn kos

Anonymous said...

Yang sebenar-benarnya, mereka itu kemaruk elaun jadi wakil rakyat saja, tidak lebih daripada itu. Mereka langsung tidak mempunyai prinsip perjuangan kepartian dan ada kemungkinan (andai kata) setelah mereka memenangi kerusi diatas tiket PH, mereka akan berpaling tadah kepada PAS. Sebaik-baiknya, jangan dilayan kerenah mereka itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...