JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, January 30, 2018

Negeri Defisit: Kisah Penyamun dan Lebai Malang

Satu Lebai Malang, lagi satu si Penyamun

Kelmarin dalam lawatan Najib ke Kelantan, beliau secara sinis telah menyindir Kerajaan Islam Negeri Kelantan dibawah Menteri Besarnya Ahmad Yaacob seperti dilaporkan Portal The Malaysian Insight 

 "Negeri Defisit macam Kelantan ini pun kalau tak ada suntikan daripada Kerajaan Pusat, nak bayar gaji pun tak mampu. Tak boleh nak bayar gaji". 

Sebelumnya pada sebelah pagi, Menteri Besar Negeri Kelantan dilihat menghadiri satu Program bersama Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak sepentas dengan Patriotiknya bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dengan Pimpinan-pimpinan UMNO/BN Negeri Kelantan.

 Gambar yang tular di Media-media Sosial dimana MB Kelantan dan PM Malaysia sepentas saya lihat seolah satu gambaran pertemuan antara Penyamun yang bijak dengan Lebai Malang.

 Watak Lebai Malang dibawa oleh MB Kelantan dan PM Malaysia membawa watak Penyamun yang cerdik.

 Lebai Malang ini terpaksa menebalkan muka, menggadai Maruah meminta sedekah dan terpaksa berdiri sepentas dengan si Penyamun yang setiap hari memakan hasil perut bumi Negeri Kelantan melalui penafian Bayaran Royalti yang sekian lama tertunggak sepertimana yang dipersetujui dalam Perjanjian Petrolium 1975.

 Sejak tahun 2013 sebaik selesai PRU ke-13, Pimpinan-pimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Kelantan dilihat telah bersama dengan Pimpinan-pimpinan Tertinggi UMNO/BN dalam pelbagai program untuk kebaikan Rakyat Negeri Kelantan tapi tak pernah sekalipun kita dengar antara mereka (Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan) meminta PM Najib menunaikan Bayaran Royalti Petrolium pada Negeri Kelantan sepertimana yang dipersetujui dalam Perjanjian.

 Najib pula dengan angkuh menyindir kelemahan Kerajaan Negeri Kelantan kerana tak mampu membayar Gaji Kakitangan hingga terpaksa mengemis dari Kerajaan Pusat.

 Najib sepatutnya merasa malu dengan kenyataan tersebut dan beliau seharusnya sedar bahawa Kerajaan UMNO/BN Pimpinan beliaulah yang sekian lama telah hidup diatas "ehsan Rakyat Negeri Kelantan" melalui rompakan Petrolium dari perut Negeri Kelantan.

 Ahmad Yaakob si Lebai Malang pula dalam keadaan ini telah meletakkan diri dan maruah beliau sedikit hina dari "Pondan Siam" kerana meminta sedekah atau ehsan dari si Penyamun yang Kerajaannya hidup hasil dari ehsan Rakyat Negeri Kelantan.

 Sebagai Rakyat Negeri Kelantan, saya merasa malu berMBkan seorang Lebai yang "takut menyatakan kebenaran". Apa salahnya alang-alang dah sepentas dengan si Penyamun, suarakan saja secara berdepan Tuntutan Bayaran Royalti Petrolium Negeri Kelantan pada si Penyamun biar semua pihak dengar dan tahu bahawa Rakyat Negeri Kelantan tak pernah lupa pada Hak Negeri ini.

 Apa hebatnya berpenampilan sebagai seorang Pejuang Agama, Pejuang Kebenaran berdiri sepentas dengan si Penyamun mengibarkan Jalur Gemilang kononnya Patriotik tapi dalam masa yang sama TAKUT MENYATAKAN KEBENARAN dan lebih Malang lagi TAKUT MENUNTUT HAK NEGERI SENDIRI..? 

Sudahnya "Amar Ma'aruf, Nahi Mungkar" hanya tinggal sebagai slogan manakala "Politik Matang dan Sejahtera" pula adalah ayat penyedap yang maksud sebenarnya ialah - "Aku tak punya cukup keberanian untuk menyatakan yang Hak dan Bathil TAPI aku laparkan JAWATAN ITEW". 

Sekian... 
Mohd Fauzi Mohd Azmi 
DAP Suara Muda 
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

sampai tak mampu bayar gaji??
bagi je lah UMNO perintah..

Sepatutnya pemimpin PAS hari-hari gasak dan desak hak rakyat Kelantan..

Mana-mana negeri perlu di bantu oleh Pusat..

PBB pun ada peruntukkan bantuan untuk semua negara kerana untuk menyelamatkan manusia dari kesulitan.

Tak kan lah Pusat tak ada perancangan serupa... Jika PAS berani salahkan UMNO penjawat Awam tak terasa terhina..

MAS pernah teruk, dapat bantuan dari Petronas..

Sah lah Kelantan warga kelas ke dua di sebab kan kelemahan pemimpin PAS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...