JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, January 30, 2018

Menjawab Fatwa Karut Hj Hadi


Di era kepimpinan Pas Hj Hadi, telah begitu berleluasa mereka menghukum sesama rakan yang keluar Pas sebagai pengkhianat dan telah menolak Islam.

Hj Hadi sendiri pernah berkata, " Orang yang khianat dalam perjuangan tidak ada pilihan, sama ada dia balik (bertaubat) atau dihapuskan!". Lihat vdo di sini

 Adakah mereka yang meninggalkan Pas itu bermakna telah meninggalkan perjuangan Islam?

Apakah Islam hanya boleh diperjuangkan melalui wadah parti Pas sahaja?

 Maka bagaimana pula dengan mereka yang awal-awal lagi tidak pernah menyokong perjuangan Pas atau yang telah keluar Pas sebelum era Hj Hadi ini?

Naib Pengerusi AMANAH Kelantan Ustaz Che Ibrahim Mohamed, menjawab persoalan-persoalan tersebut melalui status dilaman fesbuknya sebagai berikut:

Meninggalkan Pas bukan bermakna meninggalkan perjuangan Islam kerana Islam boleh ditegakkan melalui berbagai wadah dan uslub. 

Perlembagaan Parti Amanah sebagai contoh dengan jelas menyebut bahawa dasar dan tujuan penubuhan parti Amanah ialah untuk menegakkan perjuangan Islam.

 Kita boleh meninggalkan Pas tetapi kita tidak boleh meninggalkan perjuangan Islam.

 Perlembagaan Pas sendiri membenarkan ahli Pas keluar Pas, oleh itu hukum keluar Pas tidak ada apa apa kaitan dengan agama dan tidak melanggar hukum syarak kerana ianya dibolehkan oleh Perlembagaan Pas sendiri.

 Sejarah ahli Pas keluar Pas, atau menubuhkan atau menyertai parti politik lain sentiasa berlaku semenjak di awal penubuhan Pas lagi.

 Parti Berjasa, Hamim, Akim dan Islah (Pas 51) selain Amanah adalah parti parti politik yang diasaskan sendiri oleh pemimpin Pas selain ramai daripada mereka yang menyertai parti yang sedia ada seperti UMNO, PKR, PBPM, bahkan Dap. 

 Malangnya akibat ketakutan melampau kepada kehilangan kuasa dan dedak politik, Pas di penghujung hayatnya sanggup menggunakan apa saja nas dan hukum syarak untuk perdayakan rakyat agar terus menyokong Pas. ~ Che Ibrahim Mohamed
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Tak cukup kah dgn amanat hadi dulu. Tak puas lg nak hukum org. Cerminlah diri kamu dulu

Anonymous said...

Hadi ni layak jadi macam Arwah Ashari dari Arqam.asyik kluarkan Fatwa jer.nk berpolitik tapi banyak pulak bgi Fatwa buatan Manusia.hai Manusia manusia yg ada dua Kepala ni yg susah.

Shafiek Abdat said...

Hadi ni bodoh-bodohkan orang-orang jahil saja tetapi terhadap para asatizah dan cendikiawan islam sorry tak chance dia nak gorengkan golongan ini,,sudahlah wahai pentaksub pas & Hadi tinggalkan pas dan Hadi biar dia saja Yang Puja MO1,Rosmah & Jho Low

Anonymous said...

Depa pegang kunci syurga

MATA KAIL said...

Pas dah kelaut.fatwa karut marut yg xboleh dibuat rujukan.

Anonymous said...


Orang PAS yang di takutkan oleh Hadi kena berfikir luar dari budaya PAS.

Antara PAS dan Hadi, Hadi seolah-olah lebih tinggi darjatnya. Orang PAS tahu parti tu sekadar parti. Tinggalkan parti tak ada masalah tapi nak tinggalkan se seorang yang begitu suci dan sangat 'alim' itu yang membimbangkan mereka. Hanya Hadi yang boleh bawa mereka syurga..

Bila Hadi kata pengkhianat bertaubat atau di bunuh lagi mereka rasa gerun. Sebab hanya Hadi sahaja yang layak bercakap macam itu.

Bagai mereka tidak ada orang lain yang lebih layak membawa mereka ke syurga.. handal lah kau bersolat.. berzikir lah sampai ke subuh, kalau Hadi kata pengkhianat .. habis !



Ulul Amri said...

Itulah kuasa Bawang yang ada pada Hadi. Dahulu semasa Allahyarham Nik Aziz masih hidup, Hadi seolah tidak wujud dlm PAS. Tapi semenjak Nik Aziz telah tiada, Hadi naik tocang. Masuk pula group Tontowi Blue, Nik Abodoh dll yang telan dedak si dewa pinklips. Hancur sudah..PAS rosak. rosak dan rosak. Perjuangan Islam? RUU hudud pun gagal. Islam atau I selam?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...